Tuesday, July 27, 2010

Siang Tak Makan Yg Halal, Malam Buka Dgn Yg Haram

Aku memang rugi sebab last week missed kelas Ustaz Muein pasal puasa.  Namun dengan note yang di e-mail kan tambah pulak si Telipuk recap balik dalam blog dia, dapatlah juga sedikit sebanyak ilmu dari Ustaz kecil-molek-tapi-pedas yang dikatakan berfahaman Wahabi ini (orang la kata...)  Menarik juga falsafah yang utarakan oleh Ustaz nih.. Seperti biasa, ada yang boleh aku buat, ada jugak yang agak sukar.. Maklumlah tak tengok TV sebulan.. boleh ker aku buat tu... Baca Quraan satu juzuk sehari pun agak heavy jugak. Tambah kalau Surah Al-Baqarah (more than 1 juz), surah yang terpanjang dalam Al-Quran yang mulia itu.  Banyak juga yang aku rasa berat tapi mungkin aku boleh upgrade sikit la dari tahun lepas. Takkan nak buat benda yang sama macam tahun lepas kan.  Ustaz punya assignment ni memang selalunya dia pukul habis, give to the max.. Aku rasa OK jugak dia buat macam tu, maklumlah student2 dia dah jadi buluh.. payah nak lentur.  Dapat buat 20% tu kira bagus lah.. Kalau 50% dari standard dia tu kira dah tahap excellent tuh.. Boleh dapat 4 dengan merit award sekali..

Last weekend pulak aku dengar ceramah Ustaz Daud Che Ngah.  Jadi aku nak kasi sikit la pasal falsafah berbuka puasa yang Ustaz DCN cerita.  Basically orang Malaysia ni memang le mewah bab berbuka puasa ni.  Jadi DCN sentuh pada falsafah yang sangat penting iaitu 'siang kita menahan diri dari makan benda yang halal, bila berbuka, berbuka dengan yang haram'.  Sebabnya rata2 orang banyak duit berbuka berpuasa di hotel.  Kalau tak bayar sendiri, vendor belanja la pulak.  Dikatakan dari lebih 2000 hotel di Malaysia ni, hanya lebih kirang 50 hotel jer yang ada sijil halal Jakim.  Jadi apa status yang selebihnya.. Bayang la yang ada halal Jakim pun belum tentu halal (remember 2 - 3 days ago OTWC yang dikatakan serve ayam haram).. Apatah lagi yang tak de halal Jakim.  Inilah dunia, susah jugak nak tolak kalau kat depan mata.  Aku bukan nak kata kat orang la kan.. Last week aku pi workshop 2 hari kat the Gardens Midvalley, punya la melantak kat restaurent dia tu walau tak de tanda halal...Dugaan dunia la tuhh.. Yang tak kurang penting tuh, bukan saja halal-haram jer kita nak tengok, spread of food sampai beratus-ratus jenis, dah tu beratus ringgit satu kepala.. bukan ke tu sahabat syaitan.  Tengok la abang chef kita menayang makanan dia nih.. (kecor gak aku, tambah puasa ari ni..)
  
Banyak nya bang lauk pauk.. camner nak masuk perut nih..
Exclusive betoi makanan dalam kawah perak nih.. sampai abang tu termenung pikir apa la aku nak amik nih..
Yang ni pulak iklan dia, depa dah start sebulan lepas keluar kat newspaper.  Mak aih.. kalu beratus-ratus makanan yg disediakan, kita makan dengan sapa tu beb...

RM78 sekarang ni kira murah, ni mesti iklan tahun lepas2 nih, tahun ni lagi naik harga hangpa tau dak..

Chef ni memang muka-masak-sedap kan? Macam Jaafar Onn pun ada, tengok la camner dia pegang ikan tuh...
Aku memang tak minat makan kat hotel bulan Ramadhan nih, walau pun zaman2 jahiliah dulu.  Sebabnya aku memang perut nasi jer.  Dah la tu nasik putih pulak tuh.. Makan ikan bakar ngan budu limau dah cukup.  Sayur pun aku kurang sebab aku tak nak perut aku banyak fibre.  Kuih pulak cuma nak basuh mulut jer.  Kalau dah kuih banyak camni, tak pitam ke??

Ni nak buka puasa ke nak apa nih.. Harus kena masuk biggest loser asia bila dah Syawal..
Kalau nak ringkas pula, ambil la makanan macam McDonald ni ha.. Murah dan ringkas.. (Tapi Yahudi la pulak - kena boikot)
Sekali-sekale jer bila anak aku nak makan, apa barang bukak puasa makan burger... I need rice..
OK la, so kita ingat kalau kita tak buka puasa kat hotel tu kita OK ke? Tak kawan ngan syaitan ke? Tidak jugak.  Ustaz DCN tidak mengenepikan satu lagi golongan - Ahli Bazar Ramadhan.  Kita pergi ngan perut kosong, tengok makanan tahu saja la kan.. Memang dah kira berhemah la kan, ala.. beli sikit2 jer untuk sejenis, apalah salahnya dah sehari tak makan kan... Wrong!! Jerit Ustaz DCN (dia ni garang macam Ustaz Muein, tak suka Wahabi, and strict Shafie, aku tak kisah sebenarnya, asal dapat ilmu).  Sebab apa kalau kau belanjakan RM15 hengget sehari kat Bazar Ramadhan, campur belanja masak kat umah another RM15 sehari, tolak campur kita sebenarnya makan hanya RM20 sahaja, kau dah buang RM10 sehari.  Assuming 2 million Malaysian do this everyday for 20 days of Ramadhan, sebanyak RM400 million is wasted for the whole month.  Macam2 boleh buat dengan duit RM400 juta tuh...So kalau kita jenis tak kuat iman, kurangkan pegi bazar Ramadhan. Tak boleh la kata jangan pergi langsung, kesian pulak la depa yang menjual, dah berpeluh ketiak berebut 400 lot nga 15,000 orang lain, dah puak nih tak datang beli pulak.. bak kata pepatah.. Agak2 la kan...

Tak kurang hebatnya nak dibanding ngan hotel dengan harge diskaun 90%
Bakpo la takdok oghe maghi haghi ni, pelloh doh mokcik nih bakar aye percik nih.. semua pelajar Ustaz Muein boikot kawe ko nih..
Bang, tengok budak tudung putih tuh.. tengok jer, tak nak beli, entah2 dah masuk kelas Ustaz Muein..
Yang sebenarnya, inilah scene sebenar Bazar Ramadhan, seperti tahun2 lepas memang tak rugi berniaga kat sini, sebab ilmu belum sampai kpd pembeli lagik..
Well, itulah sedikit summary pelajaran yang aku dapat dari Ustaz DCN dan juga Ustaz Muein mengenai buka puasa.  Moga2 aku tinggalkan yang haram dan lebih berhemah berbuka puasa tahun ni..

Amin...

2 comments:

sirapmadu said...

moga-moga ada tambahan perkara baik untuk diriku sepanjang bulan ramadhan tahun ni...dan berpanjangan sehingga seterusnya.

Rosebud said...

Missed lagi kelas Ustaz Muein minggu nih.. nanti recap lagi arr..