Friday, March 25, 2011

Sedetik Lebih..

Last saturday would be one of the happiest moment for my niece.  She's engaged.  The first step towards solemnisation taking place... I can only pray that Allah will bless this couple all the way, for the rest of their lives.  Lets carry this joy and happiness in the period of engagement and then marriage and ever after...

Hantaran hand-crafted with love by me..
Pictured and re-arranged by Acik, with his new found love Sony DSLR - well done Acik
To Anis and Zaini - acquire the skills for a happy marriage starting NOW.  Yes, marriage is about love and passion. But to keep that up, other than the blessings of Allah, you need patience, sacrifice, tolerant, heart, soul, humor, talking, empathy, affection, good management, finance, food and spices, perfume, sweetness and list goes on and on...


I dont want to say much, except for both of you to feel for this lyrics of Sedetik Lebih by Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus, Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu, Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan, Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang, Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu, Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan, Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia, Asal masih adanya kamu



Tuesday, March 22, 2011

Travelog London Paris - Day 8 and Final

Akhirnya fajar hari ke 8 menyinsing jua..hari ini hari akhir percutian kami.. Sekejap sungguh rasanya, maklumlah musim winter ni siangnya pendek.  Tapi aku bersyukur sangat sebab sepanjang kami kat sini tak ada hari yang hujan.  Tak ada lah melepak kat hotel jer.. masa dapat di manafaatkan sepenuhnya. 

Last day ni, bag dah siap kemas dah.  Bag ni penuh sebab banyak aku beli Mark and Spenser snacks namanya mini bites yang rasanya ya ampun sangatlah lazatnya sehingga mak mentua lalu pun aku buat2 tak nampak.. gitulah sedapnya.  Lepas tu bila balik, semua winter jacket dah masuk beg kan.. so kembung lah bag yang aku baru beli walaupun bersaiz 28".  

Memandangkan kita orang kena check out pukul 2:00 petang, hari ni program kami sikit jer iaitu nak pergi jenguk Camden Market.  Camden market ni salah satu market yang terbesar di London.  Tempat dia ni macam outskirt la sikit dari London.  Memang kat sini banyak jual pakain, hand craft item, accessories, leather goods, international food dan macam2 lagi.  Tempat ni agak luas dan ada berbagai segmen, ikut category barang yg dijual.  Tak terpusing kami.  Aku pulak bila last day camni memang tak de mood nak beli apa2 dah.  Dok pikir nak sumbat mana neh barang.  Cuma bebudak jer bila souviner sikit2 untuk kawan dia orang..

Stesen Camden Town

Bahagian pakaian..banyak giler..tak terpusing
Seberang jalan Inverness Market - kawasan souviner
Camden Lock - banyak barang antique dan hand-craft
Selesai kami pusing sini, kami bergerak untuk cari lunch.  Semua bekalan makanan yang aku bawak dah habis pun.. So kita orang jalan2, jumpa la Subway yang halal.  So kita orang lunch kat Subway jer hari ni.  Subway ni OK la..mana2 pun sama jer rasa dia.  Tapi memang mahal la compare to Msia..so jangan convert la ye..Terbegik makan kalau convert ner.. Sudah makan kami balik hotel dan bersiap sedia untuk check-out.  Aku ambil late checkout bayar tambah £10.  So ada masa nak buat last minute packing, rest and solat. 

Gambar last kat London city sebelum ke Heathrow
Kami ke Holborn Station dengan bag yang besar2 tuh.  Di stesen Holborn, masa nak tambah kredit kat Oyster Card, mamat yang jaga counter pandai cakap melayu/indon.  Punya dia seronok macam tak nak lepaskan kami pergi...Encounter of the 3rd kind - making connection.  Flight kami pukul 10:00 malam.  Jadi masih banyak masa lagi nak berjalan sebenarnya.  Tapi beg besar ni nak sumbat kat mana.. Kalau nak letak leave baggage center, rugi pulak, terlalu sekejap, dia caj harian.  So disebabkan aku ada beberapa benda yang aku nak rampas kat Oxford, hubby tunggu beg kat Holborn, sementara aku dengan budak2 pergi ke Oxford - frankly speaking aku tak puas berlama-lama di sini.  Dalam 5:30pm kami patah ke Holborn dan terus ambik train ke Heathrow.  Senang sungguh kat sini sebab nak ke airport ambil Picadilly Line, tiada pertukaran.  Oh ya, disebabkan hubby duduk chokoh lama dalam station dia kena fine £2 masa nak keluar kat Terminal 4, tak tau pun aku - aku catit ni supaya aku ingat lain kali. 
Akhirnya kami sampai ke perhentian terakhir percutian kami - Terminal 4
Keluar Terminal 4 tu terus ada convenience store Pak Arab, cam 7-11, ada la juga jual pre-pack nasik beriani halal.  Kami pun beli dan terus makan bila  dah siap check-in.  Lepas tu kita orang lepak kat surau.  Bersih surau ni.  Dia tak panggil surau la, tapi dia panggil multi-religion praying areas.  Kunun la tuh.. Ya la.. UK ni kira nak menuju kepada pluralism..so macam sama taraf la semua agama nih.. aku harap Malaysia jangan la nak implement pluralism nih.. kalau dah ngaku agama rasmi kita Islam, letaklah Islam kat depan.. Anyway yang seronoknya kat area surau nih ada tempat tidur lagik, dia letak few reclining sofa untuk travellers nak rehat, with sign board 'jangan bising orang nak rehat'.  Kalau hak ni ada kat KLIA alamatnya, dengan pekerja2 sekali gi tidur kat sini. Klassss sungguh orang sini walaupun sebahagian besar workforce dia bukan orang UK tapi UK mentaliti.  Kalu kat Mesia, dengan orang2 Mesia sekali sarung mentaliti pekerja luar..

Day 8 - last call to board Flight MH01 London to Kuala Lumpur.. dengan senyum kami ucap selamat tinggal kepada tanah penjajah yang pernah mengaut kekayaan negara bertahun2 lamanya untuk kembali ke tanah air tercinta.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sesekali lebih seronok berhujan emas....

Travelog London Paris - Day 7

Hari ke 7 – kepala start dah fikir macam mana nak packing barang. Sebenarnya dua bag besar kami rosak masa tiba dari KL, yang satu tu pecah roda dan yang lagi satu pecah handle. Jadi kami terpaksa pergi cari 2 bag untuk replace bag yang rosak. So destinasi pertama hari tu, kita orang cari baggage. Kali ni aku dengan hubby saja yang pergi..boleh la menapak laju sikit. Disebabkan nak awal, kami ke kawasan Petty Coat Lane, memang buka cepat. Kat sini banyak juga tempat yang jual baggage, agak reasonable harganya dan kualitinya memang bagus. Sebelum balik, sempat kami beli nasi beriani ayam sebanyak 3 bungkus dengan harga £4 sebungkus. The portion is quite big, so one pack can be eaten by 2 people..the good thing about this place is its many halal food outlet. Sampai hotel, kami terus makan..true enough as mention by the seller, "its very delicious you definitely come back here". It is served with hot thick chicken curry buried sinfully underneath the superbly well blended spice of briani rice. Even when I typed this I still can remember its yummy taste serve hot in the mid day of winter in London…Dramatik sungguh…(sedap sungguh sampai lupa nak amik gambar nak show off kat uols...)

Hari ini kami memang plan nak lepak kat Oxford Street lama sikit, namun kami harus selesaikan satu lagi tempat wajib yang tak kesampaian semalam iaitu Stadium Arsenal atau lebih dikenali sebagai Stadium Emirates. Lepas makan dan solat zohor, kami menuju ke situ. Tempatnya di dalam kawasan perumahan, dan jalan menuju ke sini yang agak sempit. Ini yang aku heran macammana Stadium sebesar ni boleh duduk dicelah kawasan2 perumahan jer…Aku tak boleh bayang macam mana la gamaknya kalau matchday. Mungkin diaorang ni semua datang naik train, sebab boleh kata semua stadium2 kat London ni memang ada train station. Kalau la macam umat Malaysia yang tak suka public transport, ni mau 3 hari tersumbat nak sampai ke Stadium nih..
Keluar je stesen tube - dah ada game schedule sampai April
Ni jalan tepi Stadium Emirates, its in the middle of housing estate
Tangga ke Emirates Stadium - happy sungguh anakku
Sampai kat sini memang yang paling happy Syahmi la..ini la homeground fav team dia. Bayangan gegaran di match day masih tinggal bayangan, namun stadiumnya sudah di genggaman. Setelah kami pusing2 satu stadium, baru la kami tuju ke Arsenal Merchandise Store. Berbanding dengan Chelsea, merchandise storenya lagi besar, tapi barangnya lebih mahal sikit dari Chelsea store. Dah pusing2 tu dapat juga la dia rembat 2 – 3 helai T-shirt Arsenal. Hmm… macam mimpi dapat pijak stadium ni..mungkin satu hari nanti dia dapat datang untuk tengok game pula.. aku harap ada la bebudak ni yang terdorong untuk ke sini atas kemampuan sendiri - samada melalui kecemerlangan pelajaran atau pun perkerjaan.. itu jer mimpi aku.. yang lain tu biar lah dia orang pula bermimpi..
Die hard fan happy to touch the homeground..at last
Die hard fan spreading his wings of joy infront of main merchandise store
Side stall around stadium only open on match day
Non-fan bergaya depan meriam yang menjadi simbol pasukan yang diminati abangnya
The assembly of Reebok lady footies sementara tunggu the guys bershopping barang2 Arsenal - tiles yang kami pijak tu boleh dibeli dan boleh pulak customised nak tulis apa saja kat situ..aku tak cek la pulak berapa harga sekeping tile tu...
Sesudah ke Arsenal, kami terus ke Oxford Street. Ni kira last minute shopping. Sebenarnya kita org fikir takde apa benda sangat nak beli kat UK dengan currency yang hampir 5 kali ganda dengan RM. Namun yang pastinya, dah belek2 tu ada juga yang berbaloi untuk beli. Walaupun di Oxford Street yang agak upmarket sikit, masih ada yang boleh dibeli… Kalau la pergi ke Factory Outlet di luar kawasan kota London pasti menggila dengan baju berjenama berharga £2 – £3 (mengambil pengalaman orang lain). Berjalan dari Stesen Marble Arch dan terus berjalan melusuri syurga beli-belah melepasi Stesen Oxford, Bond Street dan seterusnya Nottingham Court Road.  Inilah kawasan paling bernilai dalam game Monopoly.  Tidak jauh bezanya game dan alam nyata.. Ia tumpuan ribuan warga London.  Rupanya hari Jumaat adalah hari shopping bagi warga London.  Dia org dapat gaji mingguan, jadi Jumaat hari berjoli..kami tumpang sekaki..

Berakhirlah hari ke-7 kami dengan lenguh2 kaki..Seronok lihat kemeriahan warga London bershopping..Seronok tengok banyak barang2 murah kat sini..Yang tak seronoknya tak leh nak angkut semua yang dicita..tak pe lah, berada di sini pun sudah cukup istimewa bagiku...

....Bersambung....

Thursday, March 3, 2011

Travelog London Paris - Day 6

Sebenarnya hari ni Khamis, plan asal kami nak gi outside London, nak visit Stonehenge.  Tapi disebabkan banyak lagi tempat kat London tak tercover lagi, terpaksa batalkan niat.  Kalau pergi Stonehenge dan tempat2 menarik sepanjang perjalanan tu, mestila makan satu hari jugak.  Esok dah Jumaat, then Sabtu dah nak balik.  So we decide to CANCEL.  Hari ni kita orang nak gi tengok change of guard kat Buckingham Palace and visit football stadiums.  Kami tak set target berapa bijik stadium, tengok masa la kan... Dan hari ni pastinya kena qada nak makan kat Malaysia Hall semalam..

On the way to Buckingham Palace, we passed through Hyde Park. Parks kat London memang cantik2 dan luas2 giler..considering congested London, it's serene, beautiful and peaceful. Aku pernah datang masa spring kat sini, lagi cantik, it's a grand natural beauty. St. James Park on the other side of the palace is more beautiful, but as time is limited, we can't explore all...We stroll down slowly to the end..then we reach Buckingham Palace. Hari ini ada change of guard (happens only on odd days) started at 11am, by 1030am dah penuh dah tepi pagar istana, kami berdiri seberang jalan...Ramai jugak jumpa orang Malaysia kat sini. Uniform dia ni tukar warna ikut musim yang 4 katanya.. ada merah, kelabu, hijau bagai.. musim sejuk ni kelabu..Sebenarnya tak de la grand sangat change of guard, cuma nak tengok ngan mata kepala sendiri..tu jer..
Hyde Park - serene and beautiful
Kejar burung dulu sebelum gi istana..

Waiting on curb - we were not allowed to stand on the road..
Askar berkuda
Inilah guard yang dinanti-nanti itu
Polis-polis ni kerja dia nak pastikan orang tak berdiri kat atas jalan
Kalau ada masa dan duit lebih, boleh masuk ke Buckingham Palace nih, but since we are short of both, we straight away headed to Malaysia Hall at Bayswater. Wallawei... at last..an almost real Malaysian food.. OK la yg tak realnya teh tarik jer, tak rasa teh tarik langsung. Nasik campur best sangat, memang ala2 pakcik Johor tingkat 3. Jgn convert la kan..makan jer..sebab sepinggan nasi ngan 2 lauk tu £4.50, belum masuk air..


This sign is pasted to the glass window of Malaysia Hall restaurant.  It is in the basement, while MSD office is on the ground floor.  Aku ingat kalau bukan orang Malaysia masuk pun takkan dia orang nak halau kan..
Sudah makan, kami solat kat sini terus, then terus menapak ke tube untuk ke Stadium Chelsea yang dikenali sebagai Stamford Bridge terletak di Fullham (anak2 aku tak de sorang pun yang suka MU) Inilah impian Danial...his fav team...Tempat dia agak outskirt.  Tak de game hari ni, so stadium lengang.. Aku nampak cahaya kebahagian di mata Danial bila tengok Stamford Bridge sama macam kebahagiaan pertama kali aku tengok Kaabah...(tak la aku bandingkan kehebatan Stamford Bridge ngan Kaabah ya - aku cuma bandingkan 'kacamata' seseorang bila tengok benda yang dia terlalu nak tengok wokeyy.. jangan keluar fatwa bukan2 pulak kat aku yer..).  So bergambar la kami dari luar, sebab hubby yang tak minat bola and the girls tak mau masuk dalam untuk stadium trip..so aku cakap kat Danial - 'adik belajar pandai2 dik, nanti dapat masuk u kat london, bolehlah datang sini hari2...'.  Lepas bergambar, kami masuk Chelsea merchandise shop, macam2 barangan Chelsea ada kat sini..So dapatlah si peminat no.1 Chelsea ni beberapa barangan kat sini..Yang best nya hari tu, Danial pakai jersey Chelsea (away) kaler hitam beli kat Rantau Panjang RM35.  Ada jual exactly the same baju kat situ.  Kami compare satu2, sejibik sama, sampai yg tulis made in thailand tu pun sama...yang kat Chelsea regenya £40 lebih, aku cakap 'dik nanti balik rumoh tok ayoh la kita beli jersey nihh..jimat limo kali gando...' hok aloh..oghe Siye doh jual jersey Chelsea ori di Rantau Panje, bakpo nok beli di UK nyo... 
No. 1 Chelsea Fan at the grand entrance of the Stamford Bridge
Lifesize poster for fans to celebrate Chelsea's double win in 2010..No.1 fan well blended with official colour jacket
Not a fans - tumpang sekaki jer..
Infront of their main Merchandise Store
Sneak peak to the inside of Stamford Bridge...this is all we can see from outside..
Sorry no game today..
Habis lawat Chelsea, kami menuju ke impian ke-2 pulak....Impian Syahmi pulak..iaitu Arsenal Stadium atau lebih dikenali Emirates Stadium.  Stadium ni kira baru la, must be sponsored by Emirates Airlines.  Tempat dia kat Islington, macam on the other side of the world berbanding Chelsea.  Sampai kat situ hari dah agak gelap, dalam pukul 4 lebih..dah dekat Maghrib..sesampainya kami ke tangga untuk menuju ke kawasan stadium, aku tengok muka Syahmi sama macam muka Danial dan muka aku cam aku cerita kat atas tuh....Malangnya bila kami nak masuk Merchandise Store - "Close Early for Stock Take Today"..Hok aloh..jawabnye kena datang lagi la esok ni..

Hari pun dah gelap..So kami meneruskan aktiviti malam seperti biasa menapak ke Oxford Street..Dapatlah buat rampasan harta sikit lagi kat sini.  Ishh..dah dekatnya nak balik KL..Awat cepat sangat masa ni - bukan berjalan - berlari...

Day 6 - Aku tak bermimpi apa2 malam nih.. tapi aku tahu Danial ngan Syahmi tidur dalam senyum..

.....Bersambung.... 

Wednesday, March 2, 2011

Travelog London Paris - Day 5

Wake up quite early in the morning.. Aku rasa seronok sebab dah tak de tukar hotel lagi pas nih..so boleh sepah suka hati sampai hari balik  Fikir pasal breakfast - oh ya baru ingat hubby dah beli semalam bagel dgn cream cheese dekat Sainsbury.  My kids love bagel.  So we buy 2 bags of 10 bagel cos us £1 each and a tube of cream cheese (sinfully creamily gooood..) for less that £2.  So our delicous breakfast cost us less than £4.  Isn't that great.  Actually if you compare dollar to dollar of income againts cost of living, food in London is quite reasonably price.. So, for £4 for breakfast for 6 is cheap meh...

Actually our plan in London is not that rigid.. Although we roughly have the itenary but we just take our time to enjoy the moment together in this land of snow (I'm capturing part of the lyrics of 'one thousand million smile' revisit after History channel air the Sudirman's documentary.  The song that he sang at Royal Albert in London - One thousand million smiles, I bring to you across the miles, In my land of sunshine, Or in your land of snow....)

Today we plan to go to tourist hotspots around London, then to have lunch at Malaysia Hall at Bayswater, then we will be going to the famous wax museum of Madame Tussauds. 

We started our day with London Bridge.  Cari punya cari, jumpa la Tower Bridge.  Dah tu cari2 London Bridge baru perasan, memang kami tersilap sangka Tower Bridge dgn London Bridge..

London Bridge's History..
At the food arena near River Thames near London Bridge
Inilah London Bridge femes dalam lagu london bridge is falling down tu...buruk jer rupa dia..
Ini sebenarnya Tower Bridge - yang aku dok ingat London Bridge tu..
Next stop is Big Ben, Eye of London (see from far), House of Parliament and Westminster Abbey (the church where Kate and William to tie the knot). Semua ni dekat2 jer..
Big Ben - dulu tower clock tertinggi, sekarang ni tower clock kat Mekah dah kalahkan dia..
Eye of London - tengok dari jauh jer..
Parliament House - gothic sungguh architecture nih..
Tempat Kate dan William bakal bernikah April 2011 nanti..
Depan Gereja Westminster Abbey - mesti glamor perkahwinan diraja yang selalunya berakhir dengan perceraian ni kan...
Dah sudah tu, nak pergi la Malaysia Hall pulak nak makan tengahari..tapi sebelum pergi makan, kena tengok dulu pukul berapa boleh masuk Madame Tussauds.  Cek2 kat bag, rupa2nya tiket yang aku purchase online tertinggal kat hotel... Alamak, merah la telinga hubby kena balik hotel balik.  So tengahari terpaksa cancel lunch plan kat Malaysia Hall, kita orang balik hotel - dah balik tu solat dan makan terus la kat hotel..Dusss berlaku kesilapan teknikal di situ...Settle makan ngan solat, keluar lagi...Kami kena sampai kat Madame Tussauds pukul 3pm.  Cheap ticket (£100 for 6 people), jadi ada time2 yang dia allocate kan untuk kita masuk.  Seronok wei kat sini, jumpa celebrity bagai..Aku dah pernah masuk sini 23 tahun yang lalu, so celebrity yang ada kat sini memang yang famous masa tu la kan tahun 1988..Now, 23 years later, yang masih kekal sehingga kini tinggal Brittish royal family dan Michael Jackson, itu pun patung2 baru sesuai dengan umur mereka sekarang.  Yang lain2 semua dah dilupuskan.. anyway bebudak memang enjoy giler posing ngan artis dan orang2 femes yg tak dak perasaan nih. (mak budak tumpang sekaki)
Infront of Madame Tussauds entrance

Ghadafi during happier time.  Masa ni geng Libya belum memberontak lagik..Dia cool jer orangnya..

Lady Di, dulu dok dekat dengan keluarga diraja, sekarang dia orang letak bersama legend2 lain yang dah berkubur..

Pak Cik Einstein ni kalau pakai hair gel, tidak lah macam ni kan..

Hello, cepat bang datang kat Oval Room, Obama nak jumpa nih..

Twilight hearthrob - Rob Pattinson

Harry Porter - Nasib baik patung, kalau tak aku dah belasah mamat ni..

Tak yah pergi lokasi Don 2 kat Melaka..

Jim Carey and my son with similar character..

Big B - awet muda ya dia ni..

Yang paling best kat Madame Tussauds ni ialah 4-D show - show ni last sekali sebelum exit door, short movie pasal superhero.  The best I've seen so far.  Movie ni banyak adegan2 yang menjolok mata... Maknanya kalau pedang tuh dia hunuskan, masuk terus menusuk ke mata kau.  Kalau dia tembak tu terus masuk mata korang.. Dan kalau kaca pecah tu, rasa macam kaca tu berderai ke dalam mata korang.. serious...best giler..

Habis lawatan ke Madam Tussauds hari dah gelap.  Maghrib kat sini pukul 4:45pm.  Sofia ni pulak, kalau dah hari gelap, mata dia jadi automatic ngantuk.  Spoil plan nak shopping malam.  Sekarang London dah macam KL, kedai tutup lambat.  Pujuk2 OK la.. hari masih awal, kita orang menapak ke Oxford Street untuk berwindow shopping.  Aku pergi scan dulu barang2 apa yang boleh dibeli.  Dah jadi kebiasaan aku, index gila shopping menurun bila gi dengan family sebab nak make sure bebudak ni dapat beli barang dia orang dulu.. Aku punya barang last priority, hubby lagi la...tak masuk akal langsung shopping2 ni...

Dalam 2 jam lebih kita orang kat Oxford Street then balik hotel, rehat dan tidor terus...

Day 5 - Mengulang pengalaman aku ke Madame Tussauds 23 tahun lepas..Malam tu mimpi jumpa Michael Jackson..(yang ni kira hantu dia la kan..)

......Bersambung....