Friday, May 14, 2010

UNIVERSITI KEHIDUPAN - Mendidik Anak

Universiti Kehidupan sering digunakan didalam blog Ustaz Amin (Yayasan Ijabah).  Aku suka istilah yang dia gunakan dalam penceritaannya. Universiti kehidupan adalah satu perkataan mantap yang meng-ertikan learning is a journey, not a destination.  Sesekali aku ingin meminjam istilah kegemaran Ustaz Amin untuk tulisan ku.  Untuk hari Jumaat yang mulia ini, aku hanya ingin summarize kan topik yang Ustaz Muein sentuh untuk minggu ini iaitu pendidikan anak-anak.  Tunjang tanggungjawab pendidikan anak terletak di batu jemala ibu bapa - walau apa pun orang kata, bukan nenek, bukan guru, bukan ustaz, apatah lagi kawan2.  Kalau jadi apa-apa jangan nak salahkan polis, salahkan diri sendiri dulu (Ni Ustaz cakap, bukan aku).  Dari sudut Islam, Ustaz gariskan 3 perkara pokok iaitu untuk jadi ibu bapa cemerlang akhirat :-
1) Hikmah (ilmu agama) - ibu bapa sendiri mesti belajar agama, dan kena ajar balik kat anak2.  Tak boleh harap cik gu sekolah atau ustaz
2) Bersyukur dan bertakwa - bersyukur akan nikmat Allah dan bertakwa, yang kemudiannya diterapkan kepada anak2
3) Tauladan yang baik - tauladan adalah guru yang bisu, tapi amat berkesan dalam pendidikan anak2

Ustaz terus menyebut tentang Surah Lukman.  Kenapa untuk Luqmanul Hakim - di dalam al-Quran ada satu surah di atas namanya?  Kerana Luqmanul Hakim adalah seorang yang bijak mendidik anak.  Lalu Ustaz akhiri dengan pertanyaan pedas ' adakah kita sebagai ibubapa pernah sekali baca dan faham surah Luqmanul Hakim'.. Jawapan aku - TIDAK.. OK la Ustaz... pasang niat dulu...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Ya, bab pasang niat tu insyaallah dah lepas...bab perlaksanaan tu ler yang dok pi dok mai tu...heheh...Aku ada beli buku Wasiat Luqman Al-Hakim keluaran Telaga Biru...tu ler, baru dok belek2 intronya, hemmm...

Rosebud said...

Niatnya nak pinjam bila hang dah siap baca.. Pasang niat dulu...