Hujung minggu lepas aku balik KB jumpa mak ayah, maklum la tahun ni turn aku raya kat JB, so kalau tak balik sekarang, lambat lagi la boleh jumpa dia orang. Yang seronoknya kali ni, buah menjadi betul.. Yang tak seronoknya si-pemanjat pokok yang kat KL tak balik, jadi very limited resources nak menurunkan buah2 ni dari pokok. Kat kebun aku ada lebih sepuluh pokok duku, a few pokok durian and rambutan. Yang paling menjadinya duku la.. Terlalu banyak, sampai tok peraih kat kedai pun tak pandang offer yang wholesale price RM1 per kg. Walau pun retail dia boleh jual RM2, dia org tak nak stock-up sebab Ramadhan org tak makan buah.. So ayah suruh gak aku bawak balik KL buah ni, hangkut la setakat mana Air Asia bagi hangkut.. Tapi yang tak bestnya aku pun kena redah kebun tu jugak.. Tahula aku ni kan takut pacat. Tapi sian pulak tgk ayah beria-ia ajak aku.. Aku kuatkan semangat juga bila dia bagi aku sebotol Ridsect dengan boot dia ni.. Dia sempat semburkan Ridsect kat boot nih.. (Itulah ayah aku..dia selalu cabar aku buat benda yg aku takut, tapi dia bagi tools la kan..)
Boot berkebun ayah, dah siap sembur ngan Ridsect.. Ini aku berani letak kaki kat tanah ni setelah pasti tiada pacat di sini - actually panas giler hari tu.. so pacat tak keluar umah la agaknya.. |
Dalam 10 minit gak aku dok tunggu dalam kereta, meninjau keadaan dari dalam kereta, setelah line clear (read = tak de pacat) baru la aku turun. Sian pulak nengok org tua tu terkial pungut buah...
Durian pun ada.. tapi banyak dah kena makan dek tupai sebab durian ni memang sedap giler tak terhingger.. tinggal dalam 10 bijik yang selamat .. dapat la rasa sikit sorang.. |
Rambutan lagi lebat.. walau pun ada few pokok je.. Rambutan ni lagi mcm tak de harga.. org tak pandang.. Jadi aku tak de la nak hangkut, sori la rambutan.. Kalau tahun depan cam ni lagi, insyallah aku bawa balik bala tentera untuk panjat segala..
Tahun depan berbuah banyak2 ya duku ku..
2 comments:
Uhhh...duku tu adik beradik dokong la kan...alamak...syedappp gilos tu, Aku boleh pulun sorang 1 kg tak toleh depan belakang dah kalau sudah mengadap...huhuhu...laen kali habaq la, Aku sewa lori tentera 3 tan untuk hangkut (percuma ya!)...kikiki...
Jom..jom..bawa lori 3 tan tuh, tapi kena panjat sendiri la..ayah aku tengah murung sebab duku tu luruh tak dak org sentuh..
Post a Comment