Monday, May 10, 2010

Ratu Yang Satu - Part 1

Pada dasarnya aku tidak begitu setuju ada hari khas yang dinamakan Hari Ibu. Kasih sayang untuk ibu itu seharusnya sepanjang zaman, merangkumi hayatnya dan matinya. Mengapa perlu ada satu hari untuk meraikan ibu? Bila ada hari khas, maka tak dapat dielakkan ciri-ciri commercial yang berkait dengannya. Mungkin Hari Ibu ini untuk memberi ruang kepada anak yang tersasar... Mungkin juga ini marketing strategy sesetengah pihak.. Apa tidaknya, dari jam 9 pagi Sabtu, berduyun-duyun anak2 sudah membeli mother's day cake, termasuk lah aku (beli kek untuk ibu mertua ku). Dah beli kek, kedai tu hadiahkan sekuntum fresh carnation untuk aku. Apa pun alasannya, aku  akur dan harus menyertai trend ini, samada untuk ibu dan ibu mertua, atau untuk diri aku sendiri sebagai ibu. Jika aku terus menyangkal mungkin ibu dan ibu mertua akan kecil hati... Maklumlah kat TV & Radio pun tidak putus2 flash kan Selamat Hari Ibu. Takkan lah anak sendiri sonyap jo buet tak tahu... Whatever that makes moms happy, I obliged.. Bagi seseorang yg sudah kehilangan ibu akan berkata - show them your love while they are still here.  Insyallah..


Untuk tidak ketinggalan, aku juga mahu anak2 menghargai aku juga.. Saja la aku nak didik mereka ni jadi caring and thoughtful. Muga2 bila mereka dah keluar dari sarang ni, mereka ingat siapa yang melahir dan membesarkan... Ultimately bukan la buah tangan yang aku inginkan, aku cuma ingin melahirkan generasi yang caring dan thoughtful. Dapatlah juga sekeping self-made card dari si bongsu bersama mawar merah dan senaskah buku tentang solat. Alhamdulillah..

Self-made card by Baby - Front View - isn't it beautiful..
Inside view with priceless notes - so thougtful of her...(I wish my kids will love me forever...)

Gift from Kakak and Adik - soul food to heaven - I love it - insyallah will try to finish it in one month (Abang said he'll buy something later.. ya ka Bang?)

It just a quiet celebration with the kids as hubby is on his way to Vancouver... please..please.. buy me something at the Vancouver Airport (he only shops at the Airport, remember..)

Oh well, I need to keep on writing about the mom's thing.  I mean, it's not easy being a mom.  Ibu-bapa punya amanah yang besar untuk mendidik anak ke jalan Allah.  Aku memang takut sangat pikirkan adakah aku telah tunaikan amanah ini dengan sempurna baik (aku terlalu jauh dari sempurna).  Adakah aku seorang ibu yang derhaka?  Ada ibu derhaka ke?  Ya. sememangnya ada ibu yang derhaka.  Ibu derhaka ialah ibu yang tidak mengambil amanah mendidik anak dari kecil lagi, infact dari dalam perut lagi.  Salah seorang imam mazhab yg 4 (lupa pulak yang mana satu) 'mendidik anak' lama sebelum kahwin.  Bagaimana mungkin?  Jawabnya dengan mencari isteri yang solehah, untuk melahirkan anak yg soleh/ah.  

Aku tak pasti di mana aku berdiri. Aku memang banyak wish list yang tidak mungkin dapat aku tunaikan semuanya.  Aku ingin menjadi ibu yang solehah, agar mereka prioritize kan akhirat dari duniawi.  Aku ingin menjadi adil kepada semua anak, bukan favoritism terhadap anak - yang sulung, yang tengah, mahupun yang bongsu.  Aku ingin berikan kehidupan yang menyenangkan untuk mereka.  Tidak mengongkong dan tidak pula terlalu bebas.  Output-nya aku ingin anak yg punya core value dunia dan akhirat yang teguh.  Pendek kata, hablunminAllah dan hablunminannas.  Itu impian, yang nyata aku belum tahu aku dapat merealisasikannya.

Aku ingin jadi 'Ratu yang Satu' dengan redha Mu...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Insyaallah, insyaallah...niat dan keinginan mesti ada, jalan melaksanakannya itulah yang perlu kita perbaiki masa ke semasa. Cuba dan terus mencuba kerna ia bukan suatu destinasi tetapi perjalanan seumur hidup. Mudah-mudahan diperkukuhkan iman, kesabaran dan kecekalan untuk melakukan yang terbaik.

Selamat Hari Ibu.

Rosebud said...

Motherhood is university of life... It never ends till you lay to rest.. Be good, be in the path of Allah..