Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah sinar ramadhan akan datang dalam beberapa jam lagi.  Anak bulan dijangka kelihatan... Agak sedih juga kerana dalam dua tiga hari kebelakangan ini ada juga sahabat kepada sahabat yang pergi tuk selamanya, itu yang sudah ditakdirkan untuknya.. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.  Tak banyak ingin ku tulis, hanya ingin recap balik 7 AZAM Ramadhan yang di perturunkan Ustaz Roslan Mohd dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 hujung minggu yang lepas.  7 AZAM itu ialah:

1) Azam untuk khatam al Quran beberapa kali dengan penuh penghayatan dan tadabbur
2) Taubat nasuha dan tutup buku yang lalu
3) Istiqamah dengan amal yang soleh
4) Buat kebaikan sebanyak yang mungkin untuk mendapat ganjaran berlipat ganda
5) Perbetulkan akhlak
6) Bekerja untuk agama dan sebarkan kebaikan kepada manusia
7) Perancangan ibadat yang terancang agar tiada masa Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Insyallah Ustaz Roslan akan datang untuk Ceramah Perdana ke TM pada 2/9/2010. 

Semuga Ramadhan ini lebih baik untuk kita semua dari Ramadhan yang lepas..

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak...

4 comments:

sirapmadu said...

Insyaallah.Saya pun berharap perkara yang sama. Sama-sama lah kita mengingati di antara satu sama lain.

Rosebud said...

Ni semua teori, kita dah kumpul sebelum Ramadhan. Penekanan sekarang ialah praktikalnya.. Kena kuat semangat, baru boleh buat...

Telipuk Kuala said...

Ha'ah...jangan dok sibuk membeli 'bekas', menggilap 'bekas'...bekas mahal pon tak guna kalau yang mengisi bekas tu ialah kari basi.

Rosebud said...

Balang biskut tak apa la kalau comei kan..Tapi balang amalan, biar tok comei, asal isi comei..