Tuesday, July 27, 2010

Countdown Bermula....

Hari ni 15 Syaaban.  Jadi kira-kira 2 minggu lagi kita akan berpuasa.  Malam Nisfu Syaaban tetap diraikan di Malaysia walaupun dah banyak nas dan dalil yang dikemukakan tentangnya - tak ada langsung terutama amalan 3 kali Yasin yang rata-rata diamalkan di Malaysia.  Selain SMS, dalam FB banyak message dari geng FB yg ingatkan pasal Yasin.. Tapi nak tegur kat FB ni segan la pulak.  Takut la aku malukan orang... takut juga orang cakap aku berlagak hebat... Kadang2 serbasalah jugak dibuatnya.. Tak apalah, mungkin aku kena lebih kuat belajar, sampai aku ada kekuatan nak menegur kengkawan...

Namun begitu Nisfu Syaaban ada keistimewaannya.  Rasullullah banyak beribadat di malam yang di anggap penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul-Qadr ini.

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).


"Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam Nisfu Syaaban sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafan Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaan Mu dan aku berlindung kepada Mu daripada Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap Mu seperti kamu memuji diri Mu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”"

Puasa khusus juga tiada untuk Nisfu Syaaban, sebagaimana tiada puasa khusus untuk beberapa hari penting lain dalam kalender Islam seperti Israk Mikraj.  Banyak orang Malaysia berpuasa tanpa nas dah dalil, tapi yang terang-terang sunnah seperti Isnin-Khamis dan 3 hari di tengah bulan, ramai yang berkira-kira.  Namun yang pasti Rasulullah paling banyak berpuasa sunat di bulan Syaaban. 

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah banyak berpuasa di bulan Syaaban kerana  di bulan ini amalan kita untuk setahun di angkat ke langit, dan pada 15 Syaaban (bermula masuk waktu Maghrib) buku baru bermula.  Sebagaimana puasa Isnin-Khamis, Rasulullah suka pada hari amalannya diangkat kelangit dia di dalam keadaan berpuasa.  Tiada fadhilat lain seperti banyak yang berterbangan di dalam mailbox lately...

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aku selalu berdoa biarlah amal yang kita lakukan ni bertepatan dengan as-sunnah.  Mudah-mudahan Allah beri aku kelapangan masa untuk terus belajar ilmu yang bermanafaat...

Wallahualam...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Hahaha...lawak aaa kesah pelajar2 Ustaz Muein yang sudah insaf tuh...insyaallah...siye mok cik tu peluh tiak oghe dok maghi beli aye...

Ha'ah...Aku pun konon2 ala ustazah berani kat blog ja...pasal blog tu untuk Aku...bila Aku baca, Aku insaf la sendiri...hok kat FB tu macam2 ragam orang ada...so, belum kuat iman lagilah gamaknya.

Rosebud said...

Tak per la.. mula kan dakwah kecil2an kat blog sebab kita tahu readers yg dah kenal kita.. lagi pun, bagi aku, bila kita tulis, kita juga learning, research jugak tuh.. cari hadis la, petikan al-quran yg relevant, kira kalau org tak baca pun, tak per, ilmu kita jugak yg tambah..