Monday, June 7, 2010

Mari Eja SABAR dan IKHLAS

Kalau nak ikutkan, budak darjah satu pun dah boleh eja perkataan SABAR dan IKHLAS.  Apatah lagi nak menyebutnya.  Aku pun selalu gunakan kata-kata hikmah ni bila sahabat2 atau saudara ditimpa perkara2 yang menuntut SABAR mahu pun IKHLAS.  Aku selalu cakap pada org yg rapat dengan aku, kenapa la seseorang tu, sembahyangnya banyak, khatam Quran berkali-kali dalam setahun, puasa sunat jadi rutin dalam hidup, tapi sabarnya begitu tipis.  Bila Allah bagi 'cabaran' yang aku anggap agak besar di ribaan ku, barulah aku sedar, rupanya SABAR dan IKHLAS senang disebut, senang dieja, tapi bila nak implement tu, mak aihhh.. payah sungguh.  Banyak buku-buku, Al-Quran dan hadhis, dah aku susuri, tapi tersasar juga aku dari SABAR dan IKHLAS yang aku cari.  Rupanya, bila aku kata kat kawan aku 'Sabar la.. ini Allah nak cuba, kita kena redha la..' hanya kata2 standard untuk menunjukkan kita empati sahaja (walaupun akau seriously mean it). Tidak ada apa2 yg dapat kita buat dengan kata-kata sekecil itu.  Andainya ada pil SABAR dan IKHLAS di jual di Guardian Pharmacy sebagaimana paracetamol, mau saja aku membeli sebotol dua, dan gunakan bila perlu.  Sayang sekali ia tak semudah itu... Sifir SABAR dan IKHLAS bukanlah boleh dicampur tolak lalu datang hasilnya.  Kedua perkara ini memerlukan YAKIN yang sangat tinggi kepada Allah.  Nak dapat YAKIN ni yang paling susah sebab YAKIN tu intangible.  YAKIN bahawa Allah tahu takdir ni terbaik untuk kita, YAKIN bahawa Allah akan balas kebaikan dengan lebih kebaikan, YAKIN masalah pasti ada penyelesaian, YAKIN dengan berserah kepada Allah sebagaimana dari ayat 129 AtTaubah:

حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

Yang bermaksud: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar"

Cantik sungguh ayat 'berserah' ini yang boleh dijadikan pil 7 kali pagi dan 7 kali petang... dan ini hanyalah sepotong dari ribuan ayatnya yang boleh dijadikan pil penenang untuk kita.  Gali lah lagi khazanah yg banyak dari Al Quran dan Hadis untuk dijadikan pil bila musibah menjelma... kerana janji Allah itu benar - cubaan dan dugaan adalah pasti untuk kita sebagaimana termaktub didalam Al-Baqarah (155 - 157)


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


Salam SABAR, IKHLAS dan REDHA...

5 comments:

uglybeautyme said...

salam.sy share ayat plg bwh dlm blog sy.tq:D

Rosebud said...

no prob... sampaikanlah walaupun sepotong ayat..

Telipuk Kuala said...

Samolah den ni haaa...pandai sebut je, tapi payah benor nak telus ke hati...apatah lagi hendak mengawal gejolak rasa...nampak gayanya banyak lagi ni 'pil' yang kena ditelan.

sirapmadu said...

betul betul betul...memang susah tapi insyaallah..teruskan berusaha sebaik mungkin...

Rosebud said...

Tingkatkan usaha bro.. jauh lagi nak sampai kpd sabar sebenar2 sabar, ikhlas sebenar2 ikhlas, redha sebenar2 redha.. teruskan membaca ruang ku ini, peringatan utk kau dan aku...chewah..bila tah nak menulis lagik nih..