Monday, July 18, 2011

"Saya Mengaku Bersalah"

JUMAAT – 1 Julai

Aku memang tak sangka benda yang aku anggap remeh jadi besar macam ni… Ingat tak pasal post aku sebelum ni pasal aku kena saman dengan JPJ. Aku memang tak pernah buat kerja bayar membayar ni apatah lagi online, itu kerja hubby. Cuma yang memang aku ingat last day nak kena bayar saman tu 30 June 2011 dan hubby belum bayar lagik. So, balik malam tu aku suruh hubby bayar. Bila masuk myEG jer, claim tu dah tak de dalam system dan dia tulis kat situ ‘Pergi ke JPJ - ADA KES’. Alamak..aku dah sakit perut. Esoknya Jumaat 1 Julai, pagi2 lagi aku dengan hubby pergi JPJ Wangsa Maju. Sampai kat kaunter pertanyaan bayar saman, budak tu cakap yang saman ni dah patut pergi mahkamah.

Aku: Hah..mahkamah? Takkan satu hari lambat dah kena masuk mahkamah (perut aku tetiba memulas..)

JPJ: Sebenarnya saman ni kena bayar sebelum 30/5, kalau tak bayar lepas dari tarikh tu kena pergi bayar kat mahkamah. (Aku telek balik saman tu..baru aku perasan aku dah salah sangka. Bayar kat JPJ, sebelum 30/5, otherwise kena pergi mahkamah sebelum 30/6 – after which boleh kena tangkap…)

Aku: Bayar kat mahkamah? Bayar kat mana?

(muka aku dah pucat – aku tak pernah pergi mahkamah atau COURT org putih kata. Pergi meeting kat TM Bukit Mahkamah adalah. Food COURT pun selalu. COURTS Mammoth pun tak berapa asing bagi aku. But this is real COURT or mahkamah in malay)

JPJ: Untuk kes ni, hanya dari Isnin hingga Khamis. Hari ini Jumaat. Pergi Isnin depan la. Nanti ada orang JPJ kat situ, boleh la buat bayaran. Pergi dalam tujuh lebih ya, tempat tu buka dalam pukul 8.

(Budak tu pasti perasan muka aku pucat kesi. Dia macam nak tenangkan aku jer)

ISNIN – 4 Julai

Pagi Isnin aku dengan hubby terus pergi ke mahkamah lepas hantar bebudak ke sekolah. Sampai kat mahkamah Jalan Duta dalam 7 lebih. Cantik mahkamah baru ni, walaupun menurut kawan akak aku tingkat atas masih bocor. Tersergam indah menjadi saksi bisu kepada ribuan orang kena tuduh atau OKT. Menyimpan cerita sukaduka, tipudaya, yang benar dan yang nyata, yang tersurat dan tersirat.

Ramai orang walaupun masih awal pagi. Press pun ada. Rupanya ini hari pertama kes inquest Sarbini yang mati kat ofis SPRM. Sarbini kes hi-profile. Memang berbaloi waktu mahkamah habis untuk dia. Aku hanya low-profile, buat menyemak jer masuk mahkamah dengan kesalahan kecik ni. Tapi sendiri silap – ambil mudah punya pasal – benda kecik jadi besar. Aku pergi kaunter pertanyaan tanya kat mana nak bayar saman JPJ. Dia arahkan kami pergi bilik paling hujung sekali. Jauh jugak la nak pusing – macam dekat 400m juga berjalan. Sampai hujung ada ada 2 perempuan cina. Aku senyum pembuka bicara…

Aku: Sini tempat pesalah trafik ya?

Amoi: Ya.. tunggu la belum bukak lagi.

Aku: Ada kaunter bayar ke? (Bodohnya aku masih mengharapkan ada kaunter bayar)

Amoi: Mana ada..sini masuk court la…

Berubah muka aku dengar kena masuk court. Aku saling berpandangan dengan hubby… Our worst nightmare become reality. Aku betul2 kena masuk court. Ya Allah, aku dah mula panic. Apa aku nak cakap ni. Berapa denda maksima aku kena ni. Aku kena masuk jail ke? Amoi perasan aku pucat..

Amoi: Ala..nothing ma..go there and plead guilty only, if u are lucky, he give lighter judgment..I dah tanya lawyer dah. My mother’s offence maxima RM5,000. Plead guilty, may be get half lor..

Derh..orang ni dah jumpa lawyer..Ko ade? Aku tak tahu apa maximum penalty utk aku. Dlm beg adalah RM500 ringgit. Tapi duit boleh cari. Kalau kena jail? Habis la aku, entah2 kena jail hari ni.. ketakutan menyirap,ya Allah tolong la aku.. Aku mula menyelak2 ma’thurat kecil dalam handbag. Aku mesti cari kekuatan mental.

Lama juga kami berlegar kat luar court, tetiba dalam 8:15 pagi polis court datang kat tempat aku..

Polis court: Awak kes saman JPJ?

Dia terus ambik saman JPJ dan IC dari aku selepas anggukan lesu dari aku. Lepas tu dia arahkan aku masuk ke bilik kedua. ‘Assalamualikum’ aku bagi salam kat pintu yang tertulis ‘Mahkamah Jenayah Trafik 2’. Aku penjenayah trafik hari ini. Aku dan hubby melangkah masuk sambil baca doa nak masuk Masjidil Haram, minta Allah mudahkan aku. Wap panas menyelinap ke muka aku bila aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke dalam mahkamah. Aku yang pertama, so aku terus ambik gambar dalam mahkamah. Aku cakap dengan hubby, kalau aku masuk jail, aku tak nak masuk blog, kalau tak kena jail aku boleh la tulis pengalaman kat blog (ending story - maknanya aku tak masuk jail la ni).

Ni aku amik gambar dari last row obeserver and waiting bench.  Depan sikit, kandang pesalah.  Depan lagi yang ada meja-kerusi untuk DPP.  Depan sekali tukang baca pertuduhan.  Yang meja tinggi tu tempat judge la kan..Nak pecah jugak dada aku first time masuk sini.  Perasaan aku lebih teruk lagi dari masa nak ambik SPM, kertas pertama.
Tak lama lepas tu Polis court (aku ingat nama dia Sudin), masuk senyum lebar, dan terus datang kat tempat aku ngan hubby. Polis Sudin ni memang friendly dan bersembang ngan kami dekat setengah jam la juga. Ketakutan aku dah beransur hilang. Jam dah dekat 9:00 pagi - Hubby setia bersama tapi gelisah. Dia ada meeting pukul 9:30, memang minggu tu dia sibuk. Jam dah dekat pukul 9:00 pagi. Aku kena tabah ni..

Aku: Bang, abang pergi je la, nanti bagi bag lapto mama, apa2 mama call..

Hubby: Da OK ke? (Dia tahu aku ni penakut dengan banyak benda – tapi dia tahu bila terdesak aku boleh buat benda yang aku tak pernah buat)

Aku: OK…Insyallah..abang pergi tapi jangan berhenti berdoa tahu..Doa da jangan kena jail tau…

Hubby: Kenapa la benda this week..banyak kerja. Kalau Da OK abang pergi dulu..apa2 Da call.

Aku cium tangan dia – SEDIH – TAKUT.

OKT lain mula mengisi ruang, Aduhh..janggal sungguh. Mana tak janggal, aku sorang perempuan. Pulak tu, aku berpakaian macam nak pergi kenduri (agak glemer la baju aku ari tu dari biasa). Sebab aku ingat saman ni bayar kat kaunter, pastu terus belah pergi office. Orang lain pulak pakai shirt dengan jeans atau slack. Mana aku tahu ini takdir aku hari ni. Ada yang pandang2 aku – macam aku dengar jer dia orang cakap dalam hati ‘apa la makcik glemer ni punya kesalahan sampai masuk mahkamah ni?’. Kalau aku pakai hitam, sah orang ingat aku lawyer. Ye la, dengan handbag tambah laptop bagai..(aku memang lawyer – tapi yg jenis buruk la..)

Hampir jam 10, Polis Sudin datang kat bench menunggu suruh semua orang dok straight up dan berdiri bila judge masuk. Aku kembali gabra…

Polis Sudin: BANGUNNN…

Semua orang bangun, hakim masuk dan hakim tunduk sebelum duduk. (Hmm mudanya…perempuan, umur dalam lewat 20an.) Aku ikut tunduk dan duduk. Memandangkan kes aku yang pertama Polis Sudin tu ambik, aku agak mesti kes aku yang first disebut.. rupa-rupanya tidak. Aku dengar bisik2 pekerja mahkamah, JPJ punya DPP (Deputy Public Prosecuter atau pendakwaraya) tak sampai lagi.. Hmm… kena tunggu lagi. So sebutan 3 kes pertama adalah kes trafik melibatkan polis.

Kes pertama – CINA - aku tak dengar sangat tapi pasal memandu apa tah kat Jalan Telawi. Memang mula-mula tukang baca pertuduhan cakap perlahan sikit. Urutan proses mahkamah lebihkurang cam di bawah ni (utk korang amik pengalaman):

1) Kes dibaca

2) Pesalah mengaku bersalah

3) Denda maksima dibaca – dia tanya masih nak mengaku bersalah jugak ke?

4) Pesalah mengaku bersalh

5) Judge tanya nak merayu ke tidak?

6) Merayu dengan penuh sendu

7) Judge tanya pendakwaraya boleh dipertimbangkan ke rayuan tuh..

8) Peguam kata boleh

9) Judge bagi sentence..Dush hentak meja ngan tukul – the end.

Kes pertama ni denda dia banyak ribu jugak la..

Kes kedua – INDIA - memandu masa mabuk – kena gantung lesen ngan denda ribu riban jugak

Kes ketiga – MELAYU – rempit, budak lagi dalam belasan. Sayu aku tengok muka bapak dia. Itulah melayu juara rempit. Kena denda RM2,000 bayar hari tu jugak, gantung lesen, berkelakuan baik, bla..bla. Dia ni paling banyak kena tegur dengan hakim. Memang budak sesangat.. tak pandai cakap sangat la kan. Nasib baik Polis Sudin tolong bisik jawapan kat tepi dia.

Habis 3 kes 1Malaysia mewakili 3 bangsa, aku dapat simpulkan denda semuanya ribu-riban, ada yang kena gantung lesen. Aku pulak macam mana?

Sehabis dihukum, semua pesalah yang sudah disebut kes mesti duduk dalam kandang pesalah. Aku sibuk mengarang ayat2 cinta yang akan aku katakan kepada hakim. Rupanya ada hikmah disebalik kelewatan DPP JPJ. Allah nak bagi aku belajar dari kes2 lain dulu. Beberapa bait kata2 yang aku selalu gunakan semasa menulis surat kepada MCMC sudah aku pahatkan di kepala. DPP JPJ dah datang. Aku agak mesti pasni giliran aku. Muka dia ni pun macam A.Galak. Agak menggerunkan sesiapa yang memang sudah kecut.

Tukang baca kes panggil nama aku dan suruh aku berdiri sebelah A.Galak (Aku tak yah masuk kandang pesalah pulak, tapi kena berdiri dekat bebenor dengan A.Galak.. ) Aku kecut, jalan perlahan, all eyes on me..what the hell is this lady do in this court. I know people are so attentive, because they want to know. Beg semua aku kena letak kat tepi dan Polis Sudin suruh aku berdiri cam nak nyanyi lagu Negara Ku.

Tukang baca kes: Adalah anda si polan binti si polan pada tarikh ini telah memotong di laluan salah di lokasi bla..bla..(bahasa mudahnya kesalahan aku jump queue kat emergency lane – I was jumping queue because all cars turning right is jumping queue on my rightful lane, tak sampai 200m aku bergerak dlm emergency lane - for godsake have some mercy la..)

Aku: Saya mengaku bersalah..

Tukang baca kes: Mengikut section xx anda dikenakan denda maksima RM2,000 dan macam2 lagik….. . Adakah anda masih hendak mengaku bersalah? (Aku dengar jer dennda maksima 2 ribu aku dah macam pekak, tak dengar apa yang dia cakap lepas tu..macam nak pitam pun ada. Aku zikir supaya aku tak pengsan – malu kalu pengsan sebab kesalahan jump queue kan..)

Aku: Saya masih mengaku bersalah

Hakim: Awak ada apa2 nak cakap? (Hakim ni memang tak pernah dongak kepala bila cakap dengan pesalah – mungkin dia tak nak prejudice bila buat keputusan)

Aku: Pertama sekali saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Puan kerana beri peluang pada saya untuk mengemukan rayuan. Untuk pengetahuan Puan, ini adalah kesalahan pertama saya. Dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Dengan ini saya merayu supaya denda minima di kenakan kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terimakasih di atas pertimbangan Puan. (Macam tak percaya dengan lajunya aku hamburkan senikata yang selalu aku gunakan untuk Surat MCMC didalam mahkamah – ada guna jugak benda tu)

A.Galak: Untuk pertimbangan (maknanya dia cakap kat Hakim, boleh la pertimbangkan rayuan aku tu..)

Hakim: RM300 – bayar hari ini – gedush (hentak tukul)

Aku: Terima Kasih (perlahan suara aku). (Alhamdulillah dalam hati)..

Berakhirlah kes aku. Hukuman pun dah jatuh. Aku dah tak dengar lagi apa yang 3 kes lain selepas aku. Semua 7 kes selesai dalam masa 15 minit. Aku bayar denda kat situ jugak dan terus menunggu resit di kaunter bayaran. Dah dapat resit, dia suruh terus pergi JPJ clear blacklist. Loh..JPJ pulak ke? Nampaknya kena urgent leave la..so aku call KZ cakap nak cuti. Then hubby hantar balik rumah. Aku amik kereta untuk ke JPJ…Tunggu dalam setengah jam untuk tunjuk resit mahkamah. SIAP. Yee haa…I am in the white list again. All in all, penat zahir dan batin yang amat....

So, the moral of the story – BANYAK sebenarnya. Tapi aku summarykan kepada 2 jer la.  Jangan ambik mudah saman JPJ - bayor jer terus.  Jangan jump queue (kalau nampak keter JPJ atau polis la..).  Oops..aku dah cakap kat hakim "saya berjanji tidak akan buat lagi....".  Tak nak contempt of courts...