Friday, October 22, 2010

Travelog Umrah 5 - Menyusuri Jejaknya...

Berada di Madinah hati kita terasa begitu dekat dengan Rasulullah, bagaikan dia masih berada di sini.  Bagaikan setiap jengkal tanah Yastrib (nama lama bagi Madinah) ini sudah dijejaki tapak kaki baginda.  Madinah kaya dengan bekas tinggalan sejarah.  Masjid Nabawi ialah struktur utama tinggalannya untuk kita, begitu juga banyak masjid, makam, perigi, kubu perang dan sebagainya.  Semuanya tangible.  Menyusuri jejaknya bisa menambah kehadhirannya dihati - begitulah Allah mengurniakam ilham rasa kehadhiran kekasihNya kepada tetamuNya..

18 Ramadhan bersamaan 27 Ogos 2010 - kami di bawa menyusuri jejak-jejak penting Rasulullah.  Malu rasanya, sirah nabawiyah tidak ku hafal lagi sekarang.  Tiada keperluan.  Aku bukan nak ambil periksa lagi.  Tiada juga significant impact untuk kehidupan.  Dangkal sungguh pemikiran aku.  Perasaan perlu dan ingin tahu bangkit kembali di bumi tinggalan kekasih Allah.  Aku berkira-kira akan membeli buku tentang mu bila kembali ke tanah air (To date - belum beli lagi buku tu, tapi dah tengok beberapa pilihan dekat Popular Bookstore, kat internet pun dah jumpa free e-book, hmm.. belum decide).

Tempat singgahan pertama kami ialah Masjid Quba'.  Kedudukannya lebihkurang 4 km dari Masjid Nabawi.  Masjid ini ialah masjid pertama dibina Rasulullah di kampung Quba (sekejap saja nak bina masjid, sebab dulu-dulu hanya pakai batang dan pelepah kurma sahaja) semasa Rasulullah dan Saidina Abu Bakar singgah di kampung ini. Mereka berdua disambut dengan rasa gembira oleh orang-orang Ansar dengan alunan lagu 'Tola'al-badrul-alaina-...'.  Lagu ini masih berada di dalam carta teratas salawat nabi sehingga kini.  Baginda berada di sini selama 4 hari sebelum bertolak ke bandar Madinah.  Hari keempat iaitu hari Jumaat, sebelum baginda bertolak, Allah telah menurunkan ayat supaya melaksanakan solat Jumaat.  Maka satu lagi sejarah tercipta untuk Quba' - solat pertama berlaku di sini dan dengan itu khutbah Jumaat pertama juga berlaku di sini.  Fadhilat bersolat di sini ialah seperti mengerjakan umrah.  Memang ramai jemaah yang datang ke sini kerana fadhilat bersolatnya hebat dan ia mempunyai sejarah signifikan dalam penghijrahan Rasulullah.
Di tepi Masjid Quba..
Tempat singgahan kedua ialah Masjid Qiblataini, yang membawa maksud masjid dua kiblat.  Jaraknya lebihkurang 7 km dari Masjid Nabawi.  Milestone besar kepada ibadah solah berlaku disini.  Lebihkurang 2 tahun selepas hijrah, sedang baginda bersolat Zohor di sini, Allah menurunkan wahyu supaya menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Baitullah.  Wahyu itu turun semasa Zohor rakaat ke2 dan pada rakaat ke-3 Rasulullah memusing badannya sebanyak 180 darjah dari arah asal Masjidil Aqsa ke Baitullah.  Betapa ketaatan pengikut Rasulullah ketika itu sebagai makmun turut mengubah kiblat mereka.  Tiada fadhilat tertentu untuk bersolat di sini, namun ini ia menjadi saksi ketaatan umat.

Masjid Dua Kiblat
Tempat singgahan ketiga bertukar konsep - dari spiritual kepada komersil.  Kami ke ladang kurma dan Madinah ialah lembah subur yang menghasilkan kurma terbaik dunia.  Kini musim panas, jadi masih musim kurma berbuah.  Tak ada lah masuk sampai ke dalam ladang, cuma di pintu ladang, dan di tempatkan kedai untuk yang ingin terus membeli kurma.  Jika bukan bulan puasa, kita boleh makan kurma percuma di hidang dengan air teh atau shay.. So no free kurma or syay today.  Harga kurma kat sini memang mahal dibandingkan dengan harga kurma di Pasar Kurma berdekatan masjid.  Mungkin kena bagi komisen kat drebar bas dan tour agent yg bawa kami kesini.  Aku tak beli apa2 kat sini sebab forumers kat Cari.Com cakap jangan beli di sini sebab harga lebih mahal.  Tokei kat sini claim kurma kat kebun lebih fresh, tapi dimusim panas yang tengah banyak kurma ni, tiada beza antara kebun dan pasar kecuali harga.
Kini memang musim kurma - lebat sungguh...
Sepelepah buah kurma ni sebenarnya disagkut untuk tujuan bergambar je.. but its real kurma
Kedai kurma yang beraircond ini terletak di pintu masuk ladang kurma.. lots of choice of dates and nuts
Another shop selling kurma - aku hanya jamu mata dan tengok harga... Ramai juga yang borong especially first timers
Jejak seterusnya ialah Bukit Uhud.  Bukit ini terletak lebihkurang 15 kilometer dari kota Madinah.  Ini antara tempat wajib lawat.  Disini tercatat sejarah kekalahan tentera Islam semasa perang Uhud.  Barisan pertahanan tentera pemanah Islam yang berada di atas bukit telah diarah oleh Rasulullah supaya jangan turun walau apa pun terjadi.  Namun bila mereka nampak kemenangan hampir tercapai dan banyak tentera Islam di bawah telah mula berebut harta rampasan, mereka pun ingin turut sama kecuali 10 orang.  Melihat barisan pertahanan sudah tiada, pihak musuh diketuai Khalid Al-Walid terus menyerang dan perkara ini telah membawa kepada kekalahan dan syahid yang ramai dikalangan tentera Islam termasuk Saidina Hamzah yang hatinya dirobek dan dimakan oleh Hindun, isteri Sofyan.  Inilah balasan Allah kepada tentera Islam yang tidak mendengar arahan Rasulullah.  Satu pengajaran yang harus dihayati..
Di dalam kawasan berpagar itulah terletaknya kubur syuhada Uhud termasuk Saidina Hamzah - Salam ke atasnya dan semua syuhada semuga mereka semua di rahmati Allah
Di Bukit Uhud juga terdapat banyak orang menjual kurma.  Harga di sini paling murah, tapi kurmanya kering dan tidak fresh.  So I pass this one..
Background aku dan hubby - jaringan Bukit Uhud yang meninggalkan banyak kesan sejarah dan pengajaran olehnya
Akhir sekali kami ke Pasar Kurma.  Terletak lebihkurang 1 km dari masjid Nabawi, memang di sini banyak pilihan kurma dan kekacang dan harga pun berpatutan... Seronok sungguh...
Ini kedai kurma kat depan Hotel aku menginap.  Lupa nak ambil gambar kat Pasar Kurma sebab terlalu sibuk memilih dan masa yang diberi pun terlalu singkat
Sepanjang perjalanan kami mengelilingi kota Madinah, banyak kawasan bersejarah yang kini bertukar menjadi bangunan dan jalanraya di tunjuk oleh mutawif dari dalam bas sahaja.  Itulah yg dikatakan setiap inci Madinah bagai ada jejak telapak kaki baginda.  Antara yang aku ingat ialah parit besar yang dibina oleh Salman Al-Farisi semasa perang Khandak, kini dah jadi highway, Masjid Tujuh, perigi dari syurga dan banyak lagi.

Lawatan kami tidak lama kerana hari itu hari Jumaat dan jalan menuju ke Masjid Nabawi cepat ditutup.  Bas perlu hantar kami ke Hotel sebelum jam 11 pagi.  Kami pulang ke Hotel dengan spiritual yang segar dengan sirah nabi dan disudut komersilnya, berbondong2 dengan kurma dan kacang yang dah siap dibungkus untuk di bawa ke tanah air...

...Bersambung....

No comments: