Monday, August 23, 2010

3 Dan 5 Yang Mudah

Pada Jumaat yang lepas, aku berkesempatan mendengar ceramah oleh Ustazah Zawiyah dari Jakim.  Pengajian berkala yang mengulas hadis kudsi ini memang diadakan tiap-tiap bulan.  Ustazah sempat pula mengumumkan bahawa tahun ini puasa ialah 29 hari, jadi Raya jatuh pada hari Khamis.  Nampaknya, terpaksalah re-plan perjalanan balik rayaku.  Sempat juga Ustazah bercerita tentang suaminya yang masih kena hospitalized kerana TB.  Penyakit yang kian pupus dari bumi Malaysia kini kembali bersama pendatang-pendatang yang bekerja di restoran.   Itu yang Ustazah nasihatkan, Kalau ada kederat tu masak la kat rumah... Makan kat luar belum tentu lagi tahap kebersihannya.  Dari kisah suami dia, timbul pula perkara 3 dan 5 yang sempat aku catitkan dan ringkaskan di sini...

3 perkara mudah mengikat rumahtangga, kalau buat yang 3 ni insyallah selamat rumahtangga:
1) Amalkan solat berjemaah
2) Masak sendiri makanan untuk suami dan keluarga
3) Tidur bersama suami

5 pula ialah 5 perkara yang tengok jer dah dapat pahala - yang ini ada paparan visual:

Pertama - Lihat Baitullah sahaja dah dapat pahala.  Kalau pergi ke Masjdil Haram untuk beribadah, carilah tempat yang nampak Kaabah, pahala berjalan walau dengan tengok jer..
Kedua - tengok jer Al-Quran dah dapat pahala - kalau baca lagi la, tambah Ramadhan ni..
Ketiga - Tengok ayah dan ibu.. syahdunya muka diorang ni, ya Allah senangnyer Dia nak bagi pahala...
Keempat - Tengok wajah orang alim - mungkin yang ni susah nak jumpa kat KL, tapi bawak2 la pegi ceramah selalu, sambil dengar ceramah jangan pejam mata, selain mengelak tidor, pandang muka penceramah tu dapat pahala..
Kelima - Tengok laut sambil mengagungkan kejadian Ilahi.  Kalau pergi Phuket tu tengok laut jer la, jangan tengok yang berjemur kat tepi laut tu..nanti pahala betukar dosa pulak
Itulah ringkasan 3 dan 5 yang aku dapat hari Jumaat lepas.  Untuk perkara 3, insyallah dah amalkan - walaupun masak hanya during weekend saja.  Untuk perkara 5, semuanya aku dah buat sebelum Ramadhan bermula, cuma yang pertama jer akan aku tunaikan dalam masa terdekat ini jika diizinkan Allah.  Semuga Allah selamatkan perjalananku..

2 comments:

nidus2 said...
This comment has been removed by the author.
nidus2 said...

Wajah orang alim itu hampir sama dengan wajah ayah Rosebud. Sejuk mata memandang....