Friday, April 30, 2010

Gelora di Hati Siapa Yang Tahu

Teringat tajuk cerita lakunan Fauziah Latiff dan Rosyam - Gelora di Hati Sara.  Cerita ni memang best, sebab lakunan Jee very refreshing dalam drama berantai arahan Rosyam ni.  Namun aku kurang gemar dengan lakunan Rosyam, terlalu streotype, I think he need to stop acting in his own piece and find another lead actor.  Anyway, bukan itu yang aku nak bicarakan.  Aku ingin bicara pasal gelora di hati.  Aku nak berbicara tentang betapa susahnya kita nak pagar hati dan fikiran kita dari kerunsingan.  Kalau hati dan perasaan kita ni boleh di pagar sebagaimana Israel memenjara warga Palestin dengan tembok konkrit di bumi sendiri, tentulah senang hidup ini...Tapi hakikat tidak sebegitu.  Terasa susah sangat nak memfokuskan kepada 'end-in-mind' iaitu akhirat dan Allah Azzawajalla.  Datang pulak gelora tu masa period... Lagi lah kantoi nak merasionalkan segala-galanya.  Perkara ringan terasa berat dan tak terhapus dengan hanya dengan zikir-zikir biasa. 

Lalu bagaimana kita nak menghadapi gelora disaat kita vulnerable? Di saat kita rasa no body cares? Walau kita tahu sebahagian perasaan itu hanya bisikan syaitan.  Dan ayat2 pelembut hati sendiri hanya berkumat kamit di bibir.  Tidak menerjah ke dalam hati.  Kata2 hikmah Dr. Lawrence di kertas hijau dari challenge passion hanya lalu diminda.  Tidak juga menerjah ke dalam hati. Bagaimana kita nak menterjemahkan 'Habluminallah WA Habluminannas'?  Aku tiada jawapan..

Aku berdoa kerunsingan ini akan berlalu cepat... Ada sepotong newspaper cutting yang aku simpan di bawah mousepad ku.  Dah hancai, tapi kata-kata hikmah dari Dr. Rubiah K. Hamzah aku baca berulang-ulang di saat begini.  Ku tulis kembali - untuk diriku dan juga sahabat2 yg membaca..

Janganlan bersedih, kerana kesedihan hanya akan membuat anda lemah dalam beribadat, membuat anda malas berjihad, membuat anda putus harapan dan mendorong anda untuk buruk sangka.  Rasa sedih juga akan menjadi akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, boleh menghancur jiwa, dan pencetus keraguan dan kebingungan.

Langkah paling baik ialah belajar membuat pilihan, rawatlah hati dan perasaan menggunakan apa yang kita ada.  Kita masih ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada kesempatan berbuat baik.

Jangan pernah menyerah dengan kebimbangan dan kesedihan, lawanlah dengan solat, bertasbih, menulis, membaca, menerima tamu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Berdoalah kamu kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagi mu" QS Al-Mukmin:60

Kemudian Allah SWT menjamin lagi menerusi firman Nya dalam surah Al-A'raf:55 "Berdoalah kamu kepada Rabb-mu dengan merendah diri dan suara yang lembut". 

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Semuga gelora ini berlalu jua.. Ameen. 

3 comments:

sirapmadu said...

harap gelora yang datang tidak mencetuskan tsunami....

Telipuk Kuala said...

Macam-macam gelora ada, gelora rindu, gelora perut, gelora cinta heheh...tapi memang, bila dada bergelora...macam2 rasa ada...buatlah apa yang mampu.

Rosebud said...

Sirap - Harap2 la jgn jadi Tsunami, banyak casualty nanti..

Telipuk - Dlm byk2 gelora, gelora cinta yg paling besh kan.. senyum jer 24 jam..