Thursday, July 16, 2009

Kisah Qaisara - Kisah Alya Qaisara


Alya Qaisara dilahirkan pada 13 Mac 2009. Masa tu aku sekeluarga bercuti di Australia. Aku diberitahu proses kelahiran Alia memang complicated. Mamanya mengalami contraction hampir 3 hari setelah di-induced. Aku tak pasti apa yang tak kena, tapi katanya Alya terputus bekalan oxygen selama beberapa minit sebelum dilahirkan. Masa dia dilahirkan tiada tangis yang keluar dari mulut bayi ini. Dan disinilah mulanya kepayahan itu. Dia harus disokong dengan bantuan pernafasan sehingga 3 minggu. Selepas Alya boleh minum sendiri dari botol, dia dibenarkan pulang. Lihat pada wajahnya dia seperti anak yg lain. Kecuali kepala nya yg sedikit bonjol ke atas. Alya tinggal bersamaku selama lebih 1 bulan sementara mamanya dapat transfer balik ke JB. Alya padaku tampak normal seperti bayi2 lain - tak banyak kerenah dengan matanya yang bundar memandang dalam kearah sesiapa yg memegangnya. Namun aku begitu terkejut bila diberitahu Alya anak istimewa selepas pengesahan ujian CT Scan dibuat ke atas kepalanya. Otaknya seperti bayi berumur sebulan walaupun dia telah berusia 4 bulan. Berita yg mengejutkan kami sekeluarga. Hati ku runtun mengenangkan nasib mamanya dengan dugaan yang bertimpa. Dugaan seharusnya untuk menguatkan, namun bila sudah bertimpa2, hibanya sudah tak dapat dibendung lagi. Lalu deras mengalir air mata dalam berkira-kira apakah arah tuju kehidupan mendatang. Namun takdir adalah takdir. Siapa kita ingin melawan takdirnya....

Dr. specialist kanak2 dari Hospital Puteri tidak banyak beri harapan. Cuma minta banyakkan berdoa. Katanya Alya mungkin lambat tumbesaran mental/fizikal dan pergerakan Alya mungkin sangat terbatas. Namun Dr homopati yg ibu mertua ku lawati pula memberi sedikit harapan. Mungkin fizikalnya tidak begitu bermasalah. Cuma sawan itu akan berterusan.


Surah Al-Baqarah:26 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Ketentuan Allah mendahului sebaik janin itu diberi nyawa lalu ia terletak kemas di Luh Mahfuz, sebagaimana Hadis Bukhari dan Muslim "… kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu menulis rezekinya, ajalnya, amalanya dan adakah dia celaka atau bahagia. …"
Apa lagi boleh aku panjatkan kecuali doa dan sokongan moral berterusan untuk mu Alya Kaisara...Perjalanan mu masih terlalu jauh...

3 comments:

Telipuk Kuala said...

Rosebud,

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Tiada terlintas patah kata dalam benakku. Terasa bergenang airmata dipelupuk mata. Hati ini turut diruntun rasa simpati yang meruah. Doa dan harapanku semoga Alya sentiasa dilindungiNya.

Rosebud said...

Tq telipuk. Aku paling sedih nengok mak mentua aku la..dalam usia memanjat ke angka 70, terpaksa pikul tanggungjawab yg amat besar ini..

sirapmadu said...

Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.