Hari ni hari bonus.. Alhamdulillah dapat jugak bonus tahun ni dalam kegawatan, dan walaupun bukanlah banyak sangat lepas potong cukai. Dah dapat tu apa lagi, terus aku manafaatkan kat Bazar kat bawah. Jadi inilah barang rampasan pertama aku untuk bonus kali nih.. Murah jer.. lebih kurang 5 hengget jer satu.. OK tu lah tak payah berasak ramai2 kat Jalan Tuanku, tapi dapat tudung 5 hengget..
Yang ini, tudung Syria namanya, ada 2 piece anak dan ibu, senang pakai, sarung jer (RM15)
Yg ni pulak selendang paten abstrak, murah jer 5 hengget, paten sama warna jer lain..I like..
Yang ni pun selendang gak, 5 hengget (lepas minta diskon), patern arab gitu..ini senang pusing, tak lari..
So itulah harta rampasan pertamaku, immediately selepas dapat bonus. Aku sedang merancang utk menyerang beberapa pusat jualan lagi untuk rampasan berikutnya...
Stay tuned...
4 comments:
terjah dan rampass......
hahaha...selamat 'merampok' kawan-kawan!
Sogo warehouse start ari Khamis nih.. ini targetku seterusnya.. Mana lagi nak pergi kalu company dah paksa kita cuti?? Merampok ler..
Wahai 'penyamun-penyamun' semua...hari Khamis ini kita kerja 'overtime' ...yeaayyyyy!!!
Post a Comment