Monday, May 10, 2010

Ratu Yang Satu - Part 2

Untuk bahagian kedua ini ku petik dari E-mail Bakit Sabah untuk ahli-ahlinya sempena Hari Ibu.  Ingatan untuk anak-anakku dan diriku sendiri yang selalu lupa...

Ibu, sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang kamu berikan sukar untuk dirungkai dengan kata-kata, bahkan dengan apa cara sekalipun. Walaupun setinggi gunung harta benda melimpah, wang ringgit bertimbun-timbun, emas dan intan berlian sebagai pengganti, namun ianya tak dapat disamakan dan dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan yang kamu berikan.

1. Perit dan derita terpaksa ditempoh dan tanggung selama 9 bulan ketika mengandung.
2. Sanggup menyabung dan menggadai nyawa bila tiba saat waktu bersalin.
3. Senantiasa sabar dan tabah hati ketika memelihara dan membesarkan anak-anak.
4. Menjaga makan/minum, pakaian, mengasuh dan mendidik.
5. Sanggup bersengkang mata dari pagi hingga petang dan dari malam hingga keesokan harinya, bila anak sakit.
6. Walaupun sibuk dengan tugas harian dipejabat, tugas sebagai ibu tetap tidak dilupakankan.
7. Berkat daripada pengorbananmu, kesabaranmu dan kegigihanmu, kau telah berjaya melahirkan zuriat yang akan bakal sebagai pewaris dimasa akan datang, yang bertanggung jawab untuk menjaga, memelihara, melindungi, mengurus dan mentadbir negara ini dengan baik dan selamat.
8. Disamping kesibukan tugas harian mengurus rumah tangga, tugas dan tanggung jawap sebagai isteri yang setia pada suami tetap tidak diabaikaikan.
9. Derita, duka dan sengsara adalah fitrah (lumrah dan asam garam) kehidupannya.
10. Hatinya ikhlas dan tetap bersyukur untuk menerima apa yang seadanya dari suami yang tersayang.
11. Senantiasa redha untuk menerima apa jua takdir dan ketentuan Allah SWT padanya, semaada bercerai mati atau bercerai hidup.
12. Kejujurannya, kesetiaannya dan ketaatannya membuatkan hati suami menjadi longlai.
13. Bila hatinya teramat bahagia dan teruja, airmatanya yang mengalir sebagai tanda kesyukurannya dan ketelusuan hatinya.
14. Bila hatinya terguris luka dan hancur, kesabaran dan ketabahan serta keimanannya adalah ubat yang paling ajaib bagi dirinya.
15. Demi keharmonian rumah tangga dan menjaga hati suami yang tersayang serta anak-anak yang dikasihi, adakalanya ia sanggup berkorban dengan membahagikan kasih sayangnya bila orang kedua (madu) muncul tanpa diduga.
16. Namun ada senjata yang paling amat merbahaya yang ada pada ibu/isteri. Namun begitu ianya terlalu amat jarang sekali digunakan (semuga tidak diguna sesuka hati).
  • Syorga itu dibawah telapak kaki ibu.
  • Kelembutan tangannya yang menghayunkan buaian mampu menggoncangkan dan menghancurkan dunia.

Sesungguhnya, pengorbanan 'Ratu Yang Satu' ini lakukan sememangnya tak boleh dinilai, tak boleh dibayangkan, tak boleh dibandingkan, tak boleh diukur dan tak boleh ditimbang.


My mom.. good old healthy days..

My MIL and FIL..

Self snap photo of blogger-mom... with kakak..

Ratu Yang Satu... Appreciate them while they are still here...

No comments: