Dalam hidup ni kita selalu be guided by apa orang kata. Dari kecik sampai besar ini lah hadis melayu yang sentiasa diwar-warkan. Jangan buat cam tu, nanti orang kata.. Kita kena buat macam ni, kalau tak orang kata nanti. Kita dah terlalu terikat dengan ini sampai kita hidup guided by adat dan kebiasaan pada budaya kita. Itu yang sampai kita lupa, kita sepatunya kena be guided by Allah via AlQuran dan Sunnah. Basically kalau kita dah guided by kehendak ugama, automatic kita selamat dunia akhirat, tak kisah la apa orang nak kata pun.. Tapi semua ni tak la semudah kata2. Sebab org yang rapat dgn kita bukan semua faham tujuan kita. Contoh paling mudah tapi sangat susah nak implement ialah bersalam dengan bukan mahram. Yang ini la yang paling susah aku sendiri nak implement especially kalau dalam waktu bekerja especially bila male non-muslim hulur tangan. Aku memang letak hukum kat tepi dan sambut juga la dlm tidak redha pun.. Aku doa sangat2 tak de orang nak hulur tangan kat aku atau satu hari nanti aku di beri kekuatan untuk tolak dengan baik. Itu kira OK la jugak, sebab jarang juga happen. Tapi yang paling susah bila non-mahram dalam keluarga sendiri. Contoh yang paling frequent di salah guna ialah salam ngan nephew’s husband,male cousins, uncle’s in law, biras, inlaws, nieces from husband side.. yang anak2 sepupu bagai, lagi la jauh panggang dari api.. Dgn dia orang ni kita bukan saja salam, siap cium tangan lagi.. Habis kalau tak salam nanti orang kata.. Ini lah salah satu contoh yang kita memang hidup guided by apa orang kata bukan apa Allah kata. Aku bukan nak kata kat orang tapi kat aku sendiri. Lemahnya iman aku. Aku memang dah banyak cuba mengelak, tapi masih ada kes yang tak dapat nak ngelak. Aku doa sangat kat Allah aku dapat buang terus penyakit adat dari hidup aku.
Aku ingat kata2 Ustaz aku, kalau kita hidup nak pikir apa orang kata, sampai bila2 hati kita tak senang. Sebabnya satu jer.. kita tak leh tutup mulut orang. Contohnya kawan aku tanya pasal pergi masjid –
Che Da: Ustaz, kalau kita pergi masjid sorang2 kan nanti fitnah, orang kata jugak. Baik dok sembahyang kat umah je kan..
Ustaz: Sebenarnya, pasal pergi masjid nak tak payah nak pikir sangat apa orang kata. Kalau pompuan nak pergi masjid, yg penting minta izin suami, pastu minta la anak teman. Mulut orang ni, apa yg kita buat, dia ada aje benda nak kata. Contohnya…
- - Kalau pompuan pegi masjid sorang dia kata “eh tengok tu pergi sorang2, buat timbul fitnah je keluar tanpa mahram..”
- - Kalau pergi ngan anak “apa lah pergi masjid dengan anak je.. cam tak de laki jer..”
- - Kalau pergi satu family “tengok tu satu keluarga gi masjid, nak menunjuk la tu..”
- - Kalau tak pergi langsung “jahil sungguh keluarga ni, tak kenal masjid..”
So, orang ni, kalau nak kata, tetap dia kata juga. Kalau niat kita dah betul kerana Allah, tak payah nak fikir sangat apa orang kata.
Inilah antara hadhis yang ustaz selalu dok ulang2 "Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”
AKU: Kekadang aku berada dalam situasi apa yang aku buat serba tak kena. Buat apa pun orang kata...Bila berada dalam situasi apa macam ni, aku berserah pada Allah saja la..aku memang jauh dari sempurna. Aku cuma nak tunai amanah yang Allah bagi. Tapi bukan senang nak buat orang rasa sama...
SEDIH – tapi kena REDHA dan SABAR…