Tuesday, March 22, 2011

Travelog London Paris - Day 7

Hari ke 7 – kepala start dah fikir macam mana nak packing barang. Sebenarnya dua bag besar kami rosak masa tiba dari KL, yang satu tu pecah roda dan yang lagi satu pecah handle. Jadi kami terpaksa pergi cari 2 bag untuk replace bag yang rosak. So destinasi pertama hari tu, kita orang cari baggage. Kali ni aku dengan hubby saja yang pergi..boleh la menapak laju sikit. Disebabkan nak awal, kami ke kawasan Petty Coat Lane, memang buka cepat. Kat sini banyak juga tempat yang jual baggage, agak reasonable harganya dan kualitinya memang bagus. Sebelum balik, sempat kami beli nasi beriani ayam sebanyak 3 bungkus dengan harga £4 sebungkus. The portion is quite big, so one pack can be eaten by 2 people..the good thing about this place is its many halal food outlet. Sampai hotel, kami terus makan..true enough as mention by the seller, "its very delicious you definitely come back here". It is served with hot thick chicken curry buried sinfully underneath the superbly well blended spice of briani rice. Even when I typed this I still can remember its yummy taste serve hot in the mid day of winter in London…Dramatik sungguh…(sedap sungguh sampai lupa nak amik gambar nak show off kat uols...)

Hari ini kami memang plan nak lepak kat Oxford Street lama sikit, namun kami harus selesaikan satu lagi tempat wajib yang tak kesampaian semalam iaitu Stadium Arsenal atau lebih dikenali sebagai Stadium Emirates. Lepas makan dan solat zohor, kami menuju ke situ. Tempatnya di dalam kawasan perumahan, dan jalan menuju ke sini yang agak sempit. Ini yang aku heran macammana Stadium sebesar ni boleh duduk dicelah kawasan2 perumahan jer…Aku tak boleh bayang macam mana la gamaknya kalau matchday. Mungkin diaorang ni semua datang naik train, sebab boleh kata semua stadium2 kat London ni memang ada train station. Kalau la macam umat Malaysia yang tak suka public transport, ni mau 3 hari tersumbat nak sampai ke Stadium nih..
Keluar je stesen tube - dah ada game schedule sampai April
Ni jalan tepi Stadium Emirates, its in the middle of housing estate
Tangga ke Emirates Stadium - happy sungguh anakku
Sampai kat sini memang yang paling happy Syahmi la..ini la homeground fav team dia. Bayangan gegaran di match day masih tinggal bayangan, namun stadiumnya sudah di genggaman. Setelah kami pusing2 satu stadium, baru la kami tuju ke Arsenal Merchandise Store. Berbanding dengan Chelsea, merchandise storenya lagi besar, tapi barangnya lebih mahal sikit dari Chelsea store. Dah pusing2 tu dapat juga la dia rembat 2 – 3 helai T-shirt Arsenal. Hmm… macam mimpi dapat pijak stadium ni..mungkin satu hari nanti dia dapat datang untuk tengok game pula.. aku harap ada la bebudak ni yang terdorong untuk ke sini atas kemampuan sendiri - samada melalui kecemerlangan pelajaran atau pun perkerjaan.. itu jer mimpi aku.. yang lain tu biar lah dia orang pula bermimpi..
Die hard fan happy to touch the homeground..at last
Die hard fan spreading his wings of joy infront of main merchandise store
Side stall around stadium only open on match day
Non-fan bergaya depan meriam yang menjadi simbol pasukan yang diminati abangnya
The assembly of Reebok lady footies sementara tunggu the guys bershopping barang2 Arsenal - tiles yang kami pijak tu boleh dibeli dan boleh pulak customised nak tulis apa saja kat situ..aku tak cek la pulak berapa harga sekeping tile tu...
Sesudah ke Arsenal, kami terus ke Oxford Street. Ni kira last minute shopping. Sebenarnya kita org fikir takde apa benda sangat nak beli kat UK dengan currency yang hampir 5 kali ganda dengan RM. Namun yang pastinya, dah belek2 tu ada juga yang berbaloi untuk beli. Walaupun di Oxford Street yang agak upmarket sikit, masih ada yang boleh dibeli… Kalau la pergi ke Factory Outlet di luar kawasan kota London pasti menggila dengan baju berjenama berharga £2 – £3 (mengambil pengalaman orang lain). Berjalan dari Stesen Marble Arch dan terus berjalan melusuri syurga beli-belah melepasi Stesen Oxford, Bond Street dan seterusnya Nottingham Court Road.  Inilah kawasan paling bernilai dalam game Monopoly.  Tidak jauh bezanya game dan alam nyata.. Ia tumpuan ribuan warga London.  Rupanya hari Jumaat adalah hari shopping bagi warga London.  Dia org dapat gaji mingguan, jadi Jumaat hari berjoli..kami tumpang sekaki..

Berakhirlah hari ke-7 kami dengan lenguh2 kaki..Seronok lihat kemeriahan warga London bershopping..Seronok tengok banyak barang2 murah kat sini..Yang tak seronoknya tak leh nak angkut semua yang dicita..tak pe lah, berada di sini pun sudah cukup istimewa bagiku...

....Bersambung....

No comments: