Tuesday, August 2, 2011

Durian..Durian..(mad rush to finish the durian)

Last call for durian lovers. Ramadhan is here but durian is still abundant. The ‘but’ is because many people don’t really eat durian by flesh during puasa times, not even for a hardcore durian lovers like me. I mean there is so much durian this season, a seller near my house sold it for only 10 ringgit a bag. And it is a whole lot of a good deal for kampong durian although it is not so musang-king neither it is D-series. But eating durian can only last before Ramadhan. Maybe people are more focus on sweet delicacies for Ramadhan compare to fruits. I remember last Ramadhan how buah duku from my tiny kebun is abandon just because people are not really into fruits in Ramadhan. Durian is just everywhere nowadays. Hubby’s office had a durian feast last Thursday and they bought a lorry of durian and he brought left-over home. On my way back from Kelantan, there was not one lorry moving on Karak Hiway not ferrying durian (must be durian Pahang), that I have this wishful thinking that one of it just skidded and cause the durian to fell down on the roadside and then they giveaway to passersby who happen to be us at that time and we go back home happily ever after… But of course none of it gets skidded…

Well anyway, as I have too much durian to play around with, I got to rid them in the most delicious way possible – before Ramadhan. It was previous week project actually. Can’t be doing kuah and pulut durian all the time. That would be too lame for my children and hubby who is hantu durian to just dunk into the same dish all the time. So what I do is revisit an old recipe of my mom – the grand murtabak durian – and lets add ‘royal’ to it. I actually never found Murtabak durian being sold or serve anywhere in the world. Perhaps people will give the ‘eeuwww’ look with the sound of murtabak durian, but it is actually not that far away from the more common but still exotic murtabak pisang. It is of the same concept. So guys – if you still have those creamy-sweet-tasty-yellowish flesh in your fridge, act now before it morph to tempoyak. Follow this….

First you buy a non-cook roti canai at mamak stall (I used to do it myself those days – sekarang nak ringkas saja). Murtabak d’raja durian needs to be layered with at least two layers. So I bought 12 piece. Next just take around two corelle bowls of durian flesh. Mixed in 6 egg, then to add a little sweetness and creaminess (as if the durian is not creamy enough la tu..) add in 4 table spoons of condense milk. Finally just a bit of salt to bring out the taste. Mix well with fork…then that’s about it..easy right. But it is super delicious super sinful (who cares..). Even the ‘durian commoners’ go crazy about it…

This is the durian filling ready to be wrapped in the roti canai dough

The finished products..Murtabak d'Raja Durian..
At home, it’s gone faster than the time I took to make it..tambah hujan pulak petang tu.. Everybody goes like ‘nape buat sikit sangat?’ That day the word ‘sikit’ has been redefined.

It doesn't ends there.  After all those murtabak – I still have leftovers. I kept thinking of the serimuka durian that somebody ordered during last two potluck at the office from Pondok Kuih (or is it Istana Kuih..?). So I put durian left-over for another good use. Its seri muka durian. Very simple to do – but there’s no other better words to describe the dish that can be alike to eating serawa durian with pulut but with your finger - YUmmmmmy…So here it is…
Topping of the seri muka before cook

Bottom part - pulut after being steamed - super white pulut from Kelantan (fr Siam actually)

Finish products - Seri Muka Durian

Gone in no time...
I actually still have an ice-cream tub of durian flesh well kept in the freezer even after yesterday's pulut durian for bukak puasa.  Got to think of another dish to finish it off...

Monday, July 18, 2011

"Saya Mengaku Bersalah"

JUMAAT – 1 Julai

Aku memang tak sangka benda yang aku anggap remeh jadi besar macam ni… Ingat tak pasal post aku sebelum ni pasal aku kena saman dengan JPJ. Aku memang tak pernah buat kerja bayar membayar ni apatah lagi online, itu kerja hubby. Cuma yang memang aku ingat last day nak kena bayar saman tu 30 June 2011 dan hubby belum bayar lagik. So, balik malam tu aku suruh hubby bayar. Bila masuk myEG jer, claim tu dah tak de dalam system dan dia tulis kat situ ‘Pergi ke JPJ - ADA KES’. Alamak..aku dah sakit perut. Esoknya Jumaat 1 Julai, pagi2 lagi aku dengan hubby pergi JPJ Wangsa Maju. Sampai kat kaunter pertanyaan bayar saman, budak tu cakap yang saman ni dah patut pergi mahkamah.

Aku: Hah..mahkamah? Takkan satu hari lambat dah kena masuk mahkamah (perut aku tetiba memulas..)

JPJ: Sebenarnya saman ni kena bayar sebelum 30/5, kalau tak bayar lepas dari tarikh tu kena pergi bayar kat mahkamah. (Aku telek balik saman tu..baru aku perasan aku dah salah sangka. Bayar kat JPJ, sebelum 30/5, otherwise kena pergi mahkamah sebelum 30/6 – after which boleh kena tangkap…)

Aku: Bayar kat mahkamah? Bayar kat mana?

(muka aku dah pucat – aku tak pernah pergi mahkamah atau COURT org putih kata. Pergi meeting kat TM Bukit Mahkamah adalah. Food COURT pun selalu. COURTS Mammoth pun tak berapa asing bagi aku. But this is real COURT or mahkamah in malay)

JPJ: Untuk kes ni, hanya dari Isnin hingga Khamis. Hari ini Jumaat. Pergi Isnin depan la. Nanti ada orang JPJ kat situ, boleh la buat bayaran. Pergi dalam tujuh lebih ya, tempat tu buka dalam pukul 8.

(Budak tu pasti perasan muka aku pucat kesi. Dia macam nak tenangkan aku jer)

ISNIN – 4 Julai

Pagi Isnin aku dengan hubby terus pergi ke mahkamah lepas hantar bebudak ke sekolah. Sampai kat mahkamah Jalan Duta dalam 7 lebih. Cantik mahkamah baru ni, walaupun menurut kawan akak aku tingkat atas masih bocor. Tersergam indah menjadi saksi bisu kepada ribuan orang kena tuduh atau OKT. Menyimpan cerita sukaduka, tipudaya, yang benar dan yang nyata, yang tersurat dan tersirat.

Ramai orang walaupun masih awal pagi. Press pun ada. Rupanya ini hari pertama kes inquest Sarbini yang mati kat ofis SPRM. Sarbini kes hi-profile. Memang berbaloi waktu mahkamah habis untuk dia. Aku hanya low-profile, buat menyemak jer masuk mahkamah dengan kesalahan kecik ni. Tapi sendiri silap – ambil mudah punya pasal – benda kecik jadi besar. Aku pergi kaunter pertanyaan tanya kat mana nak bayar saman JPJ. Dia arahkan kami pergi bilik paling hujung sekali. Jauh jugak la nak pusing – macam dekat 400m juga berjalan. Sampai hujung ada ada 2 perempuan cina. Aku senyum pembuka bicara…

Aku: Sini tempat pesalah trafik ya?

Amoi: Ya.. tunggu la belum bukak lagi.

Aku: Ada kaunter bayar ke? (Bodohnya aku masih mengharapkan ada kaunter bayar)

Amoi: Mana ada..sini masuk court la…

Berubah muka aku dengar kena masuk court. Aku saling berpandangan dengan hubby… Our worst nightmare become reality. Aku betul2 kena masuk court. Ya Allah, aku dah mula panic. Apa aku nak cakap ni. Berapa denda maksima aku kena ni. Aku kena masuk jail ke? Amoi perasan aku pucat..

Amoi: Ala..nothing ma..go there and plead guilty only, if u are lucky, he give lighter judgment..I dah tanya lawyer dah. My mother’s offence maxima RM5,000. Plead guilty, may be get half lor..

Derh..orang ni dah jumpa lawyer..Ko ade? Aku tak tahu apa maximum penalty utk aku. Dlm beg adalah RM500 ringgit. Tapi duit boleh cari. Kalau kena jail? Habis la aku, entah2 kena jail hari ni.. ketakutan menyirap,ya Allah tolong la aku.. Aku mula menyelak2 ma’thurat kecil dalam handbag. Aku mesti cari kekuatan mental.

Lama juga kami berlegar kat luar court, tetiba dalam 8:15 pagi polis court datang kat tempat aku..

Polis court: Awak kes saman JPJ?

Dia terus ambik saman JPJ dan IC dari aku selepas anggukan lesu dari aku. Lepas tu dia arahkan aku masuk ke bilik kedua. ‘Assalamualikum’ aku bagi salam kat pintu yang tertulis ‘Mahkamah Jenayah Trafik 2’. Aku penjenayah trafik hari ini. Aku dan hubby melangkah masuk sambil baca doa nak masuk Masjidil Haram, minta Allah mudahkan aku. Wap panas menyelinap ke muka aku bila aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke dalam mahkamah. Aku yang pertama, so aku terus ambik gambar dalam mahkamah. Aku cakap dengan hubby, kalau aku masuk jail, aku tak nak masuk blog, kalau tak kena jail aku boleh la tulis pengalaman kat blog (ending story - maknanya aku tak masuk jail la ni).

Ni aku amik gambar dari last row obeserver and waiting bench.  Depan sikit, kandang pesalah.  Depan lagi yang ada meja-kerusi untuk DPP.  Depan sekali tukang baca pertuduhan.  Yang meja tinggi tu tempat judge la kan..Nak pecah jugak dada aku first time masuk sini.  Perasaan aku lebih teruk lagi dari masa nak ambik SPM, kertas pertama.
Tak lama lepas tu Polis court (aku ingat nama dia Sudin), masuk senyum lebar, dan terus datang kat tempat aku ngan hubby. Polis Sudin ni memang friendly dan bersembang ngan kami dekat setengah jam la juga. Ketakutan aku dah beransur hilang. Jam dah dekat 9:00 pagi - Hubby setia bersama tapi gelisah. Dia ada meeting pukul 9:30, memang minggu tu dia sibuk. Jam dah dekat pukul 9:00 pagi. Aku kena tabah ni..

Aku: Bang, abang pergi je la, nanti bagi bag lapto mama, apa2 mama call..

Hubby: Da OK ke? (Dia tahu aku ni penakut dengan banyak benda – tapi dia tahu bila terdesak aku boleh buat benda yang aku tak pernah buat)

Aku: OK…Insyallah..abang pergi tapi jangan berhenti berdoa tahu..Doa da jangan kena jail tau…

Hubby: Kenapa la benda this week..banyak kerja. Kalau Da OK abang pergi dulu..apa2 Da call.

Aku cium tangan dia – SEDIH – TAKUT.

OKT lain mula mengisi ruang, Aduhh..janggal sungguh. Mana tak janggal, aku sorang perempuan. Pulak tu, aku berpakaian macam nak pergi kenduri (agak glemer la baju aku ari tu dari biasa). Sebab aku ingat saman ni bayar kat kaunter, pastu terus belah pergi office. Orang lain pulak pakai shirt dengan jeans atau slack. Mana aku tahu ini takdir aku hari ni. Ada yang pandang2 aku – macam aku dengar jer dia orang cakap dalam hati ‘apa la makcik glemer ni punya kesalahan sampai masuk mahkamah ni?’. Kalau aku pakai hitam, sah orang ingat aku lawyer. Ye la, dengan handbag tambah laptop bagai..(aku memang lawyer – tapi yg jenis buruk la..)

Hampir jam 10, Polis Sudin datang kat bench menunggu suruh semua orang dok straight up dan berdiri bila judge masuk. Aku kembali gabra…

Polis Sudin: BANGUNNN…

Semua orang bangun, hakim masuk dan hakim tunduk sebelum duduk. (Hmm mudanya…perempuan, umur dalam lewat 20an.) Aku ikut tunduk dan duduk. Memandangkan kes aku yang pertama Polis Sudin tu ambik, aku agak mesti kes aku yang first disebut.. rupa-rupanya tidak. Aku dengar bisik2 pekerja mahkamah, JPJ punya DPP (Deputy Public Prosecuter atau pendakwaraya) tak sampai lagi.. Hmm… kena tunggu lagi. So sebutan 3 kes pertama adalah kes trafik melibatkan polis.

Kes pertama – CINA - aku tak dengar sangat tapi pasal memandu apa tah kat Jalan Telawi. Memang mula-mula tukang baca pertuduhan cakap perlahan sikit. Urutan proses mahkamah lebihkurang cam di bawah ni (utk korang amik pengalaman):

1) Kes dibaca

2) Pesalah mengaku bersalah

3) Denda maksima dibaca – dia tanya masih nak mengaku bersalah jugak ke?

4) Pesalah mengaku bersalh

5) Judge tanya nak merayu ke tidak?

6) Merayu dengan penuh sendu

7) Judge tanya pendakwaraya boleh dipertimbangkan ke rayuan tuh..

8) Peguam kata boleh

9) Judge bagi sentence..Dush hentak meja ngan tukul – the end.

Kes pertama ni denda dia banyak ribu jugak la..

Kes kedua – INDIA - memandu masa mabuk – kena gantung lesen ngan denda ribu riban jugak

Kes ketiga – MELAYU – rempit, budak lagi dalam belasan. Sayu aku tengok muka bapak dia. Itulah melayu juara rempit. Kena denda RM2,000 bayar hari tu jugak, gantung lesen, berkelakuan baik, bla..bla. Dia ni paling banyak kena tegur dengan hakim. Memang budak sesangat.. tak pandai cakap sangat la kan. Nasib baik Polis Sudin tolong bisik jawapan kat tepi dia.

Habis 3 kes 1Malaysia mewakili 3 bangsa, aku dapat simpulkan denda semuanya ribu-riban, ada yang kena gantung lesen. Aku pulak macam mana?

Sehabis dihukum, semua pesalah yang sudah disebut kes mesti duduk dalam kandang pesalah. Aku sibuk mengarang ayat2 cinta yang akan aku katakan kepada hakim. Rupanya ada hikmah disebalik kelewatan DPP JPJ. Allah nak bagi aku belajar dari kes2 lain dulu. Beberapa bait kata2 yang aku selalu gunakan semasa menulis surat kepada MCMC sudah aku pahatkan di kepala. DPP JPJ dah datang. Aku agak mesti pasni giliran aku. Muka dia ni pun macam A.Galak. Agak menggerunkan sesiapa yang memang sudah kecut.

Tukang baca kes panggil nama aku dan suruh aku berdiri sebelah A.Galak (Aku tak yah masuk kandang pesalah pulak, tapi kena berdiri dekat bebenor dengan A.Galak.. ) Aku kecut, jalan perlahan, all eyes on me..what the hell is this lady do in this court. I know people are so attentive, because they want to know. Beg semua aku kena letak kat tepi dan Polis Sudin suruh aku berdiri cam nak nyanyi lagu Negara Ku.

Tukang baca kes: Adalah anda si polan binti si polan pada tarikh ini telah memotong di laluan salah di lokasi bla..bla..(bahasa mudahnya kesalahan aku jump queue kat emergency lane – I was jumping queue because all cars turning right is jumping queue on my rightful lane, tak sampai 200m aku bergerak dlm emergency lane - for godsake have some mercy la..)

Aku: Saya mengaku bersalah..

Tukang baca kes: Mengikut section xx anda dikenakan denda maksima RM2,000 dan macam2 lagik….. . Adakah anda masih hendak mengaku bersalah? (Aku dengar jer dennda maksima 2 ribu aku dah macam pekak, tak dengar apa yang dia cakap lepas tu..macam nak pitam pun ada. Aku zikir supaya aku tak pengsan – malu kalu pengsan sebab kesalahan jump queue kan..)

Aku: Saya masih mengaku bersalah

Hakim: Awak ada apa2 nak cakap? (Hakim ni memang tak pernah dongak kepala bila cakap dengan pesalah – mungkin dia tak nak prejudice bila buat keputusan)

Aku: Pertama sekali saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Puan kerana beri peluang pada saya untuk mengemukan rayuan. Untuk pengetahuan Puan, ini adalah kesalahan pertama saya. Dan saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Dengan ini saya merayu supaya denda minima di kenakan kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terimakasih di atas pertimbangan Puan. (Macam tak percaya dengan lajunya aku hamburkan senikata yang selalu aku gunakan untuk Surat MCMC didalam mahkamah – ada guna jugak benda tu)

A.Galak: Untuk pertimbangan (maknanya dia cakap kat Hakim, boleh la pertimbangkan rayuan aku tu..)

Hakim: RM300 – bayar hari ini – gedush (hentak tukul)

Aku: Terima Kasih (perlahan suara aku). (Alhamdulillah dalam hati)..

Berakhirlah kes aku. Hukuman pun dah jatuh. Aku dah tak dengar lagi apa yang 3 kes lain selepas aku. Semua 7 kes selesai dalam masa 15 minit. Aku bayar denda kat situ jugak dan terus menunggu resit di kaunter bayaran. Dah dapat resit, dia suruh terus pergi JPJ clear blacklist. Loh..JPJ pulak ke? Nampaknya kena urgent leave la..so aku call KZ cakap nak cuti. Then hubby hantar balik rumah. Aku amik kereta untuk ke JPJ…Tunggu dalam setengah jam untuk tunjuk resit mahkamah. SIAP. Yee haa…I am in the white list again. All in all, penat zahir dan batin yang amat....

So, the moral of the story – BANYAK sebenarnya. Tapi aku summarykan kepada 2 jer la.  Jangan ambik mudah saman JPJ - bayor jer terus.  Jangan jump queue (kalau nampak keter JPJ atau polis la..).  Oops..aku dah cakap kat hakim "saya berjanji tidak akan buat lagi....".  Tak nak contempt of courts...

Thursday, June 30, 2011

Kalau sudah bukan rezeki aku..

Cakap pasal rezeki memang semua orang paham kedudukan rezeki dalam kehidupan kita. Bukan senang nak redha bila tiba-tiba rezeki Allah tarik melalui macam-macam cara. Tapi sebenarnya rezeki turun naik tu memang sebahagian kehidupan. Teringat kisah dua bulan lepas, lepas pada boss announce bonus tahun ni, punya la aku happy giler.. Ya la ingatkan tahun ni company performance tak berapa memberangsangkan, tapi bila boss kata at least dua dlm tangan, happy la aku kira duit yang bakal masuk. Cerita ‘bukan rezeki’ bermula.. Biasanya aku tak drive, tapi hari tu aku drive.. Lepas tu biasa ikut highway, pastu hari tu ikut Jalan Gombak. Biasa tak jem, tapi hari tu jem.. So dalam dok jem org nak belok masuk Greenwood, aku nengok banyak kereta potong kot tepi emergency lane sebab kita nak terus.. Aku pun ikut jer belakang. Lepas traffic light, aku jalan macam biasa la, masuk balik main lane.. Tak berapa minit, satu kereta kat JPJ ni mengekor kat belakang dengan lampu ning-nong-ning-nong pastu siap pakai hailer – “berhenti kereta nombor (sebut no kereta aku)..berhenti” Dushhh! memalukan…dan sakit hati - kenapa dalam banyak2 kereta, aku sorang jer yang kena?

There goes my money. Aku yang tak pernah kena saman ni agak nervous jugak la. Dalam aku masih panas panas mengira berapa jumlah bonus aku nak dapat – TETIBA KENA TAHAN NGAN JPJ. Ada kawan aku cakap, nape tak bayor je kat depa tu..dia orang nak cari makan la tuh. Aku yang SPRM Compliance ni bukan saja tak sanggup nak bagi duit kopi tapi juga penakut.

Aku berenti. Aku nampak dari cermin belakang, 2 mamat tu keluar dari kereta dia. Aku pun baca segala macam ayat yang aku boleh ingat. Saat ini ayat kastam tak berguna lagi… Yang sorang muka comel macam boyfriend Abby Abadi dalam Gerak Khas tu. Yang boss dia pulak muka garang dengan misai huruf S - sebijik muka polis yang dah 15 tahun dlm Gerak Khas nama apa entah. Muka dia masam giler. Aku bagi yang muda tu IC ngan driver’s license.

Aku: “ Dik berapa kena”

Boyfriend Abby: “Yang ni kesalahan besar, RM300 Puan”

Aku: (DUSHHH..kesan bunyi macam jantung kena hentak) Banyaknya..boleh merayu ke? (sayu suara aku..)

Misai S: (Suara garang dan sedikit menjerit dengan mata terjegil) Mana boleh rayu2..bayar la…

Aku dalam hati: Mamat ni, perasan hebat, baik aku senyap jer la…

So aku dapat la resit RM300, yang mana hari ni 30 June 2011 - last date nak kena bayar. Nasib baik ada dividen Kotamas baru dapat lastweek. Cukup2 untuk bayar JPJ.

Itulah namanya rezeki. Kalau Allah nak bagi rezeki, sekelip mata rezeki tu jadi hak kita. Begitu juga, kalau Allah nak tarik rezeki kita, sekelip mata Allah tarik. Rezeki pun bukan hanya dalam bentuk RM saja. Allah boleh bagi rezeki dalam bentuk tenang, mudah, rehat, iman, senang hati, mudah kerja, sihat, suami , anak2, sahabat, saudaramara yang baik dan macam2 lagi.. Yang latest, kejadian petang last weekend – dalam aku dok bermalas-malas dengan baju kaftan sambil berinternet, tetiba jeritan amahku separuh histeria ‘Kak Da…bapak sakit..bapak kena stroke’. Sekali lagi Dushh... jantung aku tersentak.  Dan dengan tetiba jer ‘kerehatan’ aku Allah rentus, Dia tarik.. So aku terus hantar amah balik kampong next day. Rezeki kerehatan ditarik balik. Bermula dari situ jadual ku penuh kepenatan – INDEFINITELY…

Itulah – kalau sudah bukan rezeki aku. Pun begitu aku bersyukur teori rezeki, begitu juga teori qada qadar seboleh mungkin aku hayati… Alhamdulillah atas cubaan ini. 

Wednesday, June 29, 2011

The Nose

"I recognise the nose"..

Glurrrpp..Who is this? In the middle of my conversation with friends from industry during seminar's break just interject with 'the nose' word.

I stared at her with puzzle looking face. "Ya, hidung you.  Memang you ni Ida kan...."
And when the kelate slang started to sip in, I gave a quick guess.."Sape yer,  sori la, I tak ingat..Sekolah Zainab ke?"

"Tak ingat ke?" - Does not cross my mind - "It's me la, Ti.. Muniyati"
Aarrgh then I remember and gave her a long glance with a big laugh.  Aku ingat ni bukan kali pertama orang tegur aku sebab kenal hidung aku... So I concluded that 'the nose' is pretty unique la kan..

So there I was meeting my classmates of more than 30 years.  As usual la..meeting long lost friends start a bit here and there about what has been and what is now...We started to reminsce the days that had gone by...

Back at home, I just couldn't help thinking again about my encounter with old classmate I met at the seminar today, who I last met in Los Angeles California during student days - nearly 30 years ago. Dejavu... I travelled from Stockton to LA to meet Ti and my other good friends Na.  At that time Ti study somewhere else but her boyfriend was in LA.  Na in NY also came down to LA.  Its normal for students to meet up in LA, because they normally kick-off their holiday break in Disneyland before they venture somewhere else.  So that's what we did - we explored LA, then moved on to Arizona to explore the great Grand Canyon (best uniques scenery with many shades and colors), Hover Dam, Death Valley, and what have you, then went on to Nevada to visit Las Vegas and Reno.  I remember we travelled 5 people - me, Ti, Na, Sabri and Kamil. It was a memorable journey, and it just come fresh in my mind when I met Ti today (too bad no pics - those analogue days just gone without storage in SD Card).  We talk about many things...but we also talk about the five friends travelled together 30 years ago - So after nearly 30 years, what story do we have for this five fellow?

Me:  Did you married to Sabri?

Ti:    Yes I did, but not to the same Sabri we met in LA.. Ex-Sabir duduk sama taman dengan I, but we pretended we don't know each other..I'm happy with the new Sabri

Me:  You know Na married to a Canadian kan..

Ti:     Yeah..I heard from the facebook la..What about you?

Me:   I'm married to nobody you know la..Anyway you remember Kamil? He, me and Na work in same company.  Na migrated to Canada now.. Ingat tak masa kita travel tu Kamil minat kat Na.  Well, we all ended working in the same company, but really we barely say hi to each other.. So now its only me and Kamil in same co..

Ti:     Hmm..never expect that we can met again to talk about this ye..

So that's the end of the short but beautiful reunion.. and the funny thing is she ended with a question; "Da, sori la I nak tanya you ni...you 'bobok' serupo dulu lagi ko?" Ha..ha..ha...Orang masih ingat aku orang paling bobok kat Sekolah Zainab..lepas 30 tahun - aku punya brand stays there..

So that's life.  I know I wouldn't take an extra effort to call her for lunch or anything in the future.  I just said to her, just in case we met again here for the meeting or something, we go for the lunch ya..Looking back at the past is really 'feel-good channel' (tayangan berulang-ulang kali).. But you can't look back too long because future is moving too fast a pace..

So thats how life is.  Its amazing how life is intricately planned by the Creators, that sometimes it criss-cross vertically and horizantally, sometimes it's overlay, sometimes you just leave the story for good... 

I'm loving it...

Note: Bobok = kenakalan yang melampau

Wednesday, April 20, 2011

Wanita Yang Dikerumuni Kebaikan

Tiba-tiba terjumpa balik kisah yang ditulis Kak Yati tentang wanita ini.  Kak Yati ni volunteer Bakit yang mengajar penghuni Rumah Titian Kasih ngaji Quran dan Fardu Ain.  Menarik cerita santai Kak Yati ni..so here's the story about the woman better known as Mak Pah...Wanita yang dikerumuni kebaikan..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
“Saya minta maaf banyak-banyak Mak Pah, sebab tak dapat datang ke RTK sepanjang Mak Pah berada di Mekah.” Malunya saya mencari alasan. Kami berpelukan sementalahan pula menyambut kepulangan Mak Pah yang segar membawa aroma habatus sauda dan kurma najwa pulang dari menunaikan ibadah suci. Suasana ceria, dia nampak sehat, bersemangat dan tidak berhenti dengan cerita sepanjang berhaji di tanah suci…

Mak Pah seorang wanita yang tangguh, bersemangat waja dan seorang ibu tempat bersandar ratusan warga miskin, anak gelandangan, anak yatim, kurang upaya dan orang-orang tua di RTK. Bukan sedikit jalan disempitkan, makanan diditaburi pasir, harapan dan pembahagian dihadang malah di lempari fitnah nista yang tak pernah berkesudahan. Pun begitu wanita tangguh ini menempuh duri dan pecahan kaca dengan sabar dan redha. RTK telah ditentukan sebagai pembumi yang bakal melebur dan menerima apa saja rempuhan kemelaratan dan kesengsaraan umat penghuninya. RTK tidak pernah putus berusaha merempuh badai ombak, cekal mengharap pembelaan dan bantuan. Menyadari kewajiban untuk membela dan memberi teduhan pada setiap penghuninya, wanita ini tetap percaya diri, berjuang dan memenafaatkan setiap energy penghuninya membangun kehidupan. Mereka terus menggapai tiang harapan, merengkuh secercah pembahagian walau kadang-kadang yang direngkuh hanya tiang angin, lowong dan kosong.

Saban hari RTK menambah penghuni yang disua dari Hospital, JKM, JAWI malah pihak kedutaan. Alhamdulillah, sempitnya ruang namun muat, sedikitnya makanan tapi cukup, peritnya pencarian tapi indah sekali pendapatan. Selama beberapa tahun RTK berdiri sendiri hasil sumbangan orang ramai dan titik peluh penghuninya, tidak pernah lagi pihak yang berkuasa menghulur bantuan. Orang ramai melihat apa yang terindera namun tidak ramai yang melihat ke kedalaman batas indera tentang penat jerih mereka memeta jalan hidup anak-anak RTK untuk menjadi insan terjaga dan terbela. Tempat menumpang kasih, membangun diri, meneguk ilmu dan melerai derita.

“Bukan ke Mak Pah dapat tiga sumbangan Pakej Haji VIP” saya mohon dijelaskan setelah diberitahu yang dia mengikuti Muasasah.

“Bukan macam tu, ada dua Pekej saja dan yang satu lagi anugerah dari JAWI tu berupa Muasasah. Pekej yang dua tu Mak Pah beri pada Rozi dan nenek (pembantunya dan seorang nenek tua penghuni RTK).” Jelas Mak Pah yang sedia memilih pergi dengan Muasasah.

Selama di sana Mak Pah terasing dari Rozi dan nenek kerana dia mengukuti rombongan Muasasah yang kebetulan rombongannya terdiri dari ramai warga emas. Perancangan Allah, memang indah, kerana wanita ini memang dikerumuni amal-amal kebaikan.

“Tengoklah, telekong Mak Pah ni dah berapa kali dijahit nih…”

Mak Pah menceritakan bagaimana dia seorang telah membawa dan memimpin lapan orang makcik dan nenek yang berusia dari 65 tahun hingga 80 tahun. Mereka ini pergi berkumpulan yang tiada mahram. Duduk pulak dengan Muasasah yang memang tiada mutawif dan penjaga. Terkapailah mereka sendirian, menjalankan ibadah haji seminimalnya. Lalu Mak Pah menyerah diri rela meneman dan memimpin mereka sepanjang di tanah suci menjalani ibadah. Kalau orang biasa mengambil masa setengah jam untuk bertawaf, namun Mak Pah dan rombongannya yang terhinjut-hinjut mengambil masa hingga dua jam ! Maka tidak heranlah telekongnya beberapa kali terkoyak kerana di pegang kiri, kanan dan belakang oleh makcik-makcik dan nenek-nenek tadi sepanjang menapaki lantai ibadah, membolosi ribuan jemaah. Sambil menyempatkan diri menolak sebuah wheelchair yang digilirkan antara nenek-nenek tua yang renta tidak berdaya.

Siapakah wanita besi ini? Yang halus dan lembut, sedia meleburkan kebesiannya tatkala menyantun si tua berkaki tiga. Kembali berdiri tegap sasa, sedia mengepak melindungi dan menjadi alang-alang tempat berpaut wanita-wanita emas tatkala mendaki bukit Safa dan Marwah menyempurnakan sa’i…

Perbualan kami terhenti kerana Mak Pah sedang melayani seorang wanita sederhana tua meng’akadkan wang zakatnya pada RTK. Kemudian Mak Pah menyambut dan menyapa beberapa tetamu yang menziarahi RTK.

“ Saya ada SMS Ustaz untuk beritahu yang saya tak dapat hadir semasa kem ibadah RTK tempoh hari. Kebetulan pula dua minggu tu saya ada exam dan tiga minggu berikutnya saya kerja luar di JB.Tapi tak ada pulak dibalasnya. Oh ye, macam mana perkembangan dari kem ibadah itu, Mak Pah” tanyaku panjang lebar, jujur memberi alasan.

“ Budget asal Cuma RM5,000. Tapi kena bayar RM32,000. Klaim minyak dia je RM200 sehari etc, etc…”

“Mak Pah tinggalkan duit RM10,000 je. Terpaksalah Abah dulukan RM23,000. Bila Mak Pah tanya kat penganjur, depa kata pulak tak terima apa-apa bayaran kerana memang rumah anak yatim diberi percuma ! Lepas tu Ustaz tu dah hilang tak dapat dihubungi lagi”.

Ya Allah! saya terdiam, terkedu. Sukar untuk dipercayai seorang Ustaz yang menjawat sebagai pegawai kerajaan sanggup melakukan ini semua. Kalau dulu memang ramai lagi sukarelawan serta pembantu yang menyalahguna kuasa, menyeleweng dan merompak di siang hari di RTK. Itu biasalah terdengar. Sehingga Mak Pah menjadi serik dan akhirnya secara solo menjadi ‘one women show’ mengurus berseorangan RTK.

“…Oh Tuhan, hulurkan mata pedangMu; pada mereka-mereka yang berjasad manusia tapi berhati jembalang !”

Malu pulak rasanya kalau selama ini tidak bersangka baik pada Abah seorang lelaki berusia yang selalu mendampingi RTK, akhirnya sanggup mengeluarkan duit poket menyelamatkan keadaan.

Kemudian..

Lama Mak Pah memandangku, matanya tajam bersinar. Ada senyum jelita pada wajahnya, Wahai Allah, indah sungguh ciptaanMu ini… Dia bangun..

“We had good news. Kuwait Finance nak hadiah RM … million and … acres of land kat Kajang, semalam Mak Pah sign aggreement…”

Lantas dia memelukku, mengguyur airmata syukur. Semakin erat pelukannya, terggugah jiwa ragaku, layaknya seakan terleraikan segala beban yang dipikulnya selama ini. Hilang segala derita, jerih dan penat.

“Subhanallah, Alhamdulillah… you deserve that Mak Pah” bisikku. Syukur pun melimpah. Azam untuk menambah bakti semakin menghujam, semangat dan keyakinan mendarah daging.

Mak Pah - Ibu tungal yang cekal ini adalah tunjang kepada RTK dan penghuninya
 (gambar dari Google Images)
 “….. dan Dia mengetahui apa yang ada di dataran dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahui pula, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”.

QS Al An ‘Aam: 59

Tuesday, April 19, 2011

Aku Bukan Burung..

Banyak peribahasa, syair dan pantun dalam berbagai bahasa kat dunia ni orang buat tentang burung.  Kalau peribahasa melayu saja melambak ambik burung sebagai subjek untuk mereka beranalogi.  Aku bukanlah pakar bahasa nak cakap pasal kosa kata, so I leave it at that... Aku hanya nak menterjemahkan pasal burung yang Ustaz aku dok sebut 2 - 3 minggu kebelakangan ni... Antara yang paling aku ingat ialah 'tawakkal' seperti burung. Ada juga Ustaz cerita pasal burung yang tiada dosa...(Ustaz senyum kambing jer bila aku cakap pasal sekor burung ni asyik dok berak jer atas kereta aku tiap2 pagi.."itu sikit je tu" tambah Ustaz yang memang ada saja jawapan kpd murid2 nakal kat kelas dia ni..).  Yang aku nak cakap tuh bukan la mudah nak meng-asimilasikan (betul ke aku eja ni..konfius) sifat tawakkal burung tu bila sesuatu benda kena kat kepala aku sendiri.  Aku ambik hadis yang Ustaz cakap: 
  • Daripada ‘Umar bin Al-Khattab RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Jikalau sesungguhnya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana seekor burung diberi rezeki. Ia pergi pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” [Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, al-Nasa’ie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Kata Abu ‘Isa: Hadith Hasan Sahih]
  • Ketahuilah sesungguhnya hasil daripada tawakkal ialah redha dengan takdir Allah. Barangsiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah dan redha kepada apa yang ditakdirkan ke atasnya, maka dia telah benar-benar bertawakkal. Oleh itu al-Hasan, al-Fudhayl dan selain mereka menghuraikan makna tawakkal kepada Allah ialah: Redha 
Yang pertamanya macam mana tawakkalnya seekor burung dalam kehidupannya, jadi takde lah dia nak pikir sikit pun untuk esok ke untuk anak cucu ke..Yang keduanya yang tawakkal = redha.  Walau macam mana kuat pun anggukan dalam kelas Ustaz bila dia citer, bila benda pelepuk kat kepala aku tu..ish..terkeluar jugak la kata2 yang aku macam tak redha.  Kadang2 aku terpikir juga adakah beberapa manusia disekeliling aku ni Allah ciptakan khusus untuk jadi cubaan untuk aku.  Adakah manusia ni tak akan berubah sampai mati.  Aku heran kenapa orang2 ni pandai mencipta scenario tapi bila timbul masalah nak suruh orang lain selesaikan. Bila 'orang lain' itu adalah AKU, maka time tu la aku jadi lupa teori BURUNG.  Teori tawakkal dan redha ni sangat2lah betul, cuma nak apply tu - mak aihhh..susahnya... Ini satu lagi darjah tawakal yang Ustaz bagi:

Kata Ibnu Abi Dunia: Kata sebahagian para cendekiawan: Tawakkal ada tiga peringkat:

a. Tidak mengadu atau mengeluh bila di datangkan cubaan/takdir/musibah - darjah orang2 Zuhud
b. Redha dengan cubaan/takdir/musibah  - darjah golongan Saddiqin
c. Cinta/sayang dengan cubaan/takdir/musibah - darjah para Rasul

Kalau ikutkan teori kat atas tu, aku tak termasuk dalam mana2 darjah walau macam mana kuat pun aku cuba, sebab aku ni memang dhoif (lemah la tu...).  Sepanjang minggu lepas aku betul-betul terperangkap antara jati diri AKU dan BURUNG.  Terperangkap antara 'sampai bila aku kena tanggung masalah ini' dengan 'tawakal&redha la..ini ketentuan Allah, pasti Allah bagi jalan keluar'.  Tapi berperasaan begitu bukanlah bermakna aku berputus asa dengan rahmat Allah.  Doa aku pun tidak putus.  Aku yakin sebenarnya Allah akan bagi jalan keluar.  Cuma aku tak sabar dan nak benda tu selesai dan dan tu jugak...

Itu lah aku, sebab aku bukan BURUNG.  Tak apalah - that means I have room for improvement.  (But I hope the room will get smaller as I grow older...)

Source: Google Image

Why Our Supplication is Not Answered

Ibraheem Ibn Adham was approached by a group of people. They asked him about the Saying of Allaah the Most High:

“Call upon your Lord and He will answer you.” [Ghaafir:60]

They said: “We supplicate to Allaah but He does not respond to (our invocations).

Ibraheem Ibn Adham replied:

1. You know Allaah but yet you do not obey Him.
2. You recite the Quraan but you do not act upon it.
3. You know about the shaytaan (devil) but you agree with him.
4. You claim that you love the Messenger of Allaah but you abandon his sunnah.
5. You claim that you love (to enter) paradise but you do not act for it.
6. You claim that you fear the hell fire but you fail to abstain from disobedience.
7. You say that death is truly (approaching) but you do not prepare for it.
8. You are preoccupied with other people’s faults but you do not analyse your own.
9. You eat the sustenance that Allaah provides (you with) but you show no thanks.
10. You bury your dead but you do not contemplate over that.

source: Al-Khushoo’ fee As-Salaat, with commentary and checking by Shaykh ‘Ali Ibn Hasan, by Al-Haafidh Ibn Rajab Al-Hanbali (d790) page 39.

Friday, March 25, 2011

Sedetik Lebih..

Last saturday would be one of the happiest moment for my niece.  She's engaged.  The first step towards solemnisation taking place... I can only pray that Allah will bless this couple all the way, for the rest of their lives.  Lets carry this joy and happiness in the period of engagement and then marriage and ever after...

Hantaran hand-crafted with love by me..
Pictured and re-arranged by Acik, with his new found love Sony DSLR - well done Acik
To Anis and Zaini - acquire the skills for a happy marriage starting NOW.  Yes, marriage is about love and passion. But to keep that up, other than the blessings of Allah, you need patience, sacrifice, tolerant, heart, soul, humor, talking, empathy, affection, good management, finance, food and spices, perfume, sweetness and list goes on and on...


I dont want to say much, except for both of you to feel for this lyrics of Sedetik Lebih by Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus, Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu, Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan, Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang, Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu, Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan, Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia, Asal masih adanya kamu



Tuesday, March 22, 2011

Travelog London Paris - Day 8 and Final

Akhirnya fajar hari ke 8 menyinsing jua..hari ini hari akhir percutian kami.. Sekejap sungguh rasanya, maklumlah musim winter ni siangnya pendek.  Tapi aku bersyukur sangat sebab sepanjang kami kat sini tak ada hari yang hujan.  Tak ada lah melepak kat hotel jer.. masa dapat di manafaatkan sepenuhnya. 

Last day ni, bag dah siap kemas dah.  Bag ni penuh sebab banyak aku beli Mark and Spenser snacks namanya mini bites yang rasanya ya ampun sangatlah lazatnya sehingga mak mentua lalu pun aku buat2 tak nampak.. gitulah sedapnya.  Lepas tu bila balik, semua winter jacket dah masuk beg kan.. so kembung lah bag yang aku baru beli walaupun bersaiz 28".  

Memandangkan kita orang kena check out pukul 2:00 petang, hari ni program kami sikit jer iaitu nak pergi jenguk Camden Market.  Camden market ni salah satu market yang terbesar di London.  Tempat dia ni macam outskirt la sikit dari London.  Memang kat sini banyak jual pakain, hand craft item, accessories, leather goods, international food dan macam2 lagi.  Tempat ni agak luas dan ada berbagai segmen, ikut category barang yg dijual.  Tak terpusing kami.  Aku pulak bila last day camni memang tak de mood nak beli apa2 dah.  Dok pikir nak sumbat mana neh barang.  Cuma bebudak jer bila souviner sikit2 untuk kawan dia orang..

Stesen Camden Town

Bahagian pakaian..banyak giler..tak terpusing
Seberang jalan Inverness Market - kawasan souviner
Camden Lock - banyak barang antique dan hand-craft
Selesai kami pusing sini, kami bergerak untuk cari lunch.  Semua bekalan makanan yang aku bawak dah habis pun.. So kita orang jalan2, jumpa la Subway yang halal.  So kita orang lunch kat Subway jer hari ni.  Subway ni OK la..mana2 pun sama jer rasa dia.  Tapi memang mahal la compare to Msia..so jangan convert la ye..Terbegik makan kalau convert ner.. Sudah makan kami balik hotel dan bersiap sedia untuk check-out.  Aku ambil late checkout bayar tambah £10.  So ada masa nak buat last minute packing, rest and solat. 

Gambar last kat London city sebelum ke Heathrow
Kami ke Holborn Station dengan bag yang besar2 tuh.  Di stesen Holborn, masa nak tambah kredit kat Oyster Card, mamat yang jaga counter pandai cakap melayu/indon.  Punya dia seronok macam tak nak lepaskan kami pergi...Encounter of the 3rd kind - making connection.  Flight kami pukul 10:00 malam.  Jadi masih banyak masa lagi nak berjalan sebenarnya.  Tapi beg besar ni nak sumbat kat mana.. Kalau nak letak leave baggage center, rugi pulak, terlalu sekejap, dia caj harian.  So disebabkan aku ada beberapa benda yang aku nak rampas kat Oxford, hubby tunggu beg kat Holborn, sementara aku dengan budak2 pergi ke Oxford - frankly speaking aku tak puas berlama-lama di sini.  Dalam 5:30pm kami patah ke Holborn dan terus ambik train ke Heathrow.  Senang sungguh kat sini sebab nak ke airport ambil Picadilly Line, tiada pertukaran.  Oh ya, disebabkan hubby duduk chokoh lama dalam station dia kena fine £2 masa nak keluar kat Terminal 4, tak tau pun aku - aku catit ni supaya aku ingat lain kali. 
Akhirnya kami sampai ke perhentian terakhir percutian kami - Terminal 4
Keluar Terminal 4 tu terus ada convenience store Pak Arab, cam 7-11, ada la juga jual pre-pack nasik beriani halal.  Kami pun beli dan terus makan bila  dah siap check-in.  Lepas tu kita orang lepak kat surau.  Bersih surau ni.  Dia tak panggil surau la, tapi dia panggil multi-religion praying areas.  Kunun la tuh.. Ya la.. UK ni kira nak menuju kepada pluralism..so macam sama taraf la semua agama nih.. aku harap Malaysia jangan la nak implement pluralism nih.. kalau dah ngaku agama rasmi kita Islam, letaklah Islam kat depan.. Anyway yang seronoknya kat area surau nih ada tempat tidur lagik, dia letak few reclining sofa untuk travellers nak rehat, with sign board 'jangan bising orang nak rehat'.  Kalau hak ni ada kat KLIA alamatnya, dengan pekerja2 sekali gi tidur kat sini. Klassss sungguh orang sini walaupun sebahagian besar workforce dia bukan orang UK tapi UK mentaliti.  Kalu kat Mesia, dengan orang2 Mesia sekali sarung mentaliti pekerja luar..

Day 8 - last call to board Flight MH01 London to Kuala Lumpur.. dengan senyum kami ucap selamat tinggal kepada tanah penjajah yang pernah mengaut kekayaan negara bertahun2 lamanya untuk kembali ke tanah air tercinta.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sesekali lebih seronok berhujan emas....

Travelog London Paris - Day 7

Hari ke 7 – kepala start dah fikir macam mana nak packing barang. Sebenarnya dua bag besar kami rosak masa tiba dari KL, yang satu tu pecah roda dan yang lagi satu pecah handle. Jadi kami terpaksa pergi cari 2 bag untuk replace bag yang rosak. So destinasi pertama hari tu, kita orang cari baggage. Kali ni aku dengan hubby saja yang pergi..boleh la menapak laju sikit. Disebabkan nak awal, kami ke kawasan Petty Coat Lane, memang buka cepat. Kat sini banyak juga tempat yang jual baggage, agak reasonable harganya dan kualitinya memang bagus. Sebelum balik, sempat kami beli nasi beriani ayam sebanyak 3 bungkus dengan harga £4 sebungkus. The portion is quite big, so one pack can be eaten by 2 people..the good thing about this place is its many halal food outlet. Sampai hotel, kami terus makan..true enough as mention by the seller, "its very delicious you definitely come back here". It is served with hot thick chicken curry buried sinfully underneath the superbly well blended spice of briani rice. Even when I typed this I still can remember its yummy taste serve hot in the mid day of winter in London…Dramatik sungguh…(sedap sungguh sampai lupa nak amik gambar nak show off kat uols...)

Hari ini kami memang plan nak lepak kat Oxford Street lama sikit, namun kami harus selesaikan satu lagi tempat wajib yang tak kesampaian semalam iaitu Stadium Arsenal atau lebih dikenali sebagai Stadium Emirates. Lepas makan dan solat zohor, kami menuju ke situ. Tempatnya di dalam kawasan perumahan, dan jalan menuju ke sini yang agak sempit. Ini yang aku heran macammana Stadium sebesar ni boleh duduk dicelah kawasan2 perumahan jer…Aku tak boleh bayang macam mana la gamaknya kalau matchday. Mungkin diaorang ni semua datang naik train, sebab boleh kata semua stadium2 kat London ni memang ada train station. Kalau la macam umat Malaysia yang tak suka public transport, ni mau 3 hari tersumbat nak sampai ke Stadium nih..
Keluar je stesen tube - dah ada game schedule sampai April
Ni jalan tepi Stadium Emirates, its in the middle of housing estate
Tangga ke Emirates Stadium - happy sungguh anakku
Sampai kat sini memang yang paling happy Syahmi la..ini la homeground fav team dia. Bayangan gegaran di match day masih tinggal bayangan, namun stadiumnya sudah di genggaman. Setelah kami pusing2 satu stadium, baru la kami tuju ke Arsenal Merchandise Store. Berbanding dengan Chelsea, merchandise storenya lagi besar, tapi barangnya lebih mahal sikit dari Chelsea store. Dah pusing2 tu dapat juga la dia rembat 2 – 3 helai T-shirt Arsenal. Hmm… macam mimpi dapat pijak stadium ni..mungkin satu hari nanti dia dapat datang untuk tengok game pula.. aku harap ada la bebudak ni yang terdorong untuk ke sini atas kemampuan sendiri - samada melalui kecemerlangan pelajaran atau pun perkerjaan.. itu jer mimpi aku.. yang lain tu biar lah dia orang pula bermimpi..
Die hard fan happy to touch the homeground..at last
Die hard fan spreading his wings of joy infront of main merchandise store
Side stall around stadium only open on match day
Non-fan bergaya depan meriam yang menjadi simbol pasukan yang diminati abangnya
The assembly of Reebok lady footies sementara tunggu the guys bershopping barang2 Arsenal - tiles yang kami pijak tu boleh dibeli dan boleh pulak customised nak tulis apa saja kat situ..aku tak cek la pulak berapa harga sekeping tile tu...
Sesudah ke Arsenal, kami terus ke Oxford Street. Ni kira last minute shopping. Sebenarnya kita org fikir takde apa benda sangat nak beli kat UK dengan currency yang hampir 5 kali ganda dengan RM. Namun yang pastinya, dah belek2 tu ada juga yang berbaloi untuk beli. Walaupun di Oxford Street yang agak upmarket sikit, masih ada yang boleh dibeli… Kalau la pergi ke Factory Outlet di luar kawasan kota London pasti menggila dengan baju berjenama berharga £2 – £3 (mengambil pengalaman orang lain). Berjalan dari Stesen Marble Arch dan terus berjalan melusuri syurga beli-belah melepasi Stesen Oxford, Bond Street dan seterusnya Nottingham Court Road.  Inilah kawasan paling bernilai dalam game Monopoly.  Tidak jauh bezanya game dan alam nyata.. Ia tumpuan ribuan warga London.  Rupanya hari Jumaat adalah hari shopping bagi warga London.  Dia org dapat gaji mingguan, jadi Jumaat hari berjoli..kami tumpang sekaki..

Berakhirlah hari ke-7 kami dengan lenguh2 kaki..Seronok lihat kemeriahan warga London bershopping..Seronok tengok banyak barang2 murah kat sini..Yang tak seronoknya tak leh nak angkut semua yang dicita..tak pe lah, berada di sini pun sudah cukup istimewa bagiku...

....Bersambung....

Thursday, March 3, 2011

Travelog London Paris - Day 6

Sebenarnya hari ni Khamis, plan asal kami nak gi outside London, nak visit Stonehenge.  Tapi disebabkan banyak lagi tempat kat London tak tercover lagi, terpaksa batalkan niat.  Kalau pergi Stonehenge dan tempat2 menarik sepanjang perjalanan tu, mestila makan satu hari jugak.  Esok dah Jumaat, then Sabtu dah nak balik.  So we decide to CANCEL.  Hari ni kita orang nak gi tengok change of guard kat Buckingham Palace and visit football stadiums.  Kami tak set target berapa bijik stadium, tengok masa la kan... Dan hari ni pastinya kena qada nak makan kat Malaysia Hall semalam..

On the way to Buckingham Palace, we passed through Hyde Park. Parks kat London memang cantik2 dan luas2 giler..considering congested London, it's serene, beautiful and peaceful. Aku pernah datang masa spring kat sini, lagi cantik, it's a grand natural beauty. St. James Park on the other side of the palace is more beautiful, but as time is limited, we can't explore all...We stroll down slowly to the end..then we reach Buckingham Palace. Hari ini ada change of guard (happens only on odd days) started at 11am, by 1030am dah penuh dah tepi pagar istana, kami berdiri seberang jalan...Ramai jugak jumpa orang Malaysia kat sini. Uniform dia ni tukar warna ikut musim yang 4 katanya.. ada merah, kelabu, hijau bagai.. musim sejuk ni kelabu..Sebenarnya tak de la grand sangat change of guard, cuma nak tengok ngan mata kepala sendiri..tu jer..
Hyde Park - serene and beautiful
Kejar burung dulu sebelum gi istana..

Waiting on curb - we were not allowed to stand on the road..
Askar berkuda
Inilah guard yang dinanti-nanti itu
Polis-polis ni kerja dia nak pastikan orang tak berdiri kat atas jalan
Kalau ada masa dan duit lebih, boleh masuk ke Buckingham Palace nih, but since we are short of both, we straight away headed to Malaysia Hall at Bayswater. Wallawei... at last..an almost real Malaysian food.. OK la yg tak realnya teh tarik jer, tak rasa teh tarik langsung. Nasik campur best sangat, memang ala2 pakcik Johor tingkat 3. Jgn convert la kan..makan jer..sebab sepinggan nasi ngan 2 lauk tu £4.50, belum masuk air..


This sign is pasted to the glass window of Malaysia Hall restaurant.  It is in the basement, while MSD office is on the ground floor.  Aku ingat kalau bukan orang Malaysia masuk pun takkan dia orang nak halau kan..
Sudah makan, kami solat kat sini terus, then terus menapak ke tube untuk ke Stadium Chelsea yang dikenali sebagai Stamford Bridge terletak di Fullham (anak2 aku tak de sorang pun yang suka MU) Inilah impian Danial...his fav team...Tempat dia agak outskirt.  Tak de game hari ni, so stadium lengang.. Aku nampak cahaya kebahagian di mata Danial bila tengok Stamford Bridge sama macam kebahagiaan pertama kali aku tengok Kaabah...(tak la aku bandingkan kehebatan Stamford Bridge ngan Kaabah ya - aku cuma bandingkan 'kacamata' seseorang bila tengok benda yang dia terlalu nak tengok wokeyy.. jangan keluar fatwa bukan2 pulak kat aku yer..).  So bergambar la kami dari luar, sebab hubby yang tak minat bola and the girls tak mau masuk dalam untuk stadium trip..so aku cakap kat Danial - 'adik belajar pandai2 dik, nanti dapat masuk u kat london, bolehlah datang sini hari2...'.  Lepas bergambar, kami masuk Chelsea merchandise shop, macam2 barangan Chelsea ada kat sini..So dapatlah si peminat no.1 Chelsea ni beberapa barangan kat sini..Yang best nya hari tu, Danial pakai jersey Chelsea (away) kaler hitam beli kat Rantau Panjang RM35.  Ada jual exactly the same baju kat situ.  Kami compare satu2, sejibik sama, sampai yg tulis made in thailand tu pun sama...yang kat Chelsea regenya £40 lebih, aku cakap 'dik nanti balik rumoh tok ayoh la kita beli jersey nihh..jimat limo kali gando...' hok aloh..oghe Siye doh jual jersey Chelsea ori di Rantau Panje, bakpo nok beli di UK nyo... 
No. 1 Chelsea Fan at the grand entrance of the Stamford Bridge
Lifesize poster for fans to celebrate Chelsea's double win in 2010..No.1 fan well blended with official colour jacket
Not a fans - tumpang sekaki jer..
Infront of their main Merchandise Store
Sneak peak to the inside of Stamford Bridge...this is all we can see from outside..
Sorry no game today..
Habis lawat Chelsea, kami menuju ke impian ke-2 pulak....Impian Syahmi pulak..iaitu Arsenal Stadium atau lebih dikenali Emirates Stadium.  Stadium ni kira baru la, must be sponsored by Emirates Airlines.  Tempat dia kat Islington, macam on the other side of the world berbanding Chelsea.  Sampai kat situ hari dah agak gelap, dalam pukul 4 lebih..dah dekat Maghrib..sesampainya kami ke tangga untuk menuju ke kawasan stadium, aku tengok muka Syahmi sama macam muka Danial dan muka aku cam aku cerita kat atas tuh....Malangnya bila kami nak masuk Merchandise Store - "Close Early for Stock Take Today"..Hok aloh..jawabnye kena datang lagi la esok ni..

Hari pun dah gelap..So kami meneruskan aktiviti malam seperti biasa menapak ke Oxford Street..Dapatlah buat rampasan harta sikit lagi kat sini.  Ishh..dah dekatnya nak balik KL..Awat cepat sangat masa ni - bukan berjalan - berlari...

Day 6 - Aku tak bermimpi apa2 malam nih.. tapi aku tahu Danial ngan Syahmi tidur dalam senyum..

.....Bersambung....