Monday, March 22, 2010

CUTI SEKOLAH, BALIK KAMPUNG

Dah lama sebenarnya aku tak balik kampung all-in-the-family. Sekarang ni memang susah nak dapat cuti serentak especially Syami. Nasib baik abang dapat cuti panjang. Nawaitu aku lebih kepada menjaga ibuku yang sakit tu. Dah masuk bulan ketiga, sakit ibu agak serius. Buah pinggang, parkinson, lung infection, jantung tak kuat, dan macam2 lagi. Dengan pergerakan terbatas, terutama dari pinggang ke bawah, dia begitu tertekan... Ahh aku simpati..Namun tak berdaya..

Hari 1 - Hari 3

Hari pertama hingga ketiga adalah hari yang begitu mencabar. Dalam senyum yang manis namun berbaur resah, dia menyambut kepulangan kami. Kesihatannya tidak memberangsangkan. Siang dan malam ibu tak dapat tidur dan sentiasa mendambakan kami untuk sentiasa di sisi. Aku juga tidak tidur 3 hari 3 malam. Kekadang emosinya terganggu dan mengeluarkan kata-kata yang menggambarkan ketakutan akan sakit yang dialaminya dan apalagi dia resah dengan keadaannya yang tidak dapat bergerak. Bayangkan setiap pergerakan kecil mesti dibantu. Pampers perlu ditukar orang lain. Daya kunyah yg sangat lemah, minum begitu perlahan, siapa tidak tertekan. Aku hanya mampu berdoa semuga penderitaan ibu diubati Allah. Dalam aku deras menggunakan senjata mukmin, terkadang datang juga bisikan syaitan mempersoalkan takdir ini. Aku cepat beristighfar. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah - HasbiAllahiwanikmalwakil..

Hari 4

Hari keempat agak baik, ibu dapat tidur. Memang biasa kalau dia dapat tidur, walau sedikit, emosinya akan kembali stabil. Kakak juga sampai dari KL hari ini. Jadi dapat la aku bertukar syif terutama malam. Mungkin kedatangan kakak beri sedikit kekuatan untuknya.

Hari 5

Ibu kembali lemah hari ini. Lemah dan sakit lutut begitu ketara sampai tak boleh tidur. Hati aku sayu disaat dia menangis kesakitan. Terpaksa panggil doktor juga. Nasib baik Dr. Ramli dari Klinik Ikhtiar sanggup datang kerumah. Kedatangan Dr. Ramli terasa begitu bermakna. Dr. Ramli bukan hanya bagi ubat tapi juga pelbagai kata2 hikmah membuat aku terfikir sejenak.. Antara kata2nya kepada ayah (lebihkurang bunyinya) - sakit adalah kurniaan ilahi, jagalah dia, kita telah berjanji semasa akad, maka redhalah yang dengan yg datang baik atau buruk. Besarnya kalimah 'Akad' itu, tapi tak ramai yang berjaya menghayatinya - easier said than done. Wajah dan gaya bercakap persis Dr. Tg. Ismadi, motivator dari MAP, Dr. Ramli rancak memberi kata2 semangat untuk kami semua. Terlerai sedikit tekanan di jiwaku.

Hari 6

Sepatutnya aku balik ke KL hari ini, dengan rancangan untuk singgah bawa budak2 bercuti ke KT dan Kuantan. Mungkin tidur semalaman di Kuantan. Aku dah siap sedikit itenary nak visit Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam di KT, dan mungkin singgah di Kuantan untuk melusuri kenangan lama bercinta di Teluk Cempedak 20 tahun yang lalu...(sorry la Bang, terpaksa cancel). Tapi disebabkan keadaan ibu yang tak stabil tak sampai hati pulak.. Tak apelah, lain kali sajalah...

Hari 7

Hari ni dengan berat hati aku bertolak ke KL meninggalkan ibu. Dia nampak stress, jadi aku tinggalkan maid aku 2 hari lagi, supaya ibu rasa seronok. Ibu memang senang dengan maid aku dan maidnya menjaga. Mereka ni memang tak banyak kerenah. Syukur kepada Allah. Semuga Allah beri kekuatan dan kesihatan kepada ayah yang juga semakin tua, untuk menjaga ibu, dan semuga Allah memberi ketenangan dan keimanan kepada ibu yang sakit..

Muhasabah diri...

Dalam sibuk menjaga ibu, sempat aku melakar pelan membina kekuatan untuk diri sendiri..
  1. Perbanyakkan ibadah masa kita sihat. Yang wajib tu kena sentiasa menambahbaikkan. Yang sunat tu perbanyakkan dan istiqomah melakukannya. Kerana bila kita sakit banyak halangan untuk beribadah.

  2. Sikap mazmumah cuba hindarkan. Memang susah - tambah aku sendiri anak bongsu yang agak spoil, masih ada lagi beberapa perkara yang aku mesti buang terus, atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Kerana sikap buruk akan keluar tanpa kawalan bila kita dah tua dan sakit.

  3. Carilah ilmu semasa muda. Ilmu membentuk kehidupan indah dunia atau akhirat. Lebih-lebih lagi ilmu akhirat..seperti tauhid, fekah, biarlah lebih dari apa yang kita belajar semasa disekolah dulu. Kerana ilmu akan membimbing kepada kewajaran dan kewarasan di masa kita diturunkan musibah.

Kita sebenarnya tidak tahu bagaimanakah kita apabila diuji dengan ujian besar oleh Allah. Bagaimana tindakbalas kita? Bagaimana kekuatan dan keimanan kita? Bagaimana Qanaah kita? Namun aku terus berdoa Allah limpahkan rahmatNya ke atas kami semua dalam apa keadaan pun..Amin.

2 comments:

sirapmadu said...

tumpang dapat semangat, ilmu dan pengajaran.

Telipuk Kuala said...

Aku pun...
Sekarang senang la cakap...
Tapi sok-sok dah tua, dah tak larat, sakit sana sakit sini...macamanalah agaknya.
Mudah-mudahan diberikan kewarasan menangani sisi hayat dan dipermudahkan semua urusan.