Hari ke 7 – kepala start dah fikir macam mana nak packing barang. Sebenarnya dua bag besar kami rosak masa tiba dari KL, yang satu tu pecah roda dan yang lagi satu pecah handle. Jadi kami terpaksa pergi cari 2 bag untuk replace bag yang rosak. So destinasi pertama hari tu, kita orang cari baggage. Kali ni aku dengan hubby saja yang pergi..boleh la menapak laju sikit. Disebabkan nak awal, kami ke kawasan Petty Coat Lane, memang buka cepat. Kat sini banyak juga tempat yang jual baggage, agak reasonable harganya dan kualitinya memang bagus. Sebelum balik, sempat kami beli nasi beriani ayam sebanyak 3 bungkus dengan harga £4 sebungkus. The portion is quite big, so one pack can be eaten by 2 people..the good thing about this place is its many halal food outlet. Sampai hotel, kami terus makan..true enough as mention by the seller, "its very delicious you definitely come back here". It is served with hot thick chicken curry buried sinfully underneath the superbly well blended spice of briani rice. Even when I typed this I still can remember its yummy taste serve hot in the mid day of winter in London…Dramatik sungguh…(sedap sungguh sampai lupa nak amik gambar nak show off kat uols...)
Hari ini kami memang plan nak lepak kat Oxford Street lama sikit, namun kami harus selesaikan satu lagi tempat wajib yang tak kesampaian semalam iaitu Stadium Arsenal atau lebih dikenali sebagai Stadium Emirates. Lepas makan dan solat zohor, kami menuju ke situ. Tempatnya di dalam kawasan perumahan, dan jalan menuju ke sini yang agak sempit. Ini yang aku heran macammana Stadium sebesar ni boleh duduk dicelah kawasan2 perumahan jer…Aku tak boleh bayang macam mana la gamaknya kalau matchday. Mungkin diaorang ni semua datang naik train, sebab boleh kata semua stadium2 kat London ni memang ada train station. Kalau la macam umat Malaysia yang tak suka public transport, ni mau 3 hari tersumbat nak sampai ke Stadium nih..
Berakhirlah hari ke-7 kami dengan lenguh2 kaki..Seronok lihat kemeriahan warga London bershopping..Seronok tengok banyak barang2 murah kat sini..Yang tak seronoknya tak leh nak angkut semua yang dicita..tak pe lah, berada di sini pun sudah cukup istimewa bagiku...
....Bersambung....
No comments:
Post a Comment