Wednesday, April 7, 2010

Antara Lombok dan Langkawi

Itulah cerita yang berlegar kat paper 2 - 3 minggu ni.  Lombok memang dah bersepah.  Katanya lebih 500 gadis Malaysia di larikan (?) ke Lombok - dalam sedar - atas dasar cinta.  Hmm.. murah betul harga sebuah cinta.  Cinta memang buta, tapi begitulah nasib perempuan, tidak habis-habis tertipu dengan cinta.  Bila sedar barulah "Tipah tertipu bang...".  Perempuan memang insan lemah, manakala lelaki pula insan opportunis. Perempuan suka buat kesalahan sama berulang kali, tak nak belajar dari kesilapan orang lain, tapi cipta kesalahan sendiri, baru nak belajar.  Dalam dok kecoh dengan cinta Lombok, datang pula cinta Langkawi.  Aku memang cukup terganggu dengan isu-isu sebegini, almaklumlah aku ada dua anak dara.  Fenomena ni memang buat aku kecut perut.  Tapi aku doa ajelah.. Yg aku dok hangat sangat nih, yg mak bapak si jantan tu, kenapa tak boleh nasihat kat budak yang setahun jagung nih.. Manalah budak ni tahu kahwin tu susah. Aku tumpang meleleh airmata tengok gambar ni tertera kat paper... mak dia pengsan kat atas kusyen tuh..dia boleh bagi muka beruk tuhh.. dasar anak derhaka.. Lupa dia betapa pedih mak dia mengandung 9 bulan, nak beranak separuh mati, kecik2 tak tidur malam, cabaran nak membela pulak sampai 15 tahun..

Terbaca jugak kat Berita Harian, satu surat terbuka untuk remaja yang dikatakan pintar ni, memang banyak nasihat yg dihamburkan.  Kalau tak dengar lagi tak tau la aku. Asasnya, kahwin bukan penutup cerita, macam dalam drama tuh.. kahwin adalah pembuka cerita, jalan yang ranjau, kerana yang indah seperti 'bulan madu di awan biru' itu akan hilang hanya selepas beberapa minggu sahaja. Lepas tuh.. banyak la jumpa jalan-jalan berlubang dan berliku nak kena ngadap.  Masa tu baru tahu langit tinggi rendah...

1 comment:

Telipuk Kuala said...

Hemmmppp...memang, Aku rasa hendak bagi makan penampar aje budak pompuan nih! Kot la meredap masuk kebenaran dalam kepala dia...nak kahwin tu boleh tunggu, belajarlah dulu, balas jasa mak pak...lepaih tu hang nak menikah ka, hang nak apa ka...sapa pun tak larang...