Thursday, April 15, 2010

Ada Apa Dgn Mertua Vs Menantu?

Itulah tajuk drama bersiri yang sekarang bersiaran di Astro untuk musim kedua.  Sebenarnya aku tak pernah tengok pun citer ni, cuma tengok gazet dia jer.  Aku kat sini pun bukan nak cakap pasal cerita ni, tapi pasal gambar iklan yang terpapar kat dada2 akhbar satu page penuh.  Kalau musim yang lalu, Astro atau MIG (tak tau sape punya A&P bajet), dia letak gambar ni..



dan ini...



tapi yang keluar semalam, gambar yang ini (blur sikit, direct snap on the newspaper)..


Aku rasa macam tak patut jer gambar ni di buat iklan - I mean, what we are trying to show here... Menantu boleh angkat penyapu feather-duster macam tu ke kat mentua.. Secara tak sedar sebenarnya, iklan ni mengajar orang jadi kurang ajar.  Mungkin tujuannya 'satire' tapi ini lebih teruk dari Halimah Jongang.  Bukankah mertabat mertua sama dengan ibu?  Kadang aku tak faham kenapa iklan keterlaluan cam ni boleh lepas.  Salah satu iklan yang aku rasa sangat menjolok mata yang sekarang kerap diputarkan prime time ialah iklan Sendayu Tinggi - ya Allah, Rozita Che Wan punya aksi lenggang sungguh menjolok mata (or is it only camera trick) - malu rasanya kalau masa tu tengok ngan anak2 and hubby (takut gak kalu laki aku tenung montot dia semacam jer...).

Back to mertua vs menantu nih, memang masalah ini adalah masalah purbakala dan sejagat.  Ini masalah dulu, kini, dan selamanya.  Itulah kurniaan Allah yg dilebihkan kepada setiap wanita - penuh emosi. Emosi wanita ni la kalau tak kawal boleh bawak bencana.  Sebab tu tak banyak cerita lara yg kita dengar pasal menantu lelaki ngan mertua pompuan atau menantu pompuan ngan mentua lelaki.  Menantu lelaki ngan mentua lelaki lagi lah jarang. Situasi ni boleh berlaku kat mana2 jer. Mat salleh lagi la, lepas kawin ada yang tak jenguk mentua pun ada, cucu tak kenal nenek tu biasa.  Teringat aku tengok cerita yg aku tengok ni... Gara2 kawin anak tunggal, merana jugak lah si J Lo semasa awal perkahwinan tu..

Berbalik kepada hakikatnya 'dunia ni sikit sangat', aku rasa kita patut ada toleransi dlm hubungan dgn in-law nih.. Banyak benda 'pelik' yg mak kita buat atau cakap kita tak ambik pot, tapi kalau mentua kita buat yg sama kita cepat nak marah or kecik hati.  Itulah yg aku nak ingatkan kat diri sendiri, kena didik hati tu, mak ngan mentua sama taraf. Walaupun kadang tergelinicir, tapi kena cuba sebaik mungkin.  Bukankah dia wanita yang melahirkan suami yang kita sayangi tu?

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Hahah...iklan sendayu tinggi jugak yang teringat tu...heheh...baik punya selit!

Yalah, melampau la iklan macam tu kan, boleh pi komplen kat ASA tapi hok tu kena bayor weh, RM750 untuk lodge aduan...tak kuasa mak!

Ada juga yang punyalah jaga hati mertua, sebab tak mau timbul isu kan...sampai hati mak sendiri tak sempat hendak perhati, almaklumlah, mak sendiri kan...so, pokok pangkalnya, bila sudah kawin tu kenalah jaga hati kedua-dua mak, tak kisahlah walau kita sendiri makan hati berulam jantung, kannnn...

Cobaaaaannnnn!!!

Rosebud said...

eh kau dah tengok ke? ada weight ke nak komplen kat CF (yg free jer la aku sanggup)

Tu la nak kena pakai dacing tuh.. tak straight tak pa, berat sikit pun masih tak pa.. jgn senget sgt sudah...

Kau perasan tak cantiknya hukum yg Allah buat - syurga lelaki dgn ibu, syurga pompuan ngan laki dia. Byg kan kalu syorga semua ngan ibu - huru hara rumahtangga kan..