Monday, April 12, 2010

7 Purnama - Dulu dan Sekarang

Aku balik ke KB lagi - sebahagian dari jadual rutin untuk lihat ibu sakit.  Kira-kira alternate week lah, bergilir dengan Kak Na.. Sebenarnya aku merasa teramat bersyukur, selepas 2 minggu, begitu banyak improvement berlaku pada ibu dari segi fizikal.  Syukur kepada Mu Ya Allah, rasa lapang sedikit dada aku kali ini...  Namun keadaan mental ibu yang nyanyuk dan berhalisunasi masih tidak sembuh.  Aku kira ini adalah sebahagian dari simptom Parkinson disease yang ibu alami.  Kalau orang melayu kita, kita sebut sakit tua.  Tapi hakikat saintifiknya begitulah.  Aku sebenarnya simpati juga dengan ayah dan maid ku yang terpaksa berdepan dengan karenah pemikiran yang tidak stabil yang di alami ibu.  Dia lebih kepada 'short memoray loss, long memory stay'.  Namun, melihat di sudut positif, Allah telah kabulkan doa kita agar kesihatannya bertambah baik, yang itu sudah tertunai walau tak sepenuhnya, maka perlu juga kita terjemahkan cabaran yang selebihnya ini dalam bentuk kesabaran.  Itu saja yang aku mampu katakan untuk dua orang terdekat dengan ibu di KB.

Dalam aku sibuk melayan ibu sempat juga aku menjenguk anak buah ku Amsyar Mikail yang mendapat Leukimia - ya sejak Hari Raya 2009 yang lepas.  Dia memang nampak lemah tidak bermaya namun nyata gembira menikmati kebebasan dapat bercuti balik ke rumah, maklumlah kebanyakan masa dalam 7 bulan yang lepas dihabiskan di hospital - ICU dan 'Freezer' memang rumah keduanya.  Kesan rawatan Kimo memang tidak dapat dijangka pada sikecil ini.  Entah apa yang berada dihadapannya, hanya Allah yang tahu.

Tujuh bulan yang lalu semasa Hari Raya Puasa 2009, tergambar wajah ceria dua insan ini...


Dan selepas 7 Purnama, ini sahaja yang mampu di berikan...




Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku walau sesaat kehadapan.  Apa yang tertulis di Luh Mahfuz, hanyalah milik Allah.  Apa pun pentakdirannya, aku hanya mampu berdoa wajah-wajah ini diberi yang terbaik oleh Allah...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Emmm...itulah, selalu Aku pesan pada diri sendiri, kita ini dan apa-apa yang ada disekeliling kita ini cuma pinjaman belaka...semuanya miliknya. Doakan yang terbaik untuk kita dan mereka.

Rosebud said...

Jangan dok keja hak dunia. Sikit sangat nak banding hak akhirat. Itulah ingatan Ustaz Muein..