Friday, January 14, 2011

Melebur Takabbur..

Dalam aku membelek majalah2 lama Solusi untuk berinspirasi, aku tertarik dengan tema yang dikupas oleh majalah ilmiah ini untuk isu ke 21.  Melebur Takabur.  Ringkas namun tepat untuk mendapat sedilkit inspirasi bagi memotivasi diri.  Takabur dalam bahasa mudah hanya boleh diterjemahkan kepada satu rasa yang terbit di dalam diri manusia iaitu 'AKU LEBIH BAIK DARI KAMU' samada perasaan itu datang dengan sengaja atau tidak.  Sekadar mengambil ringkasan mengenai takabbur dari majalah Solusi untuk ingatan pada diri dan sahabat2:

Takabbur sebenarnya hak mutlak dan ekslusif Allah s.w.t.  Tidak ada sesiapa pun boleh mencabar Nya.  Orang yang takabbur pasti lebur.  Ini seperti yang ditegaskan hadis kudsi - Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan kebesaran adalah sarung Ku.  Dan sesiapa yang bersaing dengan Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti aku akan lemparkan ke dalam jahannam' (Abu Daud 4092/Ibn Majah 4147)

Ciri2 takabbur:
  1. Tidak suka berdoa - merasa diri hebat dan tidak perlu pertolongan Tuhan
  2. Mudah terluka - mudah rasa tersindir, rasa dipekecil dan dipinggir orang lain
  3. Melukakan hati orang lain - Bercakap dengan bangga dan suka melecehkan orang lain
  4. Sukar memberi dan meminta maaf - Tiada istilah forgive and forget pada org takabbur.
  5. Memotong cakap orang lain - suka menjuarai perbualan, mengangkat diri, lebih suka menjadi pencerita dari pendengar, pendapat orang semua tak betul.
  6. Gila kuasa dan jawatan - Sentiasa ingin jadi pemimpin dan jadi pemimpin yang susah. Dan jika dia pula jadi pengikut, pengikut yang tidak disukai.
  7. Cara berpakaian dan berjalan angkuh - berpakaian dan berjalan dengan rasa ingin menunjuk2
  8. Gila pujian - Sentiasa ingin dipuji
  9. Gembira bila bencana menimpa orang lain - merasakan bencana yang menimpa pesaingnya kerana kehebatannya
  10. Tidak suka berziarah - merasakan berziarah orang yang lebih susah dan duduk bersama2 hanya akan menjatuhkan darjatnya
Malang sekali kalau kita memiliki sifat takabbur tetapi masih tidak menyedarinya kerana tidak mengenali cirinya.  Akibatnya, ramai orang menganggap orang lain takabbur, bukan dirinya.  Padahal dengan menganggap sedemikian, dialah sebenarnya memiliki ciri takabbur.  Bukankah orang yang takabbur itu merasakan bahawa 'ana khairun minhu' - aku lebih baik daripadanya.
Semuga Allah jauhkan aku dari ciri-ciri orang takabbur...

2 comments:

Telipuk Kuala said...

Ayooo....yg no.2 tu pun ciri takabbur ke? Pasal yg tu jer yang tak senada dengan hok lain2. Selalu gak rasa terluka nih...hehehe

Rosebud said...

Kita memang tak boleh lari dari takabbur sebab kita bukan malaikat..kita hanya boleh minimize. Klau terlajak juga basuh la ngan istighfar..Mudah2an Allah terima..