Monday, August 23, 2010

Isi Kepada Balang..

Teringat aku analogi Dr. Abdul Basit tentang perumpamaan 'Ramadhan dan Amalan' bagaikan 'Balang dan Cookies' nya. Jangan balang jer cantik, isi tak sedap, isi itu lagi penting sebenarnya. Taking his word literally, tidak seperti yang dirancang, buat juga aku cookies tahun ni. Asalnya, aku memanglah dah nekad tak nak buat cookies tahun ni.. Sebabnya selepas separuh Ramadhan aku akan bercuti panjang.  Aku memang sibuk benar dengan berbagai persiapan sebelum aku berangkat, satunya merancang percutianku, dan yang keduanya merancang persiapan raya.  Infact, aku dah siap pack untuk kedua-dua perjalanan ini.  Tapi bila nengokkan budak2 ni, rasa kesian la pulak.. dia orang ni memang ada 2 cookies yang menjadi favorite semua orang yang mana dia orang nakkkk sangat2 aku buat.  Dalam aku dok melawan nafsu tak nak masak cookies, kalah jugak aku. So hari Sabtu, aku gagahkan kaki aku ke Baguz untuk cari bahan2nya.  Lalu, hari ahad pagi-pagi lagi aku dah start project cookies.  2 jenis memang dari resepi aku, dan satu lagi dari resepi Baguz bagi..
Proses menguli terakhir - cornflakes chocolate chips cookies
Rupa dia bila dah masak - amacam best tak..
Corflakes, Almond, Choc Rice Cookies semasa proses menguli
Ini dia - my kids favorite - memang sedap pun - yang ini memang tak lepas ke Syawal, makan masa bukak puasa ngan sahur jer la..
Almond Choc Chip during mixing..
Pekerja Indonesia sedang menyusun cookies sebelum dibakar
Almond Choc Chip - Ready to be swallowed - ni pun tak lepas ke Syawal gak nih..
Itulah aku..dalam tak nak buat tuh.. buat jugak.. tak per la untuk anak2...

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Kawan-kawan nak juge! Ekekekeke...

Rosebud said...

Mai la raya kat umah.. cuti lama per lepas raya..

nadrah said...

Setuju!! Sedapnye nampak..

Rosebud said...

Nad..cuti lama, dok KL pulak tuh..boleh buat projek nih..senang jer..