Tuesday, August 24, 2010

The Journey of Faith - Revisiting

I had the first trip to this Holy Land in Ramadhan 1999 to perform my umrah.  My prayer during umrah then was answered as Allah included me in His guests list one year later for the Haj.  The journey that was never planned but always dreamt of.  Masyaallah, He granted my silent wish. The offer to perform Haj from TH arrived into my mailbox not long after I came back from umrah.  I think it is just a pure miracle to get the offer, as I only have little money in TH account and if goes by queuing systems I only eligible for the trip in 2010 or so.. But Allah miracles work in its own way... Alhamdulillah the casual intention that I mumbled few years prior to the first journey became reality.  Looking back, Allah made it come true just the way I intent it to be, casual or not.  And so much so, another casual talk with my other half after we performed our Haj in 2000 to perhaps return to the Holy Land in 10 years time, Insyaallah will come true tommorow.  I just couldn't thank Allah enough for the opportunity granted to me to perform our journey of faith.  

Labbaik Allah humma labbaik

Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
Here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.
There is no partner with You 


Insyallah I will bring all the doa and salam to the prophet that you have conveyed.  Please pray for this journey that is makbul and mabrur - only with the permission of Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.   See you, insyaallah after Raya.  May Allah bless all of us..

Monday, August 23, 2010

Isi Kepada Balang..

Teringat aku analogi Dr. Abdul Basit tentang perumpamaan 'Ramadhan dan Amalan' bagaikan 'Balang dan Cookies' nya. Jangan balang jer cantik, isi tak sedap, isi itu lagi penting sebenarnya. Taking his word literally, tidak seperti yang dirancang, buat juga aku cookies tahun ni. Asalnya, aku memanglah dah nekad tak nak buat cookies tahun ni.. Sebabnya selepas separuh Ramadhan aku akan bercuti panjang.  Aku memang sibuk benar dengan berbagai persiapan sebelum aku berangkat, satunya merancang percutianku, dan yang keduanya merancang persiapan raya.  Infact, aku dah siap pack untuk kedua-dua perjalanan ini.  Tapi bila nengokkan budak2 ni, rasa kesian la pulak.. dia orang ni memang ada 2 cookies yang menjadi favorite semua orang yang mana dia orang nakkkk sangat2 aku buat.  Dalam aku dok melawan nafsu tak nak masak cookies, kalah jugak aku. So hari Sabtu, aku gagahkan kaki aku ke Baguz untuk cari bahan2nya.  Lalu, hari ahad pagi-pagi lagi aku dah start project cookies.  2 jenis memang dari resepi aku, dan satu lagi dari resepi Baguz bagi..
Proses menguli terakhir - cornflakes chocolate chips cookies
Rupa dia bila dah masak - amacam best tak..
Corflakes, Almond, Choc Rice Cookies semasa proses menguli
Ini dia - my kids favorite - memang sedap pun - yang ini memang tak lepas ke Syawal, makan masa bukak puasa ngan sahur jer la..
Almond Choc Chip during mixing..
Pekerja Indonesia sedang menyusun cookies sebelum dibakar
Almond Choc Chip - Ready to be swallowed - ni pun tak lepas ke Syawal gak nih..
Itulah aku..dalam tak nak buat tuh.. buat jugak.. tak per la untuk anak2...

3 Dan 5 Yang Mudah

Pada Jumaat yang lepas, aku berkesempatan mendengar ceramah oleh Ustazah Zawiyah dari Jakim.  Pengajian berkala yang mengulas hadis kudsi ini memang diadakan tiap-tiap bulan.  Ustazah sempat pula mengumumkan bahawa tahun ini puasa ialah 29 hari, jadi Raya jatuh pada hari Khamis.  Nampaknya, terpaksalah re-plan perjalanan balik rayaku.  Sempat juga Ustazah bercerita tentang suaminya yang masih kena hospitalized kerana TB.  Penyakit yang kian pupus dari bumi Malaysia kini kembali bersama pendatang-pendatang yang bekerja di restoran.   Itu yang Ustazah nasihatkan, Kalau ada kederat tu masak la kat rumah... Makan kat luar belum tentu lagi tahap kebersihannya.  Dari kisah suami dia, timbul pula perkara 3 dan 5 yang sempat aku catitkan dan ringkaskan di sini...

3 perkara mudah mengikat rumahtangga, kalau buat yang 3 ni insyallah selamat rumahtangga:
1) Amalkan solat berjemaah
2) Masak sendiri makanan untuk suami dan keluarga
3) Tidur bersama suami

5 pula ialah 5 perkara yang tengok jer dah dapat pahala - yang ini ada paparan visual:

Pertama - Lihat Baitullah sahaja dah dapat pahala.  Kalau pergi ke Masjdil Haram untuk beribadah, carilah tempat yang nampak Kaabah, pahala berjalan walau dengan tengok jer..
Kedua - tengok jer Al-Quran dah dapat pahala - kalau baca lagi la, tambah Ramadhan ni..
Ketiga - Tengok ayah dan ibu.. syahdunya muka diorang ni, ya Allah senangnyer Dia nak bagi pahala...
Keempat - Tengok wajah orang alim - mungkin yang ni susah nak jumpa kat KL, tapi bawak2 la pegi ceramah selalu, sambil dengar ceramah jangan pejam mata, selain mengelak tidor, pandang muka penceramah tu dapat pahala..
Kelima - Tengok laut sambil mengagungkan kejadian Ilahi.  Kalau pergi Phuket tu tengok laut jer la, jangan tengok yang berjemur kat tepi laut tu..nanti pahala betukar dosa pulak
Itulah ringkasan 3 dan 5 yang aku dapat hari Jumaat lepas.  Untuk perkara 3, insyallah dah amalkan - walaupun masak hanya during weekend saja.  Untuk perkara 5, semuanya aku dah buat sebelum Ramadhan bermula, cuma yang pertama jer akan aku tunaikan dalam masa terdekat ini jika diizinkan Allah.  Semuga Allah selamatkan perjalananku..

Thursday, August 19, 2010

Tahajjud - Sukar Tapi Itulah Kekuatan...

Menurut Dr Abdul Basit yang berceramah minggu lepas, dalam banyak2 amalan Ramadhan, amalan yang paling susah nak di praktikkan ialah bertahajjud.  Mungkin kerana tahajjud ini ibadah individu, dan waktunya pun agak mencabar untuk bangun. So aku nak share sedikit knowledge berkenaan sejarah tahajjud yang ku kutip dari buku Kaifiat Solat Tahajjud - baru habis baca buku ni sebelum Ramadhan bermula.

Dalam sejarah turunnya ayat Al-Quran berkaitan tahajjud, tahajjud atau qiyammulail mula diturunkan dalam surat Al-Muzammil, iaitu yang surah ketiga selepas Al-A'la (Iqra) dan surah Al-Mudatsir.
   
Al-Muzammil (1-2):   يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢ نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣) أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥) إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً (٦

Yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6)

Bayangkan ia berlaku lebih kurang 13 tahun sebelum Hijrah.  Peri pentingnya tahajjud, ia telah lama diamalkan oleh Rasulullah, lama sebelum solat 5 waktu yang difardhukan semasa Isra' dan Miiraj iaitu lebih kurang setahun sebelum hijrah.  Ahli tafsir mentarjihkan arahan solat tahajjud dari Allah s.w.t. adalah untuk memberi kekuatan kepada Nabi Muhammad s.a.w,  kerana dalam surah seterusnya, Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyebarkan agama ini, di ketika paling banyak kaum Arab mula meniggalkan tauhid yang di bawa oleh nabi-nabi terdahulu.  Solat tahajjud ini bertujuan memberi kekuaatan kepada Rasulullah dalam berjuang menyebar agama.  Setelah solat 5 difardhukan, Allah tidak pula overwrite keperluan tahajjud ini.  Ini seperti yang termaktub di dalam Surah Al-Isra'.

Al-Isra' (70):   (وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا (٧٩ - Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)

Dan Allah sentiasa mengulang2kan lagi mengenai fadhillat dan suruhan ibadah tahajjud di dalam ayat2 yang lain di dalam Al-Quran.  Dan aku perturunkan di sini, di atas semangat tadabbur Al-Quran yang kita pelajari hari ini dengan Dr. Azhar, mudah2an kita lebih bermotivasi dan ibadah tahajjud kita lebih bermakna.

Az Zariyar (15:18):  إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَعُيُونٍ (١٥) ءَاخِذِينَ مَآ ءَاتَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ‌ۚ إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُحۡسِنِينَ (١٦) كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ (١٧) وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ (١٨

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18)

Al-Furqan (63 -64):   وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا (٦٣) وَٱلَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمۡ سُجَّدً۬ا وَقِيَـٰمً۬ا (٦٤

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)

As Sajdah (15-16):  إِنَّمَا يُؤۡمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُڪِّرُواْ بِہَا خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَسَبَّحُواْ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ۩ (١٥) تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (١٦

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (15) Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (16) 

Az-Zumar (9):   أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦ‌ۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩


(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (9)

Al-Insan (24-26):   فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا (٢٤) وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬ (٢٥) وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَٱسۡجُدۡ لَهُ ۥ وَسَبِّحۡهُ لَيۡلاً۬ طَوِيلاً (٢٦

Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu) dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang yang kufur ingkar. (24) Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; (25) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26)

AtThur (48-49)   وَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعۡيُنِنَا‌ۖ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ (٤٨) وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَإِدۡبَـٰرَ ٱلنُّجُومِ (٤٩

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (48) Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu Subuh). (49) 

Semuga anda semua manfaatkan tadabbur kecil-kecilan berkaitan tahajjud ini, juga peringatan untuk diri yang selalu lupa... 

Tuesday, August 17, 2010

Home-Sweet-Home Ramadhan Buffet

My annual tradition continues. On the first Saturday of Ramadhan as usual I open my buffet line to close families who lived around my vicinity, counted to about 30 pax..  This year, I wanted this ifthar to be a simple one, taken cue from those ceramah I attended - bersederhana semasa berbuka.  As long as we can share the barakah of Ramadhan and ifthar together.  I didn't really put much thought to the menu.  Only decided what to cook when I'm at pasar Saturday morning.. Well, not bad at all, we have quite a good spread of food, regardless of simple thought.  Rezeki Ramadhan la katakan...

As an early preparation, I have set up my warung since morning, its at the basement, the only un-used space in the house.

5 tables, with many chairs, bersempit-sempit la sikit, buffet line is on the left..
Some of the menu - sambal udang (contribute by my sis), pucuk paku goreng berdaging, ikan goreng, and bilis besar berlada is great appetizer, really add value to overall eating experience 
In the rice cooker is sup tulang, ulam-ulaman of petai, pucuk ubi, timun - well complemented with 3 types of salad dressing which is sambal tempoyak, budu limau and sambal limau.  The fastest going dressing is sambal tempoyak..super yummy mah.. made of fresh durian..
2 large plate of ayam penyet, gulai tenggiri with pineapple and great tasting kerabu udang (contribute by cousin - authentic Thai I tell you).  Normally, chicken dish not so fast selling, but this ayam penyet taste great, so only few pieces leftover...
And finally the starter dessert - Clockwise from top right, pengat pisang (contribute by my neighbour), followed by 3 dish made by me i.e baked macaroni, caramel, trifle, my nieces contributed murtabak, and delicious bengkang labu baked by my sister (I swear this bengkang labu taste marvellous)
So that's my Ramadhan buffet line.. much less varieties than hotel offerings, but Alhamdulillah..just nice, just enough..

Friday, August 13, 2010

Musim Buah Menjelang Ramadhan

Hujung minggu lepas aku balik KB jumpa mak ayah, maklum la tahun ni turn aku raya kat JB, so kalau tak balik sekarang, lambat lagi la boleh jumpa dia orang.  Yang seronoknya kali ni, buah menjadi betul.. Yang tak seronoknya si-pemanjat pokok yang kat KL tak balik, jadi very limited resources nak menurunkan buah2 ni dari pokok.  Kat kebun aku ada lebih sepuluh pokok duku, a few pokok durian and rambutan.  Yang paling menjadinya duku la.. Terlalu banyak, sampai tok peraih kat kedai pun tak pandang offer yang wholesale price RM1 per kg.  Walau pun retail dia boleh jual RM2, dia org tak nak stock-up sebab Ramadhan org tak makan buah.. So ayah suruh gak aku bawak balik KL buah ni, hangkut la setakat mana Air Asia bagi hangkut.. Tapi yang tak bestnya aku pun kena redah kebun tu jugak.. Tahula aku ni kan takut pacat.  Tapi sian pulak tgk ayah beria-ia ajak aku.. Aku kuatkan semangat juga bila dia bagi aku sebotol Ridsect dengan boot dia ni.. Dia sempat semburkan Ridsect kat boot nih.. (Itulah ayah aku..dia selalu cabar aku buat benda yg aku takut, tapi dia bagi tools la kan..)
Boot berkebun ayah, dah siap sembur ngan Ridsect.. Ini aku berani letak kaki kat tanah ni setelah pasti tiada pacat di sini - actually panas giler hari tu.. so pacat tak keluar umah la agaknya..
Dalam 10 minit gak aku dok tunggu dalam kereta, meninjau keadaan dari dalam kereta, setelah line clear (read = tak de pacat) baru la aku turun.  Sian pulak nengok org tua tu terkial pungut buah...

Ni dia buah duku dari kebun ku.. bayanglah bertongkol-tongkol buah ni.. tak dak sape nak.  Kalau la aku leh angkat wat balik KL ngan pokok2 nih...kat dahan bawah tu pun melambak boleh petik ngan tangan jer..
Buah duku ni, nak petik bukan la senang cam buah anggur tu, dia punya lekat kat batang ranting tu punya kuat, kena relai satu2 kat tangkai, baru boleh potong.. menggigil ayah nak potong nak bagi dapat setangkai-tangkai.  Aku lak menggigil kat bawah takut ada pacat..
Durian pun ada.. tapi banyak dah kena makan dek tupai sebab durian ni memang sedap giler tak terhingger.. tinggal dalam 10 bijik yang selamat .. dapat la rasa sikit sorang..
Rambutan lagi lebat.. walau pun ada few pokok je.. Rambutan ni lagi mcm tak de harga.. org tak pandang.. Jadi aku tak de la nak hangkut, sori la rambutan.. Kalau tahun depan cam ni lagi, insyallah aku bawa balik bala tentera untuk panjat segala..

Tahun depan berbuah banyak2 ya duku ku..

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah sinar ramadhan akan datang dalam beberapa jam lagi.  Anak bulan dijangka kelihatan... Agak sedih juga kerana dalam dua tiga hari kebelakangan ini ada juga sahabat kepada sahabat yang pergi tuk selamanya, itu yang sudah ditakdirkan untuknya.. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  Tak banyak ingin ku tulis, hanya ingin recap balik 7 AZAM Ramadhan yang di perturunkan Ustaz Roslan Mohd dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 hujung minggu yang lepas.  7 AZAM itu ialah:

1) Azam untuk khatam al Quran beberapa kali dengan penuh penghayatan dan tadabbur
2) Taubat nasuha dan tutup buku yang lalu
3) Istiqamah dengan amal yang soleh
4) Buat kebaikan sebanyak yang mungkin untuk mendapat ganjaran berlipat ganda
5) Perbetulkan akhlak
6) Bekerja untuk agama dan sebarkan kebaikan kepada manusia
7) Perancangan ibadat yang terancang agar tiada masa Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Insyallah Ustaz Roslan akan datang untuk Ceramah Perdana ke TM pada 2/9/2010. 

Semuga Ramadhan ini lebih baik untuk kita semua dari Ramadhan yang lepas..

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak...

Friday, August 6, 2010

Phuket Continue - Patung in Flesh

Second day at Phuket, I'm all by myself.  It's time for me to explore Patung Beach, the much talked about beach in Phuket.  It is much adored by western tourist who made up majority of human beings here in Phuket.  Patung is the focal area where tourist shop and sunbathing in the day and enjoy drinking and XX entertainment at night.  But frankly speaking, nothing is cheap in Patung.  This is a demand market, which is dominant by European.  Locals just stares at you when you bargain.

My transport pick me up at 11 am, and I reach Patung Beach 20 mins later.  Its winding road to Patung similar to our very own Ferringhi's.  I just asked the driver to drop me at the biggest shopping complex in Phulet - JungCeylon and he promised to pick me by 3.30 p.m. As I had a lot of time, so I just strolled outside the complex just to have an overview of Patung.  There are rows of shops separated by one way street.  Majority of them are eatery and souviners outlet, and hotels at the head, tail and inner land.  Despite the many shops here, I hate to shop outside as I hate bargaining and given dirty looks by euro-craze locals.  So after a short walk outside, I began to explore the big shopping complex.  Major tenants in JungCeylon are Carrefour and Robinson.   Entrance is welcomed by another Euro-inclined eatery called Sino, also a euro-centric theme..

Its all about euro taste, whats the point eating at this place when in Thailand? I want a real thai food..
I then went to Carre4 to get my favorite food - Kerepek Durian.  Its a delicious vacuum dried durian, original from Thailand, only in Thailand.  Whichever part of Thailand I went, I never missed to buy some packs of these.  Everybody at home enjoy this.  Thailand is famos for its fruits and there are varieties of them in Carrefour, and I bought some..
On top is my favorite pulut mangga with santan, they serve with varieties of pulut like pulut putih, pulut hijau and pulut hitam.  I bought pulut hitam with mangga - mak aih... sedap giler.  Nicely stack at the bottom is mix-fruit cut comes with spicy-sugar-salt, sedap...
Of course there is durian siam too.  And this durian is soooo big, its the three times the size of normal durian siam you see in Malaysia..
After getting my stock of krepek durian and fruits in Carrefour, I proceed to Robinson.  They have sales, perfect time to stock up on Wacoal.  You can get a nice Wacoal here below RM50.  So I grab a few.  I just explore every floor as I had a lot of time to waste.

My stomach starts to growling by 2 p.m so I went to the basement where it locates souviners and Food Court.  The souviners sellers here are pretty polite compare to those outside - so I heard from the forum.  So I grab some FM for my sis and friends (sorry la friend, aku bagi colleagues yg division aku jer.. FM sini mahal..).
Thai Craft - I am not so fond of them, banyak berhala jer..So I just bought FM
 Nice picture for sale.. Tapi tak sesuai pulak nak tampal kat umah..
Modern wall decorations - tak islamic la pulak..
Asal bertudung jer.. kira halal la tuh..
Then I proceed to Foodcourt on same floor as I know that there are few halal outlet here..  First thing first, look for tudung-clad ladies.. Ha tu dia..
She sells nasi campur and fried noodles.  But stomach is calling for rice.  So rice it is..
Nasi, 2 piece of Solok Ikan, Gulai Ikan Masin with Daun Maman, and Clear Soup cost me 70 baht about RM7, food here not so cheap ma.. The taste is average.  Bangkok has more authentic thai food..

Arriving hotel at around 4 pm, I take a few hour rest. We need to attend the barbecue dinner and then again another night trip to Patung.  The barbecue dinner is passable (tak sedap la tuh..), but the highlight is lantern of luck, where everbody put their wishes wirtten on 3M and paste it on hot air lantern, then release it to the sky.
After we released it, it flies very high and keep lighted for about 15 minutes.. 
The organizer has arranged for a bus for all the participants.  I want to see Patung nighlife.  Also what is it in the famous Bangla Road that is the center of kemungkaran in Patung.  Again the drop point is JungCeylon.
More lively at night..
With many beautiful lanterns for sale..
Nice, but damn expensive compare to Bangkok..
Then we proceed to Patung Beach side.  There is no activity at Patung Beach night time.  So we just relax and sip the soothing night wind of Phuket..
Me and hubby relaxing at the Patung Beach..
We then proceed to Bangla Road, the busiest pedestrian-only road in Patung.  As expected, majority are mat salleh drinkers, with semi-nude and mainly semi-female dancers standing on the table either at ground or first floor.  If they are from same outlet, they wear same sexy dresses, like uniform.  I don't take pictures, but manage to get this group of cabaret maknyah dancers marching on the road.  Purposely snap without flash so that its blurry.. Cukup la kan..
All maknyah Cabaret Dancers..
That ends our Patung night...

Next day its going back day.  We spent the remaining time walking and relaxing at the beach.. Actually, there are many beach activities that can be done in Phuket, but it is monsoon season with a lil bit choppy sea, so it is not advisable to go for activities like island hopping and snorkeling.  We flown back to KL with fresh mood....Nice to be here but not exactly suitable for family holiday...

Tuesday, August 3, 2010

Lebih Hangat Dari Biasa...Hottt....


Pagi-pagi ni aku buat benda giler sikit dari biasa. Lebih hangat dari biasa gitew...Masa kat dalam kereta, aku dengar kat hot.fm, diorang buat cabaran mengeja (spelling) outside studio dengan viva-zoomers with AG, si-pengacara hot.fm. The location is at KL Sentral. Kebetulan memang ini drop point aku kalau abang nak cepat, tak hantar kat office... Aku memang malas nak participate sebenarnya sebab aku ni jenis nervous public speaking. Tapi abang pulak cabar aku, suruh aku try, apa salahnya dapat 50 hengget eja satu perkataan. Masa aku sampai kat situ, ada sorang yang baru lepas kena dera dengan Farah & Faizal dapat perkataan 'miscellaneous', and he failed. Aku dah nervous sebab kalau perkataan macam 'miscellaneous' ni aku mesti pakai spell checker. Even masa aku tulis ni pun aku pakai WORD's spell checker. Aku selalu confused tang huruf 'a' tu, kadang terletak huruf 'i' , kalau aku dapat word ni pun pasti aku fail punya la… Si AG ni, kena call studio dulu, then wait for the studio to call back.  Take time jugak, sebab nak kena tunggu in-between song, bila Farah & Faizal free barulah boleh buat recording.

Sibuk si AG ni dok contact studio..

Ini la dia kereta hot.fm viva-zoomers yang bawak crew hot.fm. 2 ladies, one camera man and AG, si pengacara hot.fm.

Minah baju hitam tu camera girl, yg jantan capture vid, yg lady with white blouse tu runner, isi2 borang la bagai..
Dalam dok dok tunggu studio call tu, ramai pulak start beratur.. Ada la dalam 5 org belakang aku.. Nasib baik masa aku datang tak de orang. After 7-8 minutes wait, studio hot.fm call bagi aku cakap ngan Farah & Faizal and my adrenalins running high, gementar sikit masa cakap tuh… They asked me to choose sampul A or B. Aku dengan lafaz bismillah pilih sampul A. Alhamdulillah, aku dapat perkataan 'materialistik' eja dalam bahasa melayu dalam masa 10 saat. Senang kacang boi, tapi aku eja satu-satu sebab tak nak buat silap… Bila di Farah jerit 'HANGATTTT !!!', aku tahu rezeki pagi no 50 hengget milik ku….

Ini dia bergambar ngan AG lepas dapat duit 50 hengget.. I like…


AG ni friendly orangnya.  Sempat jugak aku tanya bini dia yg baru deliver kena operate last week.. sib baik dengar hot.fm pagi-pagi, adalah juga bahan yg aku nak sembang ngan dia sambil menunggu...

Monday, August 2, 2010

Lazy Afternoon in Phuket

Just to recap a bit on Cape Sienna, on why it is being an adult hotel. After a day here, I begin to understand why it is an adult hotel.  Main reason (I think) because the building is designed with clear sea view.. means no wall, no fence, what so ever between the deck and the ground.  Receptionist area, restaurants and swimming pools are just sitting on plain deck, if you step out of the deck means you step down to the ground, which is few storey down.  Definitely not for small run-around kids. 

Receptionist area facing sea.. no holds barred..

No fence no wall, kalau terjun jatuh bawah terus..

Aku jenis sleep-walking tau.. jangan la take a nap kat reception area nih.. takut sedar2 dah jadi arwah, nauzubillah..
Other main reason, maybe because this hotel is No.1 honeymoon hotel in Asia, so couples who are mainly mat salleh here are explicitly intimate.  I think, when you watched it on TV and watched it live, it sort of giving different hormonal runs to the body.  Definitely not for my kids, not even for my kids above 17 (read Syami and Neesa)...

After enough resting upon checking in, in the afternoon, we walk down to the nearby beach.  Kamala Beach is where Aishah, the ancestor of Mahsuri was born.  I believed that there are pretty good numbers of moslems here considering there is a big moslem's school here.  Moslems school does not mean Sekolah Agama, but rather schools for majority moslems, like SK in Malaysia. 

This moslems school is located on the beach front, its a resort school, seronok gak camni..
But then..its highly exposed to Tsunami..

School's compound..

Compare to Patung Beach, Kamala still maintained its serenity states, where it is not so overloaded with tourist.  Kamala can be liken to northen part of Langkawi island, where it locates most 5-stars resort and a distance away from the hustle and bustle of Patung which can be liken  to Kuah-sans-nudity.  It has white sandy beach and crytal clear turqouise blue water.
Kamala overview...
<> 
<><><><><><>
This view is in front of the school
Cantik kan pantai ni.. minah salleh ni bila kuar je matahari, dia bukak la tops bikini tuh..ni cuaca 'jo'ong' depa relax jer la..

Inilah lebih kurang view kat Kamala Beach, very beautiful and serene.  As it is a bay area, it has soothing wind (angin sepoi sepoi bahasa la kiranya) and the waves shyly flirting with the white beach (bunyi cam best kan..).  Rasa cam nak mandi, tapi leceh la kan, kita ni fully dressed and there is no changing rooms.

We walk back to the hotel after a long walk along the sea.  Its quite tiring walk-back as the gradient is pretty steep.  Nevertheless when we arrive at the hotel, we are just in time to catch the spectacular sunset view from our room.  Wowww... it really is a beautiful day in Phuket.  Enjoy this sunset view...

Wait for the next chapter on Phuket.....