Tuesday, March 22, 2011

Travelog London Paris - Day 8 and Final

Akhirnya fajar hari ke 8 menyinsing jua..hari ini hari akhir percutian kami.. Sekejap sungguh rasanya, maklumlah musim winter ni siangnya pendek.  Tapi aku bersyukur sangat sebab sepanjang kami kat sini tak ada hari yang hujan.  Tak ada lah melepak kat hotel jer.. masa dapat di manafaatkan sepenuhnya. 

Last day ni, bag dah siap kemas dah.  Bag ni penuh sebab banyak aku beli Mark and Spenser snacks namanya mini bites yang rasanya ya ampun sangatlah lazatnya sehingga mak mentua lalu pun aku buat2 tak nampak.. gitulah sedapnya.  Lepas tu bila balik, semua winter jacket dah masuk beg kan.. so kembung lah bag yang aku baru beli walaupun bersaiz 28".  

Memandangkan kita orang kena check out pukul 2:00 petang, hari ni program kami sikit jer iaitu nak pergi jenguk Camden Market.  Camden market ni salah satu market yang terbesar di London.  Tempat dia ni macam outskirt la sikit dari London.  Memang kat sini banyak jual pakain, hand craft item, accessories, leather goods, international food dan macam2 lagi.  Tempat ni agak luas dan ada berbagai segmen, ikut category barang yg dijual.  Tak terpusing kami.  Aku pulak bila last day camni memang tak de mood nak beli apa2 dah.  Dok pikir nak sumbat mana neh barang.  Cuma bebudak jer bila souviner sikit2 untuk kawan dia orang..

Stesen Camden Town

Bahagian pakaian..banyak giler..tak terpusing
Seberang jalan Inverness Market - kawasan souviner
Camden Lock - banyak barang antique dan hand-craft
Selesai kami pusing sini, kami bergerak untuk cari lunch.  Semua bekalan makanan yang aku bawak dah habis pun.. So kita orang jalan2, jumpa la Subway yang halal.  So kita orang lunch kat Subway jer hari ni.  Subway ni OK la..mana2 pun sama jer rasa dia.  Tapi memang mahal la compare to Msia..so jangan convert la ye..Terbegik makan kalau convert ner.. Sudah makan kami balik hotel dan bersiap sedia untuk check-out.  Aku ambil late checkout bayar tambah £10.  So ada masa nak buat last minute packing, rest and solat. 

Gambar last kat London city sebelum ke Heathrow
Kami ke Holborn Station dengan bag yang besar2 tuh.  Di stesen Holborn, masa nak tambah kredit kat Oyster Card, mamat yang jaga counter pandai cakap melayu/indon.  Punya dia seronok macam tak nak lepaskan kami pergi...Encounter of the 3rd kind - making connection.  Flight kami pukul 10:00 malam.  Jadi masih banyak masa lagi nak berjalan sebenarnya.  Tapi beg besar ni nak sumbat kat mana.. Kalau nak letak leave baggage center, rugi pulak, terlalu sekejap, dia caj harian.  So disebabkan aku ada beberapa benda yang aku nak rampas kat Oxford, hubby tunggu beg kat Holborn, sementara aku dengan budak2 pergi ke Oxford - frankly speaking aku tak puas berlama-lama di sini.  Dalam 5:30pm kami patah ke Holborn dan terus ambik train ke Heathrow.  Senang sungguh kat sini sebab nak ke airport ambil Picadilly Line, tiada pertukaran.  Oh ya, disebabkan hubby duduk chokoh lama dalam station dia kena fine £2 masa nak keluar kat Terminal 4, tak tau pun aku - aku catit ni supaya aku ingat lain kali. 
Akhirnya kami sampai ke perhentian terakhir percutian kami - Terminal 4
Keluar Terminal 4 tu terus ada convenience store Pak Arab, cam 7-11, ada la juga jual pre-pack nasik beriani halal.  Kami pun beli dan terus makan bila  dah siap check-in.  Lepas tu kita orang lepak kat surau.  Bersih surau ni.  Dia tak panggil surau la, tapi dia panggil multi-religion praying areas.  Kunun la tuh.. Ya la.. UK ni kira nak menuju kepada pluralism..so macam sama taraf la semua agama nih.. aku harap Malaysia jangan la nak implement pluralism nih.. kalau dah ngaku agama rasmi kita Islam, letaklah Islam kat depan.. Anyway yang seronoknya kat area surau nih ada tempat tidur lagik, dia letak few reclining sofa untuk travellers nak rehat, with sign board 'jangan bising orang nak rehat'.  Kalau hak ni ada kat KLIA alamatnya, dengan pekerja2 sekali gi tidur kat sini. Klassss sungguh orang sini walaupun sebahagian besar workforce dia bukan orang UK tapi UK mentaliti.  Kalu kat Mesia, dengan orang2 Mesia sekali sarung mentaliti pekerja luar..

Day 8 - last call to board Flight MH01 London to Kuala Lumpur.. dengan senyum kami ucap selamat tinggal kepada tanah penjajah yang pernah mengaut kekayaan negara bertahun2 lamanya untuk kembali ke tanah air tercinta.  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, sesekali lebih seronok berhujan emas....

2 comments:

Anonymous said...

Ye, sesekali seronok juga berhujan emas....boleh kaut emas banyak banyak...

Rosebud said...

Sebenarnya peribahasa ni untuk org yg dah lama kat oversea, pastu nak balik kampung. Sama juga peribahasa 'money can't happiness' hanya valid untuk orang kaya gile jer.. Org susah akan kata "says who???"