Tuesday, October 19, 2010

Travelog Umrah 2 - Bagai Bertemu Kekasih Allah

Masjid Nabawi ialah lambang ketaatan kekasih Allah (SAW) kepada Rabbnya dengan melakukan penghijrahan menepati wahyuNya.  Ini sebagaimana Firman Allah di dalam surah At Taubah : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (33)

Penghijrahan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam di Madinah, seterusnya ke Mekah dan seterusnya keseluruh dunia termasuk Malaysia.  Aku merasa begitu terharu berpeluang kembali menyusuri Jejak Rasul yang kita selalu take for granted bila kita di Malaysia.  Tidak mudah untuk menghayati kecintaan kepada Rasulullah SAW setelah ribuan tahun dia telah meninggalkan kita.  Berada di sini bagaikan bertemu kekasih Allah...Dan kunjungan ke bumi Yastrib ini kembali menyemarakkan cinta ini... Aku ingin kekal begitu..

Bunyi azan pertama jelas dari bilik kami.  Walau kami tidak tidur baring sejak kami bersahur di Malaysia (lebih 30 jam yang lepas), kami teruja melangkah laju menuju Masjid Nabawiyah.  Setelah berjanji dengan hubby tempat dan waktu untuk berjumpa selepas waktu syuruk, kami tuju ke pintu masing2.  Masjid Nabawi teratur kerana pintu dan ruang solat jamaah wanita dan lelaki diasingkan.  Di Masjidil Haram banyak pintu, mungkin sebab itulah tidak boleh terlalu rigid menentukan pintu dan ruang solat wanita.  Tidak terbayang rasa kegembiraan di hati pertama kali masuk ke Masjid suci ini.  Kawasan jemaah wanita memang luas tapi sangat penuh.  Aku sebenarnya hilang arah melihat lautan manusia yang rata2 berjubah hitam, namun terus ku baca salawat dan zikir agar ku dapat ruang untuk beribadat.  Pertama kali ke sini aku datang awal Ramadhan 1999 dan kedua kalinya beberapa hari sebelum wukuf tahun 2000, ya! umat tidak seramai ini.  Tapi kali ini full house, utara selatan barat dan timur, mata aku melilau mencari.  Ahh.. ini baru 16 Ramadhan... Akhirnya di celah2 umat yang ramai ada juga ruang untuk aku menyelit.  Syukur alhamdulillah.  Sebelum azan subuh berkumandang, sempat ku teguk zamzam pertamaku, dingin dan melegakan...dan tanpa henti aku bersyukur kepadaNya kerana mengizinkan untuk aku ke sini.  Dalam rasa teruja disulami mengantuk, aku beriktikaf sehingga waktu syuruk.  Tidak mungkin akan ku lepaskan ganjaran haji mabrur bagi sesiapa yang beriktikaf dimasjid sehingga waktu syuruk.  Inilah yang Ustaz Muein dok sebut berulang kali - hadhis yang sangat hassan lagi sohih ini juga terpakai untuk masjid di Malaysia sebenarnya.  Namun aku tahu tidak mudah untuk melakukannya di tanah air kerana perlu berkongsi masa antara tuntutan dunia dan akhirat.... 

Tanda tiba waktu syuruk di Masjid Nabawi ialah bila bumbung bersulam indah ini dibuka... Aku memang suka lihat langit terbuka ini.  Ia tidak dibuka untuk waktu yang lama dimusim panas seperti sekarang berbanding musim sejuk, yang sentiasa di biar terbuka.

Bumbung masjid bersulam indah ini dibuka waktu syuruk dan ditutup balik lebih kurang 1/2 jam kemudian..
Habis waktu syuruk, perlahan aku melangkah  keluar kerana aku ingin menghayati ketenangan di sini.  Ya! sangat tenang.. Sebaik aku keluar dari Masjid, hari sudah kian cerah.. Ahh.. berbeza sungguh dengan 10 tahun lepas.  Yang ketara sekali datarannya semakin luas dan tiada lagi deretan kedai dan hotel lama di sekeliling Masjid ini.  Modernisasi mengambil alih - aku bangga.  Deretan payung automatic begitu indah mengisi ruang dataran dan pastinya aku mahu menunggu sehingga payung itu terbuka...they would normally open after around 15 minutes after syuruk..


Sesudah syuruk
Morning scene - before the umbrella is open - payung ini dikuncupkan dari sebelum maghrib hingga ke pagi..
Lebih kurang 15 minit selepas syuruk, payung ini dibuka.  Best sangat tengok masa dia di buka, motorised gitu...
Snapshot from the Mosque's main entrance...
Me - the morning after  more than 30 hours of non-sleep, see my swollen eyes..
Snapshot from my Hotel, very close to the Mosque fencing
Begitulah bermula hari pertama ku di Masjid Nabawi.  Sepulangnya dari masjid, aku terus tidur, sekadar memulihkkan energi yang terpakai tanpa rehat selama dua hari... 

Semuanya bagaikan bermimpi - mimpi yang sangat indah..

...Bersambung...

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Bestnya Rosebud...moga-moga Aku pun nanti dapat segera ke sana...amminnnnn...

Rosebud said...

Bercita-cita dulu, lepas tu siapkan timeplan, lepas tu doa, insyaallah makbul..

sirapmadu said...

Saya pun teringin gak..harap Yang Maha Esa segera menjemput saya ke sana...insyaallah

Rosebud said...

Inyallah Sirap - minta dgn Allah bagi kelapangan wang dan waktu. Sekarang ni ramai org yg mampu, tapi tak pergi sebab tiada kelapangan. Mintalah dari Dia..