Thursday, March 3, 2011

Travelog London Paris - Day 6

Sebenarnya hari ni Khamis, plan asal kami nak gi outside London, nak visit Stonehenge.  Tapi disebabkan banyak lagi tempat kat London tak tercover lagi, terpaksa batalkan niat.  Kalau pergi Stonehenge dan tempat2 menarik sepanjang perjalanan tu, mestila makan satu hari jugak.  Esok dah Jumaat, then Sabtu dah nak balik.  So we decide to CANCEL.  Hari ni kita orang nak gi tengok change of guard kat Buckingham Palace and visit football stadiums.  Kami tak set target berapa bijik stadium, tengok masa la kan... Dan hari ni pastinya kena qada nak makan kat Malaysia Hall semalam..

On the way to Buckingham Palace, we passed through Hyde Park. Parks kat London memang cantik2 dan luas2 giler..considering congested London, it's serene, beautiful and peaceful. Aku pernah datang masa spring kat sini, lagi cantik, it's a grand natural beauty. St. James Park on the other side of the palace is more beautiful, but as time is limited, we can't explore all...We stroll down slowly to the end..then we reach Buckingham Palace. Hari ini ada change of guard (happens only on odd days) started at 11am, by 1030am dah penuh dah tepi pagar istana, kami berdiri seberang jalan...Ramai jugak jumpa orang Malaysia kat sini. Uniform dia ni tukar warna ikut musim yang 4 katanya.. ada merah, kelabu, hijau bagai.. musim sejuk ni kelabu..Sebenarnya tak de la grand sangat change of guard, cuma nak tengok ngan mata kepala sendiri..tu jer..
Hyde Park - serene and beautiful
Kejar burung dulu sebelum gi istana..

Waiting on curb - we were not allowed to stand on the road..
Askar berkuda
Inilah guard yang dinanti-nanti itu
Polis-polis ni kerja dia nak pastikan orang tak berdiri kat atas jalan
Kalau ada masa dan duit lebih, boleh masuk ke Buckingham Palace nih, but since we are short of both, we straight away headed to Malaysia Hall at Bayswater. Wallawei... at last..an almost real Malaysian food.. OK la yg tak realnya teh tarik jer, tak rasa teh tarik langsung. Nasik campur best sangat, memang ala2 pakcik Johor tingkat 3. Jgn convert la kan..makan jer..sebab sepinggan nasi ngan 2 lauk tu £4.50, belum masuk air..


This sign is pasted to the glass window of Malaysia Hall restaurant.  It is in the basement, while MSD office is on the ground floor.  Aku ingat kalau bukan orang Malaysia masuk pun takkan dia orang nak halau kan..
Sudah makan, kami solat kat sini terus, then terus menapak ke tube untuk ke Stadium Chelsea yang dikenali sebagai Stamford Bridge terletak di Fullham (anak2 aku tak de sorang pun yang suka MU) Inilah impian Danial...his fav team...Tempat dia agak outskirt.  Tak de game hari ni, so stadium lengang.. Aku nampak cahaya kebahagian di mata Danial bila tengok Stamford Bridge sama macam kebahagiaan pertama kali aku tengok Kaabah...(tak la aku bandingkan kehebatan Stamford Bridge ngan Kaabah ya - aku cuma bandingkan 'kacamata' seseorang bila tengok benda yang dia terlalu nak tengok wokeyy.. jangan keluar fatwa bukan2 pulak kat aku yer..).  So bergambar la kami dari luar, sebab hubby yang tak minat bola and the girls tak mau masuk dalam untuk stadium trip..so aku cakap kat Danial - 'adik belajar pandai2 dik, nanti dapat masuk u kat london, bolehlah datang sini hari2...'.  Lepas bergambar, kami masuk Chelsea merchandise shop, macam2 barangan Chelsea ada kat sini..So dapatlah si peminat no.1 Chelsea ni beberapa barangan kat sini..Yang best nya hari tu, Danial pakai jersey Chelsea (away) kaler hitam beli kat Rantau Panjang RM35.  Ada jual exactly the same baju kat situ.  Kami compare satu2, sejibik sama, sampai yg tulis made in thailand tu pun sama...yang kat Chelsea regenya £40 lebih, aku cakap 'dik nanti balik rumoh tok ayoh la kita beli jersey nihh..jimat limo kali gando...' hok aloh..oghe Siye doh jual jersey Chelsea ori di Rantau Panje, bakpo nok beli di UK nyo... 
No. 1 Chelsea Fan at the grand entrance of the Stamford Bridge
Lifesize poster for fans to celebrate Chelsea's double win in 2010..No.1 fan well blended with official colour jacket
Not a fans - tumpang sekaki jer..
Infront of their main Merchandise Store
Sneak peak to the inside of Stamford Bridge...this is all we can see from outside..
Sorry no game today..
Habis lawat Chelsea, kami menuju ke impian ke-2 pulak....Impian Syahmi pulak..iaitu Arsenal Stadium atau lebih dikenali Emirates Stadium.  Stadium ni kira baru la, must be sponsored by Emirates Airlines.  Tempat dia kat Islington, macam on the other side of the world berbanding Chelsea.  Sampai kat situ hari dah agak gelap, dalam pukul 4 lebih..dah dekat Maghrib..sesampainya kami ke tangga untuk menuju ke kawasan stadium, aku tengok muka Syahmi sama macam muka Danial dan muka aku cam aku cerita kat atas tuh....Malangnya bila kami nak masuk Merchandise Store - "Close Early for Stock Take Today"..Hok aloh..jawabnye kena datang lagi la esok ni..

Hari pun dah gelap..So kami meneruskan aktiviti malam seperti biasa menapak ke Oxford Street..Dapatlah buat rampasan harta sikit lagi kat sini.  Ishh..dah dekatnya nak balik KL..Awat cepat sangat masa ni - bukan berjalan - berlari...

Day 6 - Aku tak bermimpi apa2 malam nih.. tapi aku tahu Danial ngan Syahmi tidur dalam senyum..

.....Bersambung.... 

2 comments:

Anonymous said...

OKlah tu Ros, pergi jauh jauh masih teringatkan lauk pauk Pakcik Johor Tingkat 3.....

Rosebud said...

He..he..he..Kalau kat Menara ni, Pakcik Johor is best benchmark so far...