Monday, October 18, 2010

Travelog Umrah 1 - Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah dapat juga aku meluangkan masa untuk mula menulis mengenai perjalanan umrah Ramadhanku.  Plannya nak kumpul dalam beberapa siri.  Aku ingin lebih terperinci merekod perjalanan terindah ini..

25 Ogos 2010 - Sahur pagi itu, kami makan lebih sikit sebab kami plan untuk terus berpuasa sepanjang perjalanan, perbezaan waktu menjadikan puasa kami hari itu selama 18 jam.  Secara hukumnya, musafir dibolehkan berbuka, tapi rasanya mampu untuk meneruskan.  Jika 11 tahun lalu, perjalanan kami dihantar oleh ayah-ibu dan anak2, kali ini hanya Syahmi yang hantar ke LRT Taman Melati untuk membawa kami ke KL Sentral dan seterusnya ke KLIA.  Ayah-ibu tidak lagi sihat seperti dulu dan anak2 pula bersekolah.  Syukur anak2 sudah boleh ditinggal bersama pembantu yang boleh diharap dan kakak ku dan anak-anaknya yg tinggal berdekatan sedia membantu. 

Kami perlu berada di KLIA jam 12 tengahari 25/8/10.  Semasa kami sampai jam 11:30 pagi, sudah ramai yang tiba.  Kumpulan kami lebih kurang 120 orang.  Andalusia memangnya efficient dari segi pengurusan.  Semuanya sudah siap check-in cuma tunggu masuk saja.  Ada juga artis yang sama pakej dengan kami iaitu Fauziah Ghous.  Ramai juga orang bergelar, namun dalam senario sekarang, baling satu batu kena 2 datuk, tiada exclusivity lagi.. Lagi pun tempat yang dituju ini tiada mengenal status, yang dikejar ialah umrah yang mabrur dan amalan yang diterima.  Tidak lagi ku fikirkan orang itu dan ini, kerana yang ada ialah debaran menunggu saat kaki menginjak bumi yang sekian lama aku rindui ...

Setelah 8 jam dalam penerbangan Saudi Air, akhirnya kami tiba ke Jeddah pada pukul 6 petang waktu Saudi.  Debaran semakin kuat kerana aku memang nervous bila touchdown.  Satunya nak mengadap imigresen, dan keduanya aku cukup takut kalau beg tak jumpa.  Imigresen di Saudi sangat slow disebabkan banyak jamaah dari negara lain menghadapi masalah isi borang.  Masalah besar yang lain ialah jump queue, dan memang takdir Allah barisan aku antara yang paling bermasalah.  Bila masuk waktu berbuka puasa, semua counter tutup.  Yang cantiknya, bila azan berkumandang semua jamaah duduk, buka bekalan masing2 dan offer makanan mereka kepada sesiapa berdekatan.  Bayangan berbuka di Masjid yang mulia semakin dekat.. Ini baru di Jeddah Airport.  Selepas itu, barisan cek pasport menjadi saf solat, besar sekali syiar Mu ya Allah.  Ini baru di Jeddah Airport.  Hati aku makin tidak sabar untuk melepasi garisan imigresen.  Namun counter bukan ditutup untuk 15 minit - tapi hampir 45 minit.  Aduhai.. cubaan beginilah yang perlu kita lalui bila berada di bumi yang mulia ini.  Kesabaran mesti tinggi.  Aku terus-terusan remind diri sendiri dan hubby tentang sabar..sabar..sabar.. Dah berjam-jam menunggu, akhirnya aku terpaksa tukar barisan, overdue strategy but save us from longer wait.  Alhamdulillah, selesai jugak urusan kami di Jeddah Airport.  Bila aku keluar dari imigresen, beg sudah menunggu, dan akhirnya aku keluar dari bangunan airport.  Pertama menghirup udara Jeddah, bagai melangkah ke dalam oven yang besar.  Pukul 8:30 malam tapi suhu lebih panas dari terik matahairi jam 1 tengahari di Malaysia.  Namun aku tidak putus bersyukur tanah ini ku jejaki jua akhirnya.. 

Diluar, 3 bas dan 3 mutawif sudah menunggu dan kami diberi nasi ayam penyet dan air mineral.  Jam 9:00 malam iaitu 2:00 pagi waktu Malaysia barulah aku jumpa nasi, barulah perut nasi ku puas.  Di Madinah dan Mekah, boleh dikatakan semua kakitangan Andalusia ialah warga Indonesia.  Hati tertanya2 kenapa tiada warga sendiri, namun aku pasti pilihan ini ialah kerana warga Indonesia adalah bangsa yang sangat komited bila berkerja.

Lebih kurang jam 9:30 malam, bas mula bergerak ke Madinah.  Dalam kegelapan, aku terbayang perjalanan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah membelah malam gelap bersama Sayyidina Abu Bakar sebelum singgah ke Gua Thur dan dengan izin Allah mendapat perlindungan dari sang labah-labah dari dijejaki musuh.  Perjalanan Rasulullah SAW ke Madinah penuh halangan, dan perjalananku hanya kira-kira 5 jam di dalam bas beraircond, memberi aku peluang menyelami sirah hijrah.  Kasih sayang Rasulullah SAW kepada Islam, membawa kepada penghijrahan kerana kesukaran mengembangkan Islam di Mekah.  13 tahun di Mekah hanya membawa 13 rakan dan saudara terdekat masuk Islam.  Penghijrahan ke Madinah adalah milestone yang sangat signifikan kepada kebangkitan Islam yang seterusnya membawa kepada penaklukan kota Mekah.  Dalam tidur dan jaga, bersulam mimpi dan sirah nabawiyah, aku sampai ke Madinah.  Dari kejauhan, kilauan minaret Masjid Nabawi sudah kelihatan.  Akhirnya kami tiba di Hotel Fayrous, yang kedudukan hanya 50m dengan pagar Masjid Nabawi.  Jam menunjukkan 2:30 pagi.  Kami terus sahur kerana sudah tidak sabar untuk ke Masjid.  Masa sahur jumpa pasangan dari syarikat yang sama - Hjh Nazidah dan Hj. Romli.  Aku menyapa mereka sebelum naik ke bilik, and thats the last I saw them.

Selepas mandi aku terus ke Masjid Nabawi bersama hubby.  Aku seronok datang kali ni sebab duduk berdua dengan hubby, tak perlu arrange pukul berapa nak keluar dan nak tunggu di mana...

..Bersambung..     

No comments: