Tuesday, January 25, 2011

To Shake or Not to Shake

Beberapa hari kebelakangan aku jadi bengang sebab akhbar2 dok sibuk cakap nak pasal isu Cik Gu Mala yang tak nak bersalam.  Adakah dia orang ni tak faham atau buat2 tak faham.  Isu bersalam ni sebenarnya salah satu perkara yang sangat common dalam Islam.  Dan aku sendiri tidak menghulur tangan, cuma ada masa menyambut sekadar menjaga air muka orang yang menghulur (semuga Allah ampunkan dosa ku). Yang aku sedihnya bila dekat pilihanraya perkara macam ni pun nak di politikkan.  Aku rasa cukup2lah berkisar kepada isu2 besar saja.  Antara kata-kata orang2 berpangkat..

"Kita rasa terhina kerana dia tidak sanbut salaman kita"

"Saya hanya ceritakan perasaan pengundi yang rasa tidak senang kerana dia tidak bersalam, seperti pilih orang jika bersalam"

"Pakatan kata dia tak nak buat negara Islam.  Calon PAS tak bersalam dengan lelaki menunjukkan PAS ingin membentuk negara Islam"

Sebenarnya banyak lagi kata2 masih stuck kat telinga aku ni yang buat dada aku ketat.  Statement balas dari sekutunya lagi sakit hati... Maklumlah orang Islam sendiri yang cakap, ala-ala buat tak tahu, bukan nak tolong explain and clarify.  Tapi jawapan selamat ala-ala no-comment.

Nota tambahan, tak berkenaan tajuk di atas tapi hati tetap sakit:

Nak tambah sikit kata-kata Kuan Yew semalam semasa dia lancar buku yang dia baru published 'Orang Islam di Singapura sepatutnya lebih liberal (or less-observance) dalam menghayati hukum Islam untuk memudahkan integrasi kaum.  Semua kaum lain dah boleh integrate kecuali orang Islam'. 

Aku sebenarnya tak tahu taraf penghayatan Islam di Singapura, cuma kejadian depan mata aku,  melayu Singapura yang aku jumpa di Marriot Hong Kong hari tu, makan semua makanan kat hotel tu kecuali babi.  Dan yang seorang lagi, tu kawan dia datang cakap kat dia 'if you want to order ommelette, you can take any filling except ham ye..' Aih..yang tu pun nak kena cakap juga ke...

I rest my case..

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Bior le payah nak diintegrasi, terasa bangga menganut agama yang suci ini...apa barang agama kalau boleh ditolak ketengah, ketepi...tak mainla!

Rosebud said...

Sebenarnya tak guna berdebat ngan org x dpt hidayah ni..main dalil aqli jer nih. Kita pakai ayat qulya jer la kan.. tapi yg sakit ati nak cakap juga..

sirapmadu said...

sedih agama islam direndah-rendahkan oleh penganut sendiri..

Rosebud said...

Betul mija..yang si Kuan Yew tu lantak la kan.. yg islam ni apekehe nye..