Thursday, December 9, 2010

Nilai Seorang Ummu Neesa dan Abu Usamah

Semalam adalah paper terakhir iaitu Biology bagi anakku Neesa dalam siri peperiksaan SPM yang panjang ini.  Aku rasa lega, dan tentulah dia lagi lega.  Namun yang pasti lega ini sementara.  Sementara keputusan peperiksaan diumumkan pada bulan March 2011 nanti.  Itulah perasaan seorang ibu tentang peri pentingnya kejayaan peperiksaan duniawi untuk memastikan masa depan duniawi anak-anak semua terjamin.  Namun selepas kuliah minggu lepas, aku sesekali menilai kembali seorang aku - Ummu Neesa dan seorang insan lain yang bernama Abu Usamah.  Menilai kembali sisi pandang yang berbeza tentang SPM - sebagai kajian kes perbandingan, aku coretkan 2 skrip cerita benar antara Ummu Neesa dengan anaknya, dan Abu Usamah dengan anaknya... 
----------------------------------------------------------------------------------------------

Perbualan Ummu Neesa dan Neesa sebelum SPM bermula

Neesa:  Ma, akak minta maaf ya ma kalau ada apa-apa mama kecik hati sebab akak.  Esok dah nak periksa nih..

Ummu Neesa: Kak, mama tak de nak marah apa kat akak.  Akak buat betul-betul tau.  SPM ni kira hidup mati kita la..kira penentu masa depan kita.  Kemana arah tuju kita.  Akak doa la biar akak dapat jawab betul-betul, biar dapat 9A.  Mama memang selalu doa yang tu..

--------------------------------------------------------------------------------------------

Perbualan Abu Usamah dan Usamah melalui SMS sehari sebelum SPM (hasil catatan Cik Seripagi - Thanks!)

SMS Usamah: Abah, minta maaf atas segala dosa-dosa saya. Minta abah doakan yang terbaik.

SMS Abu Usamah : Abah sentiasa mendoakan Usamah menjadi anak yang soleh dan qurratun a’yun. Usamah akan menghadapi peperiksaan kecil (SPM) yang boleh diulang jika gagal. Tetapi Usamah juga akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar yang tidak boleh diulang jika gagal...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat saja skrip tu - bunyi macam dekat2 tapi berbeza macam hitam dengan putih.  Aku memang terkedu bila aku dengar skrip ini semasa kuliah minggu lepas.  Terkedu kerana aku masih jauh dari situ.  Semasa kuliah Maal Hijrah, Abu Usamah mengalirkan airmata mengenang penghijrahan Rasulullah SAW.  Penghayatan Hijrah kita tidak lebih dari baca doa akhir tahun dan awal tahun.  Tiada penghayatan Hijrah sebenar.  Tokoh Maal Hijrah pun bukan diberi kepada orang menyumbang kepada kebaikan ukhrawi tetapi kepada kebaikan duniawi.  Air mata Abu Usamah terus mengalir mengenangkan kegigihan para sahabat yang bersama Rasulullah SAW semasa Hijrah, meninggalkan segala kekayaan dunia demi menjalankan perintah Allah.  Belum pernah aku tengok sebak Abu Usamah sehebat semalam.  Gugur airmatanya mengenang keimanan tinggi Abdul Rahman bin Auf.  Dan aku pula hanya sebak melihat guruku Abu Usamah tewas atas rasa kasih sayang yang tinggi kepada agamanya.

....Dan aku tahu perjalanan Ummu Neesa masih jauh.....

5 comments:

Anonymous said...

Antara article terbaik hasil tulisan you.

Rosebud said...

TQ TQ - keep reading...

nadrah said...
This comment has been removed by the author.
nadrah said...

EXACTLY!! I wanted to write the same when i click "comments". Yes Rosebud, among your BEST postings. must be purely from your heart.

Rosebud said...

Alhamdulillah, only guided by Him, and surely with your note - unedited..