Thursday, October 28, 2010

Travelog Umrah 6 - Yang Pelik Tapi Benar

18 Ramadhan bersamaan 28 August 2010 sudah masuk hari keempat aku berada di Madinah.  Perjalanan waktu begitu pantas di sini.  Selain aktiviti harian yang ku isi semaksima mungkin dengan amalan2 wajib dan sunat, tidak ku biarkan peluang untuk berziarah tempat-tempat menarik berlalu begitu sahaja.  Hari ini kami akan berziarah ke tempat yang tiada dalam senarai wajib lawat kerajaan Arab Saudi.  Untuk lawatan ini, kami perlu bayar 15 Riyal seorang.  Aku rasa teruja sebab 10 tahun lalu tempat yang kami nak pergi ni belum ditemui...

Mutawif mencuri masa lawatan kami dihentian pertama yang membawa kepada pahala umrah iaitu bersolat di Masjid Quba'.  Alhamdulillah.. Untuk hari keempat di bumi Rasul kesayangan kita ni dapatlah lagi sekali pahala mengerjakan umrah dengan hanya bersolat tahyatul masjid dan dhuha di sini.  Untuk perhentian kedua, bas berhenti di sebuah lagi ladang kurma yang lain dari hari sebelumnya.  Aku tak turun pun sebab semalam aku dah beli cukup kurma untuk ole-ole ke Malaysia.

Tempat ketiga yang kami lawati ialah tempat di mana terjadi suatu fenomena ajaib, dan ia baru di temui oleh kerajaan Arab Saudi beberapa tahun kebelakangan ini.  Tempat yang lebih dikenali dengan nama Bukit Magnet atau Jabal Magnet oleh jamaah Asia ini sebenarnya lebih di kenali sebagai nama Manthaqotul Baidho' (tanah putih) oleh warga tempatan.  Penemuan awal tempat ini terjadi bila kapalterbang yang lalu di kawasan ini akan menjadi perlahan seolah-olah ada yang menariknya.  Beberapa gempa bumi kecil juga terjadi di sini.  Penemuan yang ajaib ini menyebabkan kerajaan Arab Saudi membina highway road-to-nowhere menuju ke kawasan bukit-bukau untuk pelawat merasai pengalaman bas bergerak sendiri (highway ni berakhir di satu roundabout yang berpusing balik ke kota Madinah).  Terletak lebih 30km dari Kota Madinah, jalan menuju ke sini indah di kelilingi bukit batu, lapangan berpasir merah dan pokok2 renek yang diberitahu mutawif kami, sangat tua umurnya iaitu 1 meter pokok itu, maknanya usianya sudah 100 tahun.

Awal perjalanan menuju ke banjaran Jabal Magnet
Pokok renek - entah apa nama aku lupa - menurut mutawif, jika tingginya 1 meter sahaja, usianya sudah 100 tahun, memang dari species bantut nih..
Semakin jauh dari kota Madinah, semakin kemerahan/keperangan warna-warna bukit dan lapangan pasir
Pada pendapatku harus ada lebih research mengenai tarikan magnet disini.  Kalau di barat ni dah sah la National Geographic akan buat kajian mendalam kenapa fenomena ini berlaku.  Ya, sememangnya kita mengagumi kebesaran cipataan Allah.  Pun begitu dari sudut saintifik banyak persoalan yang tidak terjawab.. dari mana ia datang, sejauh mana kawasan tarikannya, sekuat mana tarikannya, kenapa telecom tower tidak di tarik atau sekurang2nya condong ke sesuatu arah, tiada juga kesan kepada receive signal pada handphone..  Yes. I wish more research is done - isn't it beautiful if the greatness of Allah's creation can be further explain scientifically? 

Science aside, lets just talk about my experience... Semasa kami menuju ke kawasan banjaran, bas kami tidak boleh mencapai halaju tinggi walau pedal minyak dah habis ditekan dan jalannya descending atau menurun. Dan semasa balik dari banjaran ini menuju  ke Kota Madinah (yang jalannya ascending), bas ini ditolak sendiri sehingga 120km/jam walau pun minyak tidak ditekan.  Ia berlaku sepanjang beberapa kilometer.  Masyaallah..aku kagum dengan fenomena yang ajaib tapi benar ini... 


Jemaah lelaki bergambar di penghujung banjaran yang berbentuk U ini..
Bukit dibelakang aku ini memberi bayangan nama Allah jika kita berada di sudut yang betul.  Ini juga kawasan penghujung banjaran Magnet.  Tarikan magnet tidak berlaku di sini... thats why elok je bas boleh parking kat kawasan ni..kalau bas jalan sendiri jugak kat sini, mau penat jugak kita orang nak mengejar..
Sesudah kami berfantasi dengan fenomena pelik tapi benar ini, kami di bawa ke singgahan terakhir iaitu kilang Al-Quran.  Ia terletak dalam 5km dari Masjid Nabawi.  Semua Al-Quran di Saudi Arabia mendapat bekalan dari kilang ini.  Al-Quran  untuk diwakaf kepada ke dua-dua masjid suci Haramain hanya dibenar  jika dicetak di kilang ini.  Aku terkilan kerana hanya pelawat lelaki yang dibenarkan masuk.  Sementara tunggu hubby habis lawatan dalam kilang, aku sempat pejam mata di lobi kilang.  Setelah lebih setengah jam, rombongan hubby selesai, semua orang senyum puas dapat Al-Quran percuma satu seorang.  Yang tua dapat saiz besar, yang muda dapat yang saiz sederhana.  Sebelum kami meninggalkan tempat ini, kami beli beberapa naskhah Al-Quran untuk kami wakafkan ke Masjidil Haram nanti.

Mesin mencetak Al-Quran
Al-Quran yang telah siap dicetak siap disusun untuk diedar
Selesai sudah lawatan kami.  Hari keempat memberi kepuasan berbeza.  Mungkin barat tidak pernah mengiktiraf keajaiban ini, tapi aku hambaNya yang hina ini dapat menambah satu lagi keajaibanNya didalam keajaiban-keajaibanNya yang lain yang tidak terkira olehku.  Pengalaman indah yang kusemat dijiwa tuk selamanya...

....Bersambung....

3 comments:

Anonymous said...

Bila baca article ni terasa penulisnya seorang engineer..techical savvy!!

Telipuk Kuala said...

ya...betul!!! Kalau den yang tulih, mau tak berbunga-bunga renda dulu sebelum jumpa noktah...hihihi...

Rosebud said...

ya la..aku memang tak puas sebab ustaz Mail hari tu explain sikit sangat, byk hanging.. tu yg nak minta national geo buat study tuh..