Monday, March 29, 2010

FOODIES...FOODIES...

Not in the mood to eat rice this weekend. So for Saturday, I cook nasi himpit, with few accessories to go with it - kuah kacang, kari ayam and masak lodeh. Put three together on the nasi himpit its heaven. But some people would like to eat in different way, for example, Sofia only take it with kari ayam, Danny with one type of kuah at a time so he eat three-phase, Neesa love it with kuah kacang, syami slam dunk everything just like abang, for me I take the vege-minus-kuah from lontong then the chicken-minus kuah from curry then spoon in large number of kuah kacang. I always like my own kuah kacang because its to my taste - balance of sugar, salt and asam..

Then Sunday comes pulut kuning with rendang daging. I need to recover from the bad taste of pulut kuning I bought from gerai near Tangling last Friday. The pulut is OK, but as I covers those pulut with bad chicken curry, I can't eat the RM5 pulut at all. So I swear I need to put up a real good pulut these weekend to overcome my dissastisfaction on Friday. I cooked 1 kg of glutinous rice I bought at KB, very good quality pulut. So here's the pulut kuning with its accesories of rendang daging, telur dadar hijau (kelantan style) plus ikan kering..

Yummy..we eat half and the other half goes to Kak Na...







Saturday, March 27, 2010

Jadikanlah Aku Golongan Bersyukur


Kita selalu lupa bersyukur, apa lagi bila kita ditimpa sedikit ujian, apalagi musibah besar…aku bercakap dari pengalaman sendiri. Cepat betul mendustai nikmat Allah, sebagaimana yang Allah tekankan berpuluhkali di dalam surah Ar-Rahman ‘Maka nikmat yang mana satukah yang kamu dustakan?’ Cepat betul bersangka buruk dengan Allah, sedangkan nikmat yang Allah kurniakan kepada aku tidak terhitung banyaknya. [Surah An Nahl:18 – Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.]


Lalu untuk ingatan pada diri aku ingin jadi orang yang bersyukur agar aku dapat ketenangan. Dan aku pula hamba Mu yang begitu sedikit amal kepada Mu tiada daya nak membalas apa yang engkau kurniakan pada ku. [Surah An-Nahl:78 – Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan kemudian diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur – berterimakasih.]


Syukur adalah ubat hati. [Surah An-Naml:144 – Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh menyembah kepada Nya]. Syukur adalah untuk aku, hambaNya. Allah tidak dapat apa-apa keuntungan atau kerugian atas sikapku, syukur ataupun kufur. [Surah An-Naml:40 – Barangsiapa yang bersyukur maka itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia].


Ayuh..bersyukurlah jiwa yang lalai…

Thursday, March 25, 2010







Moist Chocolate Cake - Home Made

Last weekend is the first weekend since end January, I'm home. Otherwise, I flying back and forth to KB-KL to attend to mom. So I spend Sunday doing some baking, while trying out my new oven. Not really use to this oven yet. Last time, my Moullinexe only have simple button but bake perfectly, you just need to understand which rack to put what - then you are on your way to perfect baking. But this new Delonghi oven a lil bit complicated, with many functions, plus no proper instruction in the booklet. Delonghi supposed to be good, being own by Kenwood, but unfamiliarity to it has given bad output in my last 2 bakings. Kek aku mendap... After, 3rd try, wallah, I'm successful, alhamdulillah..

This is my delicous moist choc cake, best eat with vanilla ice cream or simply top it up with hersheys choc fudge..yummy.. dont ask for recipes, I only belasah as usual...

Monday, March 22, 2010

CUTI SEKOLAH, BALIK KAMPUNG

Dah lama sebenarnya aku tak balik kampung all-in-the-family. Sekarang ni memang susah nak dapat cuti serentak especially Syami. Nasib baik abang dapat cuti panjang. Nawaitu aku lebih kepada menjaga ibuku yang sakit tu. Dah masuk bulan ketiga, sakit ibu agak serius. Buah pinggang, parkinson, lung infection, jantung tak kuat, dan macam2 lagi. Dengan pergerakan terbatas, terutama dari pinggang ke bawah, dia begitu tertekan... Ahh aku simpati..Namun tak berdaya..

Hari 1 - Hari 3

Hari pertama hingga ketiga adalah hari yang begitu mencabar. Dalam senyum yang manis namun berbaur resah, dia menyambut kepulangan kami. Kesihatannya tidak memberangsangkan. Siang dan malam ibu tak dapat tidur dan sentiasa mendambakan kami untuk sentiasa di sisi. Aku juga tidak tidur 3 hari 3 malam. Kekadang emosinya terganggu dan mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan ketakutan akan sakit yang dialaminya dan apalagi dia resah dengan keadaannya yang tidak dapat bergerak. Bayangkan setiap pergerakan kecil mesti dibantu. Pampers perlu ditukar orang lain. Daya kunyah yg sangat lemah, minum begitu perlahan, siapa tidak tertekan. Aku hanya mampu berdoa semuga penderitaan ibu diubati Allah. Dalam aku deras menggunakan senjata mukmin, terkadang datang juga bisikan syaitan mempersoalkan takdir ini. Aku cepat beristighfar. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah - HasbiAllahiwanikmalwakil..

Hari 4

Hari keempat agak baik, ibu dapat tidur. Memang biasa kalau dia dapat tidur, walau sedikit, emosinya akan kembali stabil. Kakak juga sampai dari KL hari ini. Jadi dapat la aku bertukar syif terutama malam. Mungkin kedatangan kakak beri sedikit kekuatan untuknya.

Hari 5

Ibu kembali lemah hari ini. Lemah dan sakit lutut begitu ketara sampai tak boleh tidur. Hati aku sayu disaat dia menangis kesakitan. Terpaksa panggil doktor juga. Nasib baik Dr. Ramli dari Klinik Ikhtiar sanggup datang kerumah. Kedatangan Dr. Ramli terasa begitu bermakna. Dr. Ramli bukan hanya bagi ubat tapi juga pelbagai kata2 hikmah membuat aku terfikir sejenak.. Antara kata2nya kepada ayah (lebihkurang bunyinya) - sakit adalah kurniaan ilahi, jagalah dia, kita telah berjanji semasa akad, maka redhalah yang dengan yg datang baik atau buruk. Besarnya kalimah 'Akad' itu, tapi tak ramai yang berjaya menghayatinya - easier said than done. Wajah dan gaya bercakap persis Dr. Tg. Ismadi, motivator dari MAP, Dr. Ramli rancak memberi kata2 semangat untuk kami semua. Terlerai sedikit tekanan di jiwaku.

Hari 6

Sepatutnya aku balik ke KL hari ini, dengan rancangan untuk singgah bawa budak2 bercuti ke KT dan Kuantan. Mungkin tidur semalaman di Kuantan. Aku dah siap sedikit itenary nak visit Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam di KT, dan mungkin singgah di Kuantan untuk melusuri kenangan lama bercinta di Teluk Cempedak 20 tahun yang lalu...(sorry la Bang, terpaksa cancel). Tapi disebabkan keadaan ibu yang tak stabil tak sampai hati pulak.. Tak apelah, lain kali sajalah...

Hari 7

Hari ni dengan berat hati aku bertolak ke KL meninggalkan ibu. Dia nampak stress, jadi aku tinggalkan maid aku 2 hari lagi, supaya ibu rasa seronok. Ibu memang senang dengan maid aku dan maidnya menjaga. Mereka ni memang tak banyak kerenah. Syukur kepada Allah. Semuga Allah beri kekuatan dan kesihatan kepada ayah yang juga semakin tua, untuk menjaga ibu, dan semuga Allah memberi ketenangan dan keimanan kepada ibu yang sakit..

Muhasabah diri...

Dalam sibuk menjaga ibu, sempat aku melakar pelan membina kekuatan untuk diri sendiri..
  1. Perbanyakkan ibadah masa kita sihat. Yang wajib tu kena sentiasa menambahbaikkan. Yang sunat tu perbanyakkan dan istiqomah melakukannya. Kerana bila kita sakit banyak halangan untuk beribadah.

  2. Sikap mazmumah cuba hindarkan. Memang susah - tambah aku sendiri anak bongsu yang agak spoil, masih ada lagi beberapa perkara yang aku mesti buang terus, atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Kerana sikap buruk akan keluar tanpa kawalan bila kita dah tua dan sakit.

  3. Carilah ilmu semasa muda. Ilmu membentuk kehidupan indah dunia atau akhirat. Lebih-lebih lagi ilmu akhirat..seperti tauhid, fekah, biarlah lebih dari apa yang kita belajar semasa disekolah dulu. Kerana ilmu akan membimbing kepada kewajaran dan kewarasan di masa kita diturunkan musibah.

Kita sebenarnya tidak tahu bagaimanakah kita apabila diuji dengan ujian besar oleh Allah. Bagaimana tindakbalas kita? Bagaimana kekuatan dan keimanan kita? Bagaimana Qanaah kita? Namun aku terus berdoa Allah limpahkan rahmatNya ke atas kami semua dalam apa keadaan pun..Amin.

Friday, March 12, 2010

Managing Gold..

Time is PRECIOUS - precious that for every second you spend, wisely or otherwise will reflect of how and who you will be

Time is GOLD - its valuable commodity that cannot be purchase, once it left you

Time is like a KNIFE - it will cut you (take over) if you dont cut it..


We are always clouded with daily chores that we always put 'time' as an excuse of not doing things. We fail to prioritize things in our life that we thought that we dont have enough time to do things that we always wanted too. Me, for instant, always blame time for not updating this blog..its like once in a six month kind of things. But the fact is, is not that I dont have time, but I dont know how to prioritize my time. I dont properly plan my time. Juggling between task at work and some minutes to update my blog actually do not need a lot of time. During my easy day, I just leisurely stroll down waste the precious time to least precious things. Time and again I'm telling my self I need to manage my time, but I end-up with the same way in time management. Come 2010, I plan to at least read a good book at least one book a month. Its already 3rd month, and I'm still struggling to finish one that I am reading right now (though its almost finish now). I heard of this program Tanyalah Ustaz last weekend. It is really eye-opening when he said: "Kita sebenarnya punya banyak masa untuk buat kebaikan. Pergi masjid solat berjemaah, berada didalam program ilmu, baca Al-Quran. Tapi kita selalu dilalaikan benda dunia dan tertipu dengan bisikan syaitan. Masa ni bagaikan sebuah beg kembara. Jika kita sumbat saja barang kita yang kita nak bawa pergi melancung tu ke dalam bag tu melambak saja, pasti tak muat. Nak tutup pun tak boleh..Tapi cuba keluarkan balik, lipat betul2 pakaian kita, kemas betul2 barang toiletteries di satu sudut, makanan di sudut lain..pasti masih ada ruang di dalam beg itu untuk benda2 lain yg lebih penting".


Left me thinking....

I want to be the smallest loser only..


I'm amazed to see the Biggest Loser Asia winner - the determination that he had that make him lost more that half of his original bodyweight. 74 kg is a lot of weight to shade meh... For a momet there, I felt highly motivated to shave a bit of my weight. I mean I just need only 5% of my weight to be at the border of ideal weight - but it is such a mountaneous task. Just to maintain current weight, I've cut a little on my carbo and sugar. Even that also, already cannot tahan...lapar meh..I did exercise, but only for 15 minutes each time, which is equivalent to 100 calories only, or equivalent 1/5 of nasi lemak..But still no motivation to do more, except for health reason..That's why I'm so amazed with David Gurnani. Even if I cannot be the biggest loser, I'm OK if I can at least lose a small bit..I now have a bit of motivation with David's determnation. Lets just have his pic on to at least keep me going....